Followers

October 30, 2010

Piala Malaysia sah milik Kelantan

Keputusan penuh perlawanan akhir
Kelantan vs Negeri Sembilan berkesudahan dengan 2 - 1 .

Gol N9 dijaringkan pada masa pertama manakala 2 gol Kelantan dijaringkan pada masa kedua. Tahniah pasukan Kelantan.

Pasukan Kelantan dah improve tp fans kelantan ttp di takuk lama. SBJ dibanjiri botol dan bunga api serta mercun. Haihhh...

October 27, 2010

MEI HUA by EVOLUSI


aritu, si sopi tompang kaktin ke merbok sana.
mau amik keta yg dipark di situ.
standardla staf-staf biasa ni, mmg takdo
parking gazet lam kawasan bank.
makanya kalau tak park kat merbok,
park jer kat sekolah, gamak rasa lewat
pagar sekolah tutup, last choice kat padang
merbok ler jwbnyer.

kebetulan aritu kaktin ado parking kat basement.
bos kaktin coti so syiook la ado parking.

masa otw nak ke merbok,
tetiba lagu mei hua ni berkumandang
dari corong radio kaktin.
apalagi, ketawa terbahak2 la si sopi.
wakakakka tapi ujung2 nak soh yit
burn gak lagu ni dlm cd...
hikhikhik penangan mei hua!
layansszzz.....

MEI HUA

Engkau yang menyatakan
Apa pun jua
Kita pertahankan bersama

Kecundang jua
Akhirnya kita
Membina cinta…

Hatiku dan hatimu
Dihiris luka
Kerana terpaksa mengalah

Bezanya kita
Amat ketara
Kau tetap Mei Hua…

Mei Hua…Mei Hua
Menangis kau kerana cinta

Mei Hua…Mei Hua
Pedihnya masih ku terasa

Menikam di sukma
Bagaikan sembilu
Aku diulit mimpi ngeri

Mei Hua…
Inilah citra cinta kita
Biarlah kering kegersangan
Usah disirami
Dengan air mata
Lupakan diriku,
Mei Hua…Mei Hua

Mei Hua…


lagu kenangan kaktin gak ni masa sekolah menengah love .

October 26, 2010

Semerah Cinta Stilleto - Lagu Tema Kasih Antara Kita by Zarina feat Adeep

Kaktin tengah gemar nonton filem/siri/drama lakonan
pasangan yg tgh ngetop kat malaysia skang iaitu
Lisa Surihani (LS) n Farid Kamil (FK).



bebaru ni kaktin nonton filem 'semerah cinta stilleto'.
yer memang citer ni dah berzaman.
siap dah masuk ABO dah pun.
tapi kaktin tak sempat tgk last month.
makanya kaktin grab jer dvd lanun.
uuuuiiii layan oooiiii.
sapa peminat diorg suka la kot,
sapa yg tak gomar tu den tak dapek la nak nolong.

terrr jatuh chenta sama OST nya.
gigih la cari kat tenet.
sebbaik jumpa gak, kalau tak kempunan.
hikhikhik over!


KASIH ANTARA KITA :

Zarina

Terciptanya kita terciptalah rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Tercipta episod penuh berwarna antara kau dan aku

Terasa segalanya sempurna tanpa cela
Lihat dari hati bukannya diri
Bagai puteri menanti putera
Kasih antara kita

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Adeep

Terciptanya kita terciptanya rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Terasa semuanya sementara
Sumpahan antara kita

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta

Zarina: Oh dugaan berdua tiada beza
Adeep: Oh dari mana datangnya sentiasa
Zarina & Adeep: Kabur tiada dapat kita menghalangnya
Zarina: Kasih…

Adeep & Zarina

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Terciptanya kita terciptalah rasa
tercipta cinta, tercipta rindu

October 25, 2010

Sukan Komanwel punya Penangan


:: melentik kooo, walaupuunn ::

sukan komanwel delhi 2010 dah pun abis.
aku tak sempat sangat rasa kehangatan sukan ni.
mungkin pasai tak sempat kot.
tapi layan gakla bila free-free.

ada satu malam tu, terbukak channel arena.
sukan terjun papan anjal berduet sedang ke udara.
knowing si najihah yg suka bikin huru hara tu,
apa laga kasi try sama dengan atlit2 tu boleh?



:: seronok sungguh dia ::




:: kononnnya sama la dengan atlit lam tv tu ::




:: haa ni betul berduet dengan sarah ::




:: ingat-ingat sikit, bawah tu lantai bukan air nak ooiiii ::

kaktin menggila bikin puding

dalam minggu lepas, kaktin asik bikin puding jer.
nak plak ada permintaan banyaaakkkk.
ala bukan susah pun.
just bancuh instant nyer, pehtu chill kan lam esbok.
lepas 2-3 jam dah leh makan gitu.

kalau ikutkan, bancuhan puding/jeli tu plain jer.
ikut palaotak kaktin, kaktin up ngan nata de coco.
memula seriau gak takut tak jadi.
kot la dia takmo keras or gimana.
sekali jadi u!.
suka suka suka.....



:: ikut suka ati jer kaktin guna tajuk apa ::




:: tgh tggu dia sejuk ::




:: siap! ::




:: puding trifle versi kaktin first attempt ::

selain puding/jeli kaktin gak ada try-try bikin trifle.
kaktin ikut resepi dari neenaanuar yg vog da vass tu.
first attempt agak tak jadi, tapi habis gak.
janji leh tolan.
second attempt jadi! semua kkwn opis pun makan abis.
tapi still la ada here n there komen yg membina.
insyaAllah ada rezeki lagi nanti kaktin bikin lagi eh.
chiow chin chauuuu...


October 23, 2010

Keputusan penuh kedah vs kelantan

Kedah tewas 0 - 1 kpd kelantan.
Gol kelantan dijaringkan oleh noridlan talaha dan di tampan masuk oleh penjaga gol kedah pd min ke-80.

Kelantan Dan n9 mara ke final piala Malaysia 2010. Tahniah!

en.nahar - akmal rizal - en.nahar

senarnya, tak sabar nak tggu malam ni.
pertemuan kedah dgn kelantan
separuh akhir kedua sekaligus
menentukan siapa akan mara ke perlawanan
akhir piala malaysia 2010.

aritu kan, masa separuh akhir pertama
di stadium darulaman, kaktin ada post status
hi ke jersi no.14 which is merujuk kepada
akmal rizal rakhli penyerang kelantan.
alaaa nama jer team kelantan tapi asai org kedah yo.

bukan apa, ada gak 2 tahun lepas kaktin bikin entry pasal
kesamaan
en.nahar dan en.akmal ni.
tapi arini rasa nak buat gak lagi entry
mengompare dedua umat tersebut.
jom nengok.

kalau sapa nak baca kisah en.nahar di kacau
stranger boleh la klik link atas tu.


blogger-emoticon.blogspot.com

hah amacam ???


October 21, 2010

Keputusan penuh Kedah vs Kelantan separuh akhir pertama

semalam menyaksikan pertemuan separuh akhir pertama antara
Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman
dalam misi merebut Piala Malaysia.
berkesudahan dengan seri tanpa jaringan 0 - 0.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Kelantan
pada Sabtu ini.
semoga Hijau Kuning berjaya menempa tempat ke final.

Sementara itu Johor FC berjaya menundukkan N9
di tempat lawan dgn jaringan 1 berbalas 0.
nampaknya Johor FC mempunyai bekalan gol
yang agak selesa kerana gol di tempat lawan dikira berganda.

October 20, 2010

Petua = Pesan org2 Tua


tengah² belek majalah Anjung Seri sekali
terpandang ruangan petua.
mcm best jer nak share kat sini.
moh kaktin taip sesatu supaya kasi jelas.

Periuk Hitam dek Nasi Hangit
Adakala nasi yang ditanak menjadi hangit dan meninggalkan kesan hitam pada periuk. Untuk membuang kesan berkenaan, curah air ke dalam periuk diikuti sedikit sabun pencuci pinggan dan tiga sudu teh soda bikarbonat. Rebus selama 15 hingga 20 minit.

Pisau Berkarat
Letak bahagian pisau yang berkarat ke dalam belahan bawang merah selama satu jam, kemudian cabut dan masukkan semula pisau berulang kali ke dalam belahan bawang berkenaan sehingga kesan karat hilang.

Papan Pemotong tidak Bergerak
Untuk mengelak papan pemotong daripada menggelongsor atau bergrak ketika menggunakannya, letak sehelai tuala basah di bawah papan itu.

Bakul Sampah Berbau
Taburkan satu sudu serbuk penaik ke dalam bakul sampah yang berbau dan campurkan sedikit air. Goncang beberapa minit, kemudian bilas.

Selamat ber petua!

Family Tree of Prophet Muhammad - Susurgalur Nabi Muhammad S.A.W



Daripada mentelaah organisation chart company atau department, lebih baik
kita mentelaah family tree Nabi Muhammad s.a.w. :)

October 19, 2010

Kisah Kasut Sekolah

alkisah, sarah dok bagitau.
kaki beliau melecet akibat kasut sekolah yg mengetat.
jangan kata kasut sekolah, kasut raya dia pun ketat.
ishk, cpt sggh kaki dia membesar.

nak tak nak kena la cari kasut sekolah baru for her.
walaupun 2010 just come to the end,
tapi ok la kot leh carry forward next yr.

lunch hour friday terjah the mall,
singgah kedai bata kat situ.
mulanya confused size apa sarah pakai.
las las pasrah amik jer saiz 11.
kata brader kedai, kalau apa2 leh mai tukar.
dapat free 2 ketul kapur kasut cap b.first.

balik umah try, syukur kasut tu ok-ok.
agak longgar tapi takper nak pakai kejap jer pun tahun ni.
dah nak cuti panjang.
lagian kekasut dia yg lagi 2psg tu mmg hitam legam legap giler.
adoiii kata jer anak pompuan, tapi melasak kalah budak laki.



weekend, for the first time aku kerah dia soh tonyoh sendiri
kasut-kasut sekolah dia.
knowing her yg mmg tggu saat ni, gigih la tonyoh
sampai putih.
uuuuiiii letih ooiiii seselama ni aku yg bikin basuh kasut sekolah diorg.
kasut aaliyah ok ok lagi memandangkan dia tadika jer pun.
nak plak, masuk tadika bukak kasut.
so possibility nak menghitam legam tu kurang.



dan arini boleh la sarah bergaya dengan kasut sekolah baru.
tingat dulu2 kalau ada jer benda baru nak bawa gi sekolah,
malam tu mesti tak lena tido.
tapi budak sekarang lain, senang dapat.
rasa mcm takder mender jerrr.....

October 18, 2010

Green Lake - TRAGOESS, Austria (breathtaking pictures)

TRAGOESS, Austria - Satu kawasan tasik di sini mempunyai pemandangan unik
kerana di dasarnya mempunyai pokok, rumput, bangku dan jambatan, lapor
sebuah akhbar semalam. Tasik itu dikenali dengan nama Green Lake yang
terletak di sini mempunyai pokok, rumput, bangku dan jambatan asli kerana
ia tenggelam buat seketika. Apabila musim sejuk, kawasan tasik itu akan
kering dan ia dijadikan taman. Namun, apabila suhu semakin meningkat, ais
dan salji di kawasan pergunungan dekat tasik itu mula cair menyebabkan
kawasan taman berkenaan dipenuhi air. Tasik itu kini menjadi tumpuan
penyelam untuk melihat keunikan pemandangan semulajadi yang tidak ada di
tempat lain. - Agensi

Lepas Tudung Telekung Pulak

budak-budak ni.
lepas satu...satu.
bak kata org, selagi tak tutup mata..nak nak nak.

abis isu tudung, timbul plak isu telekung.
baru-baru ni, sarah dpt surat dari sekolah.
katanya ari jumaat lepas, akan ada kem solat bestari 1.
bermula lepas waktu sekolah 12.30pm - 4.30pm.
makanya aku pun udah hi-lite sama kakmanja.
pemilik neseri mintak dia amikkan kul 4.30pm.

petang nyer balik dari opis,
kakmanja kata nak solat cemana telekung takder.
alahaiii....lupa.
pastu gigih la plak ke jalan tar sana cari.
dapatla 2 ketul seperti di bawah.



:: budak ni pun nak pos pos dgn tudung ibu :




:: ini kakak punya ::



:: ini aaliyah punya ::




:: mestila kena pos pos ::




:: siapakah ??? ::




:: siapa lagi, kalau tak si kenit fatihah ::
:: aksi sujud jer dia tau, huhuhu ::


October 17, 2010

PIALA MALAYSIA 2010 : Separuh Akhir Pertama


:: milik siapakah piala ini? ::

Rabu depan bakal menyaksikan 4 pasukan bermain di pusingan
separuh akhir pertama dalam misi merebut Piala Malaysia pada tahun ini.
Pasukan-pasukan tersebut ialah :

KEDAH vs KELANTAN di Stadium Darul Aman

NEGERI SEMBILAN vs JOHOR FC di Stadium Paroi

p/s : perlu ker bawa baju kalis peluru segala di stadium darul aman nanti?
renung2kan dan selamat beramal.kenyit...

October 16, 2010

Keputusan penuh Kedah vs Terengganu


Penyu menangis di Darul Aman.
pic kredit to Kenari Fans Squad sengihnampakgigi



Kedah menewaskan Terengganu 3 - 0.
Hasil jaringan Baddrol Bakhtiar, Sabree Abu dan Khyril Muhymeen.
Semua gol Kedah dijaringkan pada separuh masa kedua.

Kedah bakal bertemu Kelantan dalam
perlawanan separuh akhir nanti.

Tahniah Hijau Kuning!

Perlawanan Suku Akhir Kedua Kedah vs Terengganu LIVE di.....

KedahFM

jom layan jom.
semoga kedah success! success!
AMIN....

October 15, 2010

Keputusan penuh Kelantan vs Selangor

woot wooot...
selangor kalah. hikhikhik...
kena belasah dengan kelantan 3 - 0.
tahniah kelantan. walaupun mempunyai rekod
penonton yg selalu bikin hal,
sekurang-kurangnya dengan kemenangan ini
dapat membuktikan kelantan idokla teruk mana pun.
syabas kerana telah menempa tempat ke separuh akhir.

October 13, 2010

Misi Menjejak Famous Amos diteruskan ke SOGO


tak dpt FA di pavvy, next day kuar lagi.
kali ni harusla amik lunch dekat2 ngan sogo jer.
kalau kat sogo, dah mmg sediakala tau la.
mmg ado FA kat sini.

bertrio lunch di insaf.
uuuiii lama tak pekena beriani insaf wei.
kelazatan masih seperti dulu.
kaktin up ayam dada + nasi + kuah madu + ice lemon tea.
total semua = RM14.60.
sesekali ok la kot.

abis makan, zasss ke sogo.
terus terjah LGFlr dia ke booth famous amos.
si dil mau beli choc chip no nuts 100gm
sekali terpandang ada offer.



purchase 100g and above of crunchy cookies....
get a soft and chewy cookie @RM1.90 only!
tanya-tanya sama itu promoter,
if beli 100gm jer, tapi nak beli 3soft cookies boleh?
BOLEH! zasss amik 3ketul soft cookies dgn masih harga promosi,
walaupun ko beli 100gm jer crunchy cookies. jimat..jimat.
apa lagi, jom terjah sogo beli cookies jom.



kami beli yg perisa toffee cappucino choc chunk 2 ketul,
yg decadent choc chip seketul.

kaktin : 'alaaa...lembut!'
mereka : 'nama pun soft cookie kaktin, kau kenapa???'
kaktin : 'heh malu ' *nmpk sgt tak penah makan sblm ni* gelakguling

Famous Amos hunting @Pavvy...

korang...korang...korang....
nak tau sesuatu tak.
ok, kaktin admit kaktin nak menciwi nih.



first time oooo jejak pavilion, KL.
sedih tak? hakhakhak kasi can laaa...
bukan sonang nk sampai weih.
memandangkan minggu lepas ada umat mau ke sana,
kaktin kasi polo.

takleh tawaf lelama, pasal time sgt limited.
zasss ke foodcourt dia jer.
terus order.
semua pun sepakat makan teppayanki.



salmon grilled for me!
rasa ok ok jer la kot.
sementara order nak sampai kaktin
tak lepaskan peluang masuk kodai speedy berdekatan.
kalau dah tajuk kedai speedy apo laie nak beli.
semua pun berunsurkan dvd la kan.

tetiba ahli majlis banjer makan egg tarts.
gulp, kaktin ni kalau makanan yg berunsurkan
telur agak kureng, apatah lagi laaa rupaparas dia
menyerupai telur yg tidak masak lagi laaa kenot go.
tapi kaktin cuit sikit la. jaga ati gitu. hiks.







inila haaaa....mendalah yg sempat kaktin grab.
dvd case for the kids.
lately ni asik beli dvd jer, tapi takder tpt proper mau simpan.
kasi beli satu. pehtu simpan atas lemari
supaya sikenit tu takleh capai.
nnti abis dia main, calar balar cd jadinyer.


dan, ini plak dvd kartun yg kaktin grab.
mulanya najihah pesan mau cd tom n jerry.
tapi, karang takut asik tgk siri yg sama jer...
tup tup ternampak cd kartun back kom ni.

kelakar oooo kartun ni.
tetiap pagi, sblm kuar umah mesti nonton siri ni.
mmg layan. dulu ngadap shaun the sheep.
skang layan back kom plak.

ek eh, ni nak kasi anak ke mak yg nak layan???
layanzzsss....



eh, nak citer.
yg senarnya ada umat sudah ngidam famous amos.
dpt plak ajaran sesat katanya ada di pavvy booth nya.
sekali cari takdo. nangissss....
tapi, jgn risau misi tetap diteruskan.

heart my community