Followers

March 16, 2011

Seperti Di beri Peluang Kedua...


smlm, lepas amik ubat kat klinik singgah jps jap.
mau jumpa dengan kakak kesayangan hamba ini.

seperti yg kebanyakan kkwn sedia maklum,
tanggal 5hb jan 2011 kakpah disahkan CA pancreas.
tapi, aku salute 200% sama beliau kerana beliau sgt² tabah.
positif. kuat dan segala-galanya lah.

aku maklum pasal ni pun bila somebody bagitau.
masa aku tau tu, serasa dunia aku kelam jap.
betapa hebatnya dugaan yg Allah bagi dekat dia
selama aku mengenali dirinya.

aku kenal dengan kakpah ni seusia aku di bnm.
almost 10yrs.
antara org² pertama yg close dan baik dengan aku.
kami baik, kami gaduh bersama-sama.
dalam baik-baik tu penah gak bergaduh tak bercakap.
kelakar plak bila dikenang-kenang.
lagi kelakar kalau org tau punca kami gaduh.
aduiiiyaiii mmg tak boleh blah langsung.

Petikan dari blog kakpah.....

Semua yang aku lalui tika ini adalah ketentuannya aku redha sebenarnya dan patut rasa bersyukur kerana masih lagi mampu untuk menatap wajah2 kesayangan di hadapan aku..... Dan kadangkala bila diri ini keseorangan, butiran airmata jatuh menitis di pipi bila aku tahu yang sebenarnya ramai yang menyayangi diri ini dan mengambil berat tentang diri ini... Terima Kasih buat semua di atas kesudian mendoakan kesejahteraan aku di samping solat hajat buat aku... Hanya yang ESA mampu memberi ganjaran buat semua.

Saat aku tahu tentang ketidaksempurnaan diri ini seperti dulu, aku menjadi begitu pilu sekali..tidak mampu menitiskan airmata di depan ke dua orang tua mahu pun adik beradik sendiri..kerana bimbang akan kebimbangan mereka terhadap diri aku. Aku menangis bila keseorangan, dan memohon agar aku diberi kesempatan untuk bertakwa kepada mu Ya Allah. Sebagai manusia biasa, aku mengaku terlalu banyak dosa2 yang telah aku lakukan antara sedar dan tidak...Mohon kepada mu Ya Allah, berilah kudrat kepada ku untuk beramal kepada mu Ya Allah......

Buat teman yang mengenali diri ini, aku memohon kemaafan, andai kata terasa hati ngan tingkah laku aku dan terima kasih atas kesabaran menjaga aku sepanjang aku terlantar di hospital tempoh hari.....

Doakan kesejahteraan aku di dunia mahupun di akhirat......

kakpah, aku akan sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan kau.

insyaAllah. amin amin ya rabballalamin.

entry1

entry2

3 comments:

AdanyaKauUntukku said...

kuat betul semangat kak pah..
ila pun tak tahu nak cakap apa
mmg tabik spring toing toing..

eh tinie..kak pah pun ada blog yek
nak add,p lssssss

attyfir said...

semoga kakpah senantiasa sihat dan tabah selalu amin

Alimaz-Kembara Terasing said...

tak ramai org setabah kak pah ni....

heart my community