Followers

October 14, 2009

terjahan open house di hari sabtu, no. 1 world ranking

ekceli pada hari sabtu tu itself ada 4open-house yg aku tau. tapi ujung² dpt attend 2 jer. pasai? mcm² pasai. heh. memula tengahari jadi tetamu pertama di umah kakmai. pehtu terus balik tido kejap sesambil tunggu en.nahar balik keje mau ke umah kakak lak kat klang. dah, en.nahar balik dia pun bantai tido gak. sudahnyer almost 4pm baru gerak.

kakros call, seb baik masa tu dah sampai junction umah dia. kalau tak, mau kena bebel. tadah tinger jerla. sesampai terus capai apo ado. kata baru bangun tido kan. en.nahar pun enjoy jer makan. pas nasi, telan buah moktan lak. hiks, janji kenyang sudeh.

masa kitorg dah nak balik, tetiba sampai la sorang umat ni. berkancil merah. ooo rupanya si salam. oleh sebab bebaru ni dia glamer masuk tv, aku pun snap2 la pic dia bleh buat bahan blog aku. hiks. so, pada sesapa nak tau sapa salam ni sila scroll citer dia kat bawah ek. yg penting no. 1 di dunia u olls.



:: pilih...pilih...pilih ::



:: tak sempat org tu nak posing ::



:: insan teristimewa ::







KUALA LUMPUR - Tidak keterlaluan jika hendak dibandingkan status pemanah paralimpik negara, Mohd. Salam Sidik setaraf Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David selepas menduduki ranking No. 1 dunia Kesatuan Memanah Antarabangsa (FITA).

Malah, kejayaan Salam itu diraih selepas memenangi pingat emas Kejohanan Memanah Para Dunia recurve kelas W2 (berkerusi roda) yang berlangsung di Nymburk, Republik Czech 15 hingga 22 Ogos lalu.

Menurut Pengarah Cawangan Paralimpik, Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd. Safrushahar Yusoff, kemenangan Salam ke atas atlet Korea Selatan, Lee Hong-gu dalam saingan akhir kejohanan tersebut membolehkannya menduduki ranking No. 1 dunia.

"Sebelum ini dalam kejohanan yang sama dua tahun lalu di Korea Selatan, Salam hanya meraih pingat perak apabila dia tewas kepada atlet yang sama," katanya dalam sidang akhbar di MSN Bukit Jalil semalam.

Jelasnya, kejayaan Salam adalah amat bertepatan dengan persediaan intensif Sukan Paralimpik 2012 yang akan diadakan di London.
"Dia berada di landasan tepat untuk meraih kejayaan di London malah lima atlet lain yang turut mengambil bahagian menunjukkan peningkatan yang mendadak.
"Ini adalah buat pertama kali atlet kita memenangi pingat emas dalam kejohanan tersebut dan menduduki ranking No. 1 dunia," katanya.

Sementara itu, Salam berkata, dia tidak menjangka dapat memenangi saingan akhir tersebut tetapi dia memang berazam untuk menumbangkan Lee Hong Gu.
"Mata yang saya kumpul dalam kejohanan tersebut 1,622 merupakan yang terbaik sepanjang karier saya sekali gus memadam rekod lama 1,252 yang dicatatkan pada Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2003.

"Prestasi saya agak menurun pada 2006 dan ia mengambil masa yang lama untuk saya kembali menemui sentuhan dan ternyata program yang dianjurkan MSN sedikit sebanyak melonjakkan kembali prestasi saya," kata atlet kelahiran Johor berusia 26 tahun itu.
Ditanya adakah dia merasakan keadaannya sekarang setanding Chong Wei dan Nicol, Salam berkata, dia masih belum setaraf kedua-dua atlet tersebut berikutan ini kali pertama dia meraih pingat emas pada Kejohanan Dunia.

"Mereka sudah menjuarai banyak kejohanan bertaraf antarabangsa, saya masih belum setaraf mereka walaupun menduduki tangga pertama dunia," katanya.
Dalam saingan akhir kejohanan tersebut Salam mencatat kemenangan 112-104 ke atas atlet Korea Selatan tersebut.

Sementara itu lima lagi atlet paralimpik yang beraksi dalam kejohanan yang sama gagal meraih sebarang pingat, mereka adalah Zulkifli Mat Zin, Mohd. Zafi Abdul Rahman, Azrul Abd. Rashid, Mohd. Suhaimi Md. Hesa, Mohd. Nazri Ariffin dan Nor Saadah Abd. Wahab.

Salam yang pernah menyertai Sukan Paralimpik 2008 di Beijing kini menjalani latihan bersama jurulatih tempatan, Abd. Razak Yaacob.

ihsan dari klik sini

2 comments:

Baby Lyana said...

oo kak ros wat open house...siap ade buat moktan tu...hihi

Alimaz-Kembara Terasing said...

best3...open hau se selagi raya ada...lepas ni sambung raya hindu plak...ekekekekek

heart my community