Followers

February 18, 2010

kisah dinner dan air 3 layer

lately ni, balik keje jer aku mesti tapau sesiap dinner for da kids. yesss...aku dah tak masak malam. bukan tak sempat. tapi aku malas. aku malas nak berkungfu kuntau dgn fatihah kat dapur. asal masuk dapur jer nak masak, dia pun sibuklaaaa nak masuk celah kangkang aku. nak masuk balik dalam perut aku balik gamaknya.

selalu pun aku akan tapau nasi putih ngan lauk 2 jenis. diorg paling suka kalau lauk tu ada sup-sup sikit. tetambah fatihah kalau boleh makan nasi, kalah kita yg besar nih.




restoran masputra taman sri manja antara restoran yg acapkali aku akan singgah bila aku balik keje. selain layanan yg mesra, food dia sedap dan juga harganya yang berpatutan. bukan nak cerita pasal makanan lain, tapi aku nak cerita pasal air 3 layer. atau kalau dalam menu restoran masputra ni dipanggil air teh 3 rasa special.



:: ada menu sarapan pagi juga::



:: pelangi 3 rasa dan teh 3 rasa special ::
:: lagi detail boleh klik kat sini ::



memula aku ingat, hanya wujud teh 3 rasa saja. rupanya ada kopi dan pelangi juga 3 rasa. kalau yg kopi tu kopi laaaa ada lapisan susu dan air gula merah. yg pelangi tu plak mendernyer? bila aku recce recce rupanya pelangi tu air sirap. kiranya lapisan satu sirap, kendian susu dan bawah air gula merah la kot. dan bila digaul mungkin rasanya ala-ala sirap bandung gamaknya.

aku lum try lagi pelangi 3 rasa. takut tak kena kehendak tekak. so, pada hari berkenaan aku up segelas teh 3 rasa special sementara tggu sup ayam sayur dimasak.



:: air aku ::



:: abisssshhhh ::

so far, rasa teh tu ok-ok laaaa. just nice. aku dah pekena teh ni 2 kali kat kedai ni. cuma yg aku leh compare teh 3 rasa kat kedai ni ngan maju junction, kedai ni agak 'pure' manakala kat maju junction rasa dia agak 'lite'. both pun aku suka. tapi idokla suka sampai nak pekena hari-hari. kiranya kalau teringin takyahla susah-susah nak ke maju junction sana, kodai bakang rumah aku ni pun ado. restoran masputra adalah sejenis restoran melayu. sekian.



:: peh, tambahan 30 sen kalau kita tapau air hebat...hebat... ::
:: rega plastik ngan straw la kot nooooo ::

7 comments:

SYAbAR said...

akak tgh berazam nak slim slim world, kau pg dah bg akak tak tahan ujian, adussss TERINGINNYA....

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

maneh dak?? sure dahaga air kosong plak tu..hihi

payiet said...

yang pelangi tu cam best je kak, ko taknak ajak adek badek tiri minum minum kat sana kah? huhuhu

mya said...

yang kopi 3 layer tu pun cam best je

Alimaz-Kembara Terasing said...

nampak sedap...tapi kalau pekena selalu mau kena kencing manis nih,...

ciK LyndaWawa igUana said...

ah....berkira sangat plastik n straw....hahaha..bekal mug dari umah jela..

TiNiE said...

syabar : sabar kak..sabar...tapi sesekali per salahnyer...

yanadzul : manehlaaa...tapi minum pepelan ok...

payiet : takat ajak ok jer...bebila pun ok..heh

mya : lum kesampaian nak try kopi n pelangi tu..

alimaz : takooott..takmo takmo kencing manis

ciklynda : bawak jerla tapewer sendiri ek...

heart my community