Followers

March 25, 2013

Minuman Coklat Terbaek. Hanya di MAG Cafe

pagi-pagi nak breakfast jer mesti emosi.
walaupon, ada jer pelbagai menu yg boleh menambat jiwa.
setel makan, minuman plak tak tau nak minum apa.
oleh kerana mag ada promo hot choc baru. jom kita kasi try.

ada 3 perisa coklat yang ditawarkan. dark choc, hazelnut n milk choc.
pada mulanya nak try hazelnut tapi nasib tak menyebelahi diriku,
hazelnut abis. makanya kita try milk choc jerlah.




not bad.
apa lagi, jom kita kacau..kacau...kacau ramai2 :)

March 20, 2013

Result SPM

ooo esok result spm kuaq kan.
tetiba terimbau kenangan pada tahun 1996.
spm 1995. malam tu mmg takleh tidoq sungguh.
pusing pi balik pi balik.
esoknya pepagi panjat bas kola.
zassss turun tesen bas lama.
amik plak bas jalan day.
ada a few friends dalam bas tu.
omg! sumer pon ketaq.

sesampai di sekolah, tikah mai sambut aku.
mie...mie cepat cikgu rusli dah tggu hang dalam hall.
debaq dup dap dup dap.
sampai depan cikgu rusli, dia huluq slip.
haaaaaa first grade!
alhamdulillah.
tak sesia saya maki hamun kamu kata cikgu rusli.
terima kasih cikgu.

serius, kaktin bukan bajet dapat satu pon.
meh nak reveal my result.
bm 2, bi 2, math 3, art 4, sains 5, ekonomi asas 5 = 21
yang lelain tak brp ingat.
yg pasti semua kredit, kecuali prinsip akaun dapat 7.
heh.

apa-apa pon, semoga sesapa yg dapat result esok
terimalah seadanya.
pada yg berjaya dengan cemerlang, tahniah.
pada yg kurang bernasib baik, jangan risau.
spm bukan segala-galanya.
chaiyoookk chaiyoookkk


March 14, 2013

Become 3 again. Supposedly 4 already, but then happened to lose 1...

apa yang 3, apa yang 4 ni.
adala....hehehehe.
dulu dah ada 3, hilang 1 tinggai 2.
pastu arini, jadi balik 3.
apa-apa pun senyum jerla :)

March 06, 2013

Ishk tak paham la haku


dalam kita dok sedih kehilangan nyawa,
takut dengan pencerobohan yang berlaku,
berdoa dan bertafakur untuk perwira-perwira negara
yang berjuang bagi mengekalkan keamanan negara.
ada jugak lagi rakyat malaysia dok ambil kesempatan
memecah-belahkan kehidupan memasing dengan benda
yang tak sepatutnya jadi isu pon.

punca dari seketul gambar di atas abis huru-hara semua orang.
memang bukan secara fizikal, tapi di alam maya saja pon
aku boleh nampak akibat percanggahan pendapat [esp pendapat dalam politik]
dah tak pepasal bergaduh sesama sendiri demi menegakkan pendapat memasing.

orang yg buat gambar di atas bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa
jua yang telah terjadi.  ia mungkin punya niat positif or negatif.
tak kiralah sejauh mana fakta yang korang tau pon, tapi tolonglah
jangan jadikan ia sebagai isu nak bertelagah, adalah lebih baik
kita banyak berdoa agar semua penceroboh durjana dapat ditangkap
dan Malaysia kembali aman.

#prayforlahaddatu, #prayforsabah, #prayformalaysia!


WW : MisteWi NusantaWa #eh


FOTO KREDIT to MAYA


March 05, 2013

Benda Murah kena Sabaq KakTin

rentetan dari ENTRY INI.
kalau ikutkan dari tarikh situ sehingga ke hari ini,
dekat 3minggu gakla.
tapi takper, katapon menatang tu tengah in.
nak plak offer dapat harga murah-murah makanya kita tggu jerlah.

dan, ianya selamat kumiliki hari ini.
Alhamdulillah. sangat-sangat-sangat puas hati.
seketul power bank bercap kan iGlitters.
ber kapasiti 12000mAh with 2 ports = RM79.
mmg sangat-sangat-sangat sesuai kepada pemilik
ramai gajet seperti diriku #eh.

masa memula dapat tu cam WAH besarnya kau!
dan berat piula tu. tapi dah kata POWER kan
wajib la kot besar dan berat.
aarrgghh tak kisahlah yang penting ku sudah punya
seketul power bank.

ikutkan, sejak kaktin pakai note mmg teringin nak beli.
tapi tengokkan ke harga yg meratus-ratus-kilometrico tu
makanya kupendam jer jauh di sudut hati.
sehinggalah, ternampak member2 fb dok share wall lazada.
dari harga asal RM229, tinggal RM79 saja.
zassss jerlah.

first time charging, katanya 4-5hrs.
dah fully charged makanya cocok jerla memana device yg perlu.
mudah. sangat mudah. semudah ABC.
ada 4 led biru to indicate power kat dalam.
user friendly gakla.

malangnya, bila kaktin usha balik website lazada,
offer ni dah takder. stok bebetul habis kot.
takper takper kita beli menatang lain pulak.
contoh : slap chop ni ;p


:: besar kan. tak kisah janji ia bukan bercap kan yaobaoo lahabaoo #ampoonn ::


heart my community