Followers

July 19, 2009

jalan-jalan sekitar JINJANG UTARA membawa ke JALAN OTHMAN

hahaha..mesti korang pelik. apakah pekdah berujung minggu di jinjang utara. sggh tak releven. gini sebenarnya. en.nahar ajak ke rawang. motip? katanya mau cari kedai beskal. again? demi memikirkan dok umah pun bosan, makanya aku pun on jerla. siap-siap aku, n anak-anak terus la perjalanan ke rawang.

sepanjang jalan aku dok tahan jer mata dari nak tertutup. mmg ngantuks giler. las las tertido jua. sedar-sedar dah sampai area JINJANG UTARA. aku ingat-ingat lupa la kawasan nih. pasal dulu penah dtg. umah member en.nahar gak.

katanya, mau cari kedai beskal yg lama-lama. kot kot la ada model beskal yg dia mau tu. aku anggukkan jerla. yg penting aku dok sebelah. rilek-rilek. pandang kiri kanan. umah ca ya nun alip sesaja. dah aku tingat pepatah org KL. kalau jumpa ca ya hat pelik sikit terus kata ca ya jinjang. heh. ampooonn.

pusing punya pusing punya pusing las las sampai balik tempat tadi. en.nahar aku rasa mcm dah panas semacam. walopon dia yg drive kan. tapi aku just soh dia sabar jerla. cari jerla jalan pasti ada. tup tup termasuk jalan perumahan yg lain sikit. mcm berjenis sikitla. ada bnyk bilding umah apartment. pehtu ada pekan kecik. kami streett jer. end up kuar jua. alhamdulillah. aku baca signbod TAMAN FADASON. haissyiiooo serius tak penah jumpa/dgr taman ini. bila dah kedepan sikit jumpa BREM MALL dan akhirnya dia street jua ke RAWANG.

aku syak, blum sampai rawang dia dah patah balik naik hi-way. bosan la tu kot. benti kat petronas jap isi minyak n beli air buat budak-budak. dahaga di panas rembang. pehtu terus ambik jalan pulang. tapi tak terus pulang. singgah mekdi jalan othman lak. nak jadi citer, aku beli satu set large spicy chicken mcdeluxe dan aku redeem voucher mekciken. pehtu adala lagi beli sundae n bubur ayam. sekali fatihah tarik kotak burger ciken mcdeluxe berterabur burger tuh. dah la tu burger en.nahar.

nak tak nak aku turun la nak beli burger saja. adik kaunter tu bilang, kalau ala-carte burger tu sama harga dgn satu set medium lunch set = RM7.95. aku cam, ala kalau beli set lagi karang sapa lak nak habiskan. terpaksa aku gitau dia yg burger aku tadi sudah jatuh. supervisor dia dgr, terus dia kata takperla kak saya ganti burger akak tu. yeahoooo i lap u mekdi jalan othman *dan dan*. heh.

dah setel makan, main kat playground situ. kami anak-beranak pun pulang ke gagang. sekian.

6 comments:

Mya said...

entry tiada bergambar..

Baby Lyana said...

frust lg disitu..haha

TiNiE said...

mya : kemalasan sudah. tpi mmg takder pic pun..

shaf : kesian..sob sob..

joegrimjow said...

dah macam google maps dah

naja said...

pengembaraan satu famili yg sungguh mengkagumkan....

TiNiE said...

joegrimjow : hmm adik sikit pada GPS la kot..hehehe

naja : kihkihkih..dah cam citer siri pengembaraan upin n ipin..hehehhe

heart my community