Followers

March 13, 2009

Episod Aaliyah - Pantai Medical Centre

as usual lepas jer anto sumer org, aku pun terjah opis dulu. pasal nak apply leave n GL. around kul 9.15am baru setel sumer dan GL pun sudah ada di tangan terus zasss ke PMC. sampai pantai aku pun sekonyong² ke bahagian kecemasan (emergency). dah mmg tak tau nak terjah mana pun. dan oleh kerana aku sudah ada GL, terus jer suster tu referkan aku ke satu doc ENT doc chang.

lokasi kinik doc chang di bilding B16. masa aku sampai patient ada sorang lam bilik dia. aku harap sesgt yg doc chang boleh buat sesuatu dan aku tak perlu drag kes ni lama². dah masuk dlm bilik, aaliyah plak takmo coorperate. asik menggelupur jer bila doc chang nak tgk tinger dia. las las doc chang decide kasi bius saja lor. means masuk operation theatre.

sblm masuk ot, kami dihantar ke wad dulu. masa tgh siapkan diri nak masuk ot, aku sempat la berkenalan ngan sorang bb tgh tunggu nak operate gak. sedih ok tgk dia. sumbing. huhuhu dan dan aku bersyukur dgn apa yg aku ada. bb tu baru 9bulan. sumbing dia agak luarbiasa. tapi kecomelan dia ttp terserlah. dia membalas senyuman aku dgn hilaian tawa yg bisa menggugurkan jantung. nama dia kalau tak salah khairatulhusna. putih gebu. terus aku teringat fatihah kat neseri.

pakar bius, doc dass dtg. amik particular sumer. aaliyah kena salin baju. agak kelakar kerana baju yg dia dpt xxxl saiz untuk dirinya yg kemetot itu. dah setel salin baju segala. aaliyah pun disorong ke ot. dari ting 5 turun ke ting 1. fuh perjalanan yg bikin meremang segala bulu gakla pasal di kiri kanan penuh dgn bilik yg silap² aribulan boleh sesat.

sampai jer kat ot, aku pun diarahkan kena tuko baju gak. masa sepeninggalan aku g tuko baju aaliyah sudah meraung wat kesekian kali. lepas jer aku tuko baju, kami disorong masuk ke dlm ot. uih ngeri nengok pekakas dlm tu. masa aku masuk ot nak bersalin aritu tak sempat sgt nak belek. diorg just pengsankan aaliyah dgn gas jer. lepas jer dia selamat pengsan aku kena kuar.

aku tggu aaliyah kat recovery bay. tak lama pun around 15min centu. sblm tu sempatla aku tgk a few patients yg baru kuar gak dari ot. mcm² penyakit. tak berani nak usha lelebih. karang aku plak yg terpengsan kat situ naya punya kes. tapi takper, dah dlm spital pun kan. cukup time aku nampak la diorg sorong katil aaliyah masuk ke recovery bay tu. masa tu dia tgh muntah. sian anak aku. dia masih ting tong. kuar la abis biskut 2-3 keping masa makan kat opis pagi tadi. kena tggu plak kat situ dlm setengah jam.

dah ditolak masuk wad, dah ada lunch menanti. apa lagi aku yg tak masuk apa benda walau setitik air pun terus dgn rakus menjamah meal tersebut. aku seriau nak kasi aaliyah makan. takut dia muntah lagi. tapi alhamdulillah, dah dia muntah tadi lepas makan dan minum dia ok jer. kami bantai menegheloh secara berduet sampai pukul 2++. aku tersedo bila ada nurse dtg bagitau yg dia akan isi form discharge. fuh, lega. 2.45pm centu baru la nurse tu dtg bawak form discaj dan aku terus turun plak ke kaunter discharge. lagi sekali saspen nak tgk bil. kot kot la ada different yg perlu aku setelkan di luar jangkauan kotak pemikiran aku. hehehehe alhamdulillah aku kena topap RM8.60 jer dari RM2,109.00. aiyoookkk duduk tak sampai sehari bil 2k++. giler. dah amik ubat kat farmasi segala. kemas² apa yg patut kami pun pulang dari tempat kejadian. lepas satu bab.



PMC - registeration n admission kaunter



inilah budak sakit dan mak budak



cek bp dulu
dah salin baju aaliyah mula menggelisah



dah setel. lengkali boh lagi naaa menatang lain plak.
boleh dok spital lagi kan. nauzubillah.
kelihatan pastik specimen yg isi mendalah yg dikuarkan dari tinger dia.

7 comments:

Anonymous said...

sapa yg masukkan benda plastik tu dlm telinga dia?

payiet said...

kasik tunjuk gamabo sbenar bendalah tu *tetiba aku bersungguh sungguh mau melihatnya takoooot

Baby Lyana said...

ermm....teringat masa aku masuk OT... cuak gak..and senak perut aku gelak dengan perkataan menegheloh tu.. hahah dah lama tak dengar..

Deqna said...

1st - menegheloh tu ape?
2nd - Apa yg sebenarnya terjadi? benda apa yg dimasukkan?
3rd - sian aku tgk dia masa pakai baju spital tu.

lastly, aku tingat dulu kecik2 aku pernah masukkan kacang tanah kat dalam hidung... seb baik leh cungkil keluar, kalau tak mesti kena operate gak..

TiNiE said...

KM : bukan pastik tula KM ooi, bendalah lam pastik tu..nanti ada entry tunjuk mendalah tu kasi close up sikit

payiet : yer yer kejap lagi kul 12.30pm

shaf : aku pun shaf, mmg cuak..even masuk smlm pun cuak gak..hahah menegheloh

deqna : ko tanya kak zai or kak pidah apa tu menegheloh... ko pun na, ala² anak aku gak, jenis masukkan benda dlm lubang idung/tinger...tula sib baik tak kena operate cam aaliyah

Beautiful Disaster said...

menegheloh tu tdo ekh? agk2 jer. da pastu akak kate tsedar. msti lar tdo kan??mhl ekh cas die. sib topap sket jer. bnm bestt!!hhaha.

TiNiE said...

BD : yeap, menegheloh tu tido..yerrr bnm mmg best!!!

heart my community