Followers

January 28, 2010

kepala babi yg dimaksudkan, rupanya di masjid dekat dgn umah aku...huhuhu

petang smlm, dahla dikejutkan dgn satu eksiden mangsa masih berada di tempat kejadian...
terkejut lagi dgn satu insiden ni plak.

masa otw back dari amik budak-budak kat neseri...
aku lalu dpn masjid baru al-tirmizi, taman seri sentosa.
aku tgk ramai giler org. jemaah masjid, polis dan juga 2-3 org cina.
nmpk mcm tgh membincangkan sesuatu.
terus otak aku pk-pk, ni mesti ada kes nih.

balik umah, dekat2 nak tido aku sesajala browse status kkwn kat facebook.
sekali tertancap dkt si luth punya status terus aku buka blog dia baca.
dan sah laaaa kes kepala babi. huhuhuhu......

nak baca cerita plus pic leh klik kat sini.

KUALA LUMPUR: Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras diletak di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletak di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi wang dengan jumlah sama diletak di hadapan pintu masuk perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi tadi selepas selepas solat Subuh.

“Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu, ia didapati berisi kepala babi hutan,” katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dan Ketua Polis Daaerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. – Bernama

Rasbollah berkata, orang yang meletakkan bungkusan itu mungkin mengetahui selok belok masjid itu kerana pintu masuk belakangnya terlindung dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). “Di hadapan pintu masuk masjid ini ada kamera CCTV tetapi di bekalang tidak ada dan orang yang menghantar ini mungkin membuat kajian terlebih dahulu tentang masjid ini,” katanya.

Musa pula berkata, tindakan menghantar kepala babi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang bersifat provokasi

Beliau memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

“Jangan sekali-kali bermain dengan api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum. Kita minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini,” katanya.

Musa berkata, beliau telah mengarahkan anggotanya memantau masjid di sekitar kawasan itu supaya insiden serupa tidak berulang.

Katanya, keempat-empat kepala babi hutan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut. – Bernama

6 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam tinie....teruk betoi dunia la ni....dah hilang akai agaknya...

fazemy said...

Kesian babi hutan tu menjadi mangsa. 1 malaysia dah makin hura hara skrg ni. kenapalah diorg ni tak blh dulu aman erk. this is y i hate politikus..

Dj Epoi said...

Memang Babilah org yg buat kerja tuh!!!

attyfir said...

saje je nak cetuskan isu perkauman.

payiet said...

jangan kepala manoksia sudeh la uolls

TiNiE said...

alimaz : mmg terkejut gila laaa...

fazemy : kenapakah babi itu harus dikesiankan..huhuhu

dj epoi : sgtsgt babisss...

atty's : betul tu kakty...

payiet : aiyooo..takoottt

heart my community