Followers

July 22, 2009

GERHANA cinta luka

gigih memasing belek apa la kat atas court tu ek. tadi pagi, sekitar jam 9.30am adala sorang member opis gitau kat luar leh nmpk gerhana matahari. apa lagi, serbu la sumer org kuar g tgk.

aku plak, harusla bawak kamera mau capture momen² itu. yer, benar. mmg boleh nmpk gimana bulan mengelilingi matahari. mmg hebat kuasa-Mu ya Allah. kagum sey. first time experienced nih. ciwi...ciwi...



:: dah ngalahkan professor sumer org ::



:: beria-ia ::







:: syukur, dapat juga menyaksikan salah satu kejadian yg julung² kali terjadi ::

Gerhana matahari

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gerhana Matahari
Gerhana Matahari


Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Pada 26 Januari 2009 berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada waktu 16:20 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 19:00. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

9 comments:

payiet said...

amboih, unkel kebin pon bersungguh yer kak

Dee said...

aiseh..kat sini gelap ar..x nmpk..

Dj Epoi said...

Gua nampak macam korang tgh carik doit siling jatuh jew weih!!!!

Hehehehehehehh

mAr@ZiEy said...

tak leh tgk la kat Bangi..ujan lebat pg td..huhu

Beautiful Disaster said...

pagi tadi tak tengok pun. tak ada siapa yang g tengok. saya last tengok masa sekolah rendah dulu. gila lama baru ada balik gerhana ni. dulu tengok pakai negatif filem. gile lawak.

Afif said...

Sajer jer alasan nak ngulor je sebenarnya korang tu kan? :P

Deqna said...

gerhana skacinta..

wuit tgk gerhana tengok kat bawah ker tgk kat atas? woo korang takde pelindung mata.. lupa lak..

CuTeMiUt78 said...

oh.. blh nampak ya.. eemmm semalam tak dan tgk... hujan la kat sini

TiNiE said...

payiet : ko salah org laa..

dee : alaaa..rugi

dj epoi : heh..aah sekali la..

maraziey : kat sini pun baru pas ujan

BD : okla..janji dah penah tgk..tak tgk pun takper

afif : ala, ko tau jerkan..

deqna : haa tau pun ko..

cutemiut78 : tula, ramai jer yg tak sempat tgk..

heart my community