Followers

May 28, 2009

dimulakan dengan BISMILLAH...

seawal pagi, as usual sblm aku gerak ke opis harusla aku menawaf se petaling utama itu mau menghantar ppgs kan. tapi, pagi ni lain sikit. oleh kerana en.nahar sudah bebel² katanya dah 3 hari dia soh aku p tampal tayar keta which is aku pun tak nampak akan kekusutan angin tayar itu makanya agenda hari ini jadi lain dari kebiasaan.

en.nahar anto kakaks ke sekolah, aku anto najihah n fatihah n achik ke neseri n tempat keje. mengikut kata en.nahar, dia soh aku tampal tayar keta tu kat bengkel EVOLUTION. katanya bengkel itu dijamin pembuatan keje yg lebih jitu dan mantap dari lelain bengkel sekitar petaling utama nih.

oleh kerana masa itu jam baru menunjukkan 7.30am, aku ajak achikmimi teman bekpes kat kedai mamak berdekatan. aku makan roti canai n milo ais jer. lepas tu anto achik g opis dia. then aku terus gerak parking kat bebetul depan bengkel keta yg masih belum sampai masa operasinya itu.

mengikut kata en.nahar lagi, bengkel itu mungkin bermula operasi sekitar jam 8.30am ke 9am gitu. masa aku sampai depan bilding bengkel tersebut, jam menunjukkan tepat 8am. apa yg perlu aku buat?? layan video AKIM sekitar konsert jerla. ada 3 video dia yg aku upload kat henpon. yg dia jadi sultan, i'm yours n bencinta. perghh...mmg hebat. heh.

tetiba aku nampak seorg lelaki menaiki motorsikal berlegar² di sekitar kereta aku. aku dah cuak, pasal tempat tu mmg terkenal dgn kejadian ragut bermotorsikal. *tipu, aku dah tau tu en.nahar*. tetiba la plak dia dtg kan. nak teman tinie ke bang? heh. takder maknanya. dia dtg nak makesure keta dia jerla tu. nak makesure aku masuk bengkel yg dia mahu. padahal masa tu, sudah ada satu bengkel lain yg sudah mula operasi. puas aku pujuk nak pegi bengkel yg dah bukak sbb takmo masuk opis lambat sgt.

knowing him kan, harus gak tak kasi. beria gak dia suh aku tggu kedai so called EVOLUTION tu bukak. yerla..yerla. dan, sekitar jam 8.40am centu, nampak la kelibat seorg lelaki cina berskuter sampai. terus en.nahar pergi kat dia. gitau sesikit la kot kata keta dia tu kena paku/skru kat tayar mintak tampal. nampak macam diorg ni dah kenal each other.

peh, boleh tahan hensem jugak pomen nih. mcm pelakon korea gitu. tetiba kan. dah dia bukak kedai dah ready segala dia panggil la aku masuk bengkel. aku pun drive la masuk. pong pang godek tebuk tampal dah setel siap. dan paling aku kagum upah hanyalah RM6. la hai, macam tampal tayar beskal lak. kalau ikut en.nahar mau dia up RM20 dlm quotation. mark up sesiap. hahahahaha sengihnampakgigi . jgn marah ek bang.



itu pomen berskuter baru sampei.
setelah pecah peluh aku menunggu.




kedai sebelah yg on da dot 8.30am sudah bukak.
tapi en.nahar berkeras tak kasi pegi kedai itu.
layannnzzz.




akhirnya.
skru/paku itu telah dikuarkan dan berjaya ditampal.
sekian.


13 comments:

Naja said...

tu sebab kot beria en nahar soh bini dia g tampal.... wakakakakkaa! satu strategi yang bagus

mrblind said...

tampal tayar pun nak pilih-pilih kedai ke?

Eta LaZiM said...

clap! clap! clap!! Tayar kereta TiNie dah x tembuih.. hihik!!!

payiet said...

kau nih kak, ngan apek pomen pon jadik, aku report incik nahar kang

attyfir said...

yeah..tayar dah okeh le impak maksima..

TiNiE said...

naja : standardla en.nahar. tapi yg kesungguhpun aku yg dok bwk keta tu..

mrblind : pasrah, itula suami aku..

mamaqaypo : yeyyy...tq tq

payiet : report la..sila sila..

atty's : jom jom..set tpt jom kita kl drift..yearghh

Suziey Ahmad said...

waaa sgt setia en nahar pd kedai itu..dia ade share kot..ekek:D

~Cinta Cukulet~ said...

sebab kak tinie first customer kot..sebab tu dia bagi murah hikhik...


kalau kat ganu nih mcm tu la, first customer biasa dapat murah hehe

pinkiss said...

sebab ada nama EVOLUTION kot.

TiNiE said...

suziey : mungkin gakla zie..

CC : heh..takdak maknanya...

pinkiss : haaaaaaaaaaa..mungkin gakla kot..hahaha

Diamilikku said...

memang sangat particular kan....tapi bagus ahhh...bila dia nak yang terbaik untuk kereta..pasti jugak apa2 yang dilakukan oleh en nahar adalah yang terbaik untuk isteri dan anak2...beruntung ooooo

Dee said...

sbb dia biasa deal ngan pomen tu tinie..kira peberet shop dialah tu..

TiNiE said...

sone : insya-Allah gitula hendaknya..amin

dee : mungkin mungkin..logik

heart my community