Followers

January 21, 2010

ibu, engkaulah ratu hatiku....

pada yg berkawan dgn aku di facebook pasti tau, last monday mak dtg sini. mulanya nak uruskan hal achikmimi la. asik kena jadi bahan ujikaji jer kat UH sana. tapi, alhamdulillah pepagi selasa tu achikmimi dah leh discharged. cumanya dia kena monitor dia nyer BP di klinik-klinik berdekatan. takut BP dia naik.

berbalik pada kisah mak tadi, sejak mak ada kat umah aku agak kurang tension. walaupun kkdg tension jugak. heh, bukan dgn sapa dgn ATM laaa. adoi, mmg membikin naik darah la hai. especially yg no.3 tuh. tapi apakan daya ku layankan jerla.

balik petang, rumah dah kemas. makan malam siap terhidang tinggal nyam nyam jer. esok petang, ayah lak sampai ngan air asia. dan mereka dijangka pulang jugak dgn pesawat air asia ari senin pagi.

bersyukur dgn apa yg aku ada skang. mak ayah yang masih sihat. adik beradik yg saling mengukuhkan. keluarga, suami dan sahabat yg sentiasa memberi sokongan juga semangat untuk aku meneruskan hari-hari ku ini. terima kasih ya Allah. sesungguhnya aku bersyukur kepada-Mu. amin amin ya rabballalamin.

:: pic di pagi selasa dgn mak ::


6 comments:

CAHAYA said...

Alahai, rindu dengan mak saya walaupun baru je cium tangan dia sebelum pegi ofis tadi. Huhu.

Mama_Aqish said...

meh kiter nyani lagu tu sampai habis

"ibu2 engkaulah ratu hatiku...bila ku berduka...engkau hiburkan selalu....ibu2 engkau lah ratu hatiku...."

bak iklan kat tv tu kih...kih...

naja said...

emak adalah satu anugerah... sepanjang hayat!

ezzati said...

sweet :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

i love my mummy tooooo

TiNiE said...

cahaya : yerla C...akak ni lagi la, mak dok jauuuh bukan hari-hari leh jumpa huhuhu

mama-aqish : fatihah suka nau ngan iklan tuh...

naja : yezzaaa...tepat sekali!!!

ezzati : thanks dik..

alimaz : yer, pakat2 la kita menyayangi ibu masing-masing...

heart my community