Followers

October 26, 2016

4 Bulan

since july.
4 bulan sudah.

semoga survive.
amin.

January 25, 2016

Rimba & Rusa

plan nak merimba & rusa ni tercetus dari tahun lepas lagi.
tengok ke review dan tempat lawa.
bincang-bincang dengan adik-beradik tiri yang one fine day
kami akan ke sana. InsyaAllah.

nak dijadikan rezeki kami, maya decide nk open table
kat sini sempena birthday beliau [kelas tak birthday
girl yang belanja] dan jua sebab
dia dapat duit hasil jualan rumah.

yeahoooo makanya pada hari sabtu,
tanggal 23 jan 2016 berduyunlah kami ke sana.
seawal 8am dah terpacak depan kedai.
makanya menu breakfast jadi santapan.


ini kaktin punyo.
kacang phool jiddah.



payiet dan kemal makan menu ni.
smoked salmon.



zalmi punyo.
humus al khudre apa menda tah.
haha. #takklako



dan ini birthday girl, maya punyo.
daging rincik tu sedapppp.

pendek citer semua food dia ni sedap lah.
nak dijadikan cerita, masa kami bertiga sampai maya blom sampai.
dia pesan, if kami sampai dulu terus jer order jangan tggu.
tapi, jangan lupa amik gambo.
hiks. yer yer. for sure punyalah amik gambo. jgn risau.

masa memesan makanan, perut tgh lapo.
apa lagi, menamak la pesan dessert sekali.


ini ialah nutella pavlova.
pon sedap.



bread butter puding.
lazaatttt.



creme brule!
nyamsss

pakat2 la makan sampai memasing rasa nak kena potong kaki dah.
semua pon manis!
tapi sedap. sokay. layanzzsss.

eh lupa plak gambar air blom.
tgk gambo collage jerlah. hiks.


dari atas kiri, kaktin punyo.
yg panas kopi tu kemal punyo.
OJ yit punyo n melon portion is sopi punyo.


sambil makan, sambil layan bergambo




kena plak sopi bawa gopro ia.
apa lagi menciwi la.
gambaq lawa plak tu.
eh, gambaq yg lawa org dalam gambaq pon lawa juga.
muahahaha.



haaaa nampak sedap.



alamak, ni lagi sedap.
maigoodd cemana ni!
abaikan kepoyoan kaktin itu.



setel makan, acara bergambar diteruskan.



layankan jerla.

setel di rimba dan rusa, kami zasss ke ikea pula.
kaktin nak cari cermin, nak cari cermin.
yit n kemal nak cari barang rumah.
katanya nk masuk rumah baru.
eh, sopi pon. dia dah dpt rumah dah.
tahniah la adik2 ku semoga rezeki kamu, kamu dan jua kamu murah selalu.
begitu jua diriku. insyaAllah. amin.
jom ke IKEA!

p/s : amboi entry pertama dalam 2016 kemain panjang lagi ha. nasiblah sana.


June 03, 2015

Happy 11th Birthday, Aaliyah Nurashikin binti Mohd. Nahar :)

dear adik,

selamat menyambut hari lahir yg ke 11.
ibu, ayah, kakak dan adik2 sayang sangat dgn adik.
pasal adik rajin, dengar cakap ibu dan pandai.
semoga adik akan menjadi seorang yang berguna, solehah juga
berjaya di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.  Amin.



:: dari kanan : najihah, fatihah, sarah & aaliyah ::

April 10, 2015

Viral

se kisah di petrol station.

Pn. Tin  : Minyak RM70 pam 10 + 4 biji roti gardenia krim

Cashier : OK semua sekali RM73.40 dan ini baki RM1.60. Nak plastik tak puan?

Pn. Tin  : Boleh jugak dan resit.

Cashier : Kalau nk plastik RM0.20 yer.

Pn. Tin : OK tak payah, bagi saya resit jer.

Cashier : Resit pon kena RM0.20 puan.

Pn. Tin : HAH! kau benar-benar sikit dik resit pon nak caj.

Cashier : Eh, tak lah...saya gurau jer.

Pn. Tin : kau jangan memain, saya dah standby fon dah ni nk viral kisah resit kena caj.

ahaha skang ni, apa saja tak puas ati jer terus buat aduan. nak viral. hiks.
as long as hak kita sebagai pengguna ada, zassss kan jer. okbai.

September 21, 2014

Cuti Hari Malaysia @Aseana, Cafe. KLCC

wah. wah. wah.
wah lai tong.
hehehe.
cecuti tengah minggu jer best bila dapat poya-poya.
dapat jer greenlite dari en.nahar zassss sampai klcc.
ada dating ha.
jumpa dgn zana dari langkawi with lotsa luv.

kebetulan kaktin buat congo bars,
makanya bawa jer sekalian.
bila lagi geng ASMA nak rasa kan.
alang-alangan berjumpaan sharing is caring la konsepnya.

bertempat di aseana cafe peluk shium la kami.
kaktin menumpang kasih kete amal.
dia mai pikap kat rumah.

sesampai kat klcc, sosek la plak.
ramai gila umat uolls i telyu.
sampaikan tangga karan sesak.
mcm terowong almuassim.
echewah macam kan penah sampai.
heh.



ini minah 2 ketul aya n amal, gumbira dapat makan congo bars.
pepakat merisau takut kena halau 'no outside food allowed'.
tapi luckily tak. heh.

dalam cafe ni, semua pakat meroyan.
line internet takder.
cemana nk update gegambar ciwi kat grup wasap kan.
minta la pw dgn waiternya.
sampai kesudah tak leh kenek.
wtfish sangat.
pls take note aseana, weolls bukan takder data plan memasing yer.
cuma line tak sampai jer ahahahaha.



suri aya order kepok lekor.
RM14 sepinggan. nangisss huwa huwa.
amal order caramelized banana ni ha RM16 sepinggan.
walaupon kat SK RM6 jer.
kikiki tapi laju gak ngap ngap.
pe der hal, rezeki jangan ditolak.



pastu kaktin suggest order pizza besau ni ha RM26.
pepakat makan.
giler nyembang 3jam tak berganjak.
mmg terbaiklah.
geng ASMA memang terbaik.
luv uolls. muaaaahhhhss.....


:: aya, amal, kaktin, ja n zana ::

Tq aya n ja pasai belanja.
tq zana bawa coklat baaanyaaakkk yg jd rezeki anakondas ku.
ada acara yg kami bincangkan. NEXT!


September 12, 2014

Gotcha!


ohoiiiiii....
buat aper tu kaktin???

oooo tapau ekkkkkk
hahahahaha

September 04, 2014

MyTasty Kicap. Simple. Dijamin Lazat.

a few days ago.
ghaz roger, katanya nk kasi kicap for kotiau goreng.
kasi free, pastu tolong review.
ohmai! tak sesia ok.
mmg sedap gila.
yang penting mudah untuk disediakan.

balik dari opis, singgah pasar malam
tapau kucai, taugeh, udang.
zasss balik.
sekali, aiyooo kotiau lupa beli.
minta en.nahar belikan.
once dia balik, terus la kaktin mulakan operasi mengotiau.
5min. siap!
terkebil2 en.nahar.
dgn soalan 'aik bilamasa masak?'
dengan kicap mytasty dijamin sedap :)



:: kasi close-up ::



:: kotiau dan kicap :) ::

anak-anak makan bertambah2.
kalau begini, goreng kotiau tetiap ari pon kaktin mau.
ahahahahahaha.

tq ghazari amri dan rakan2.



June 12, 2014

Hidup Lebih Bermakna...

yang benarnya, kaktin dah lama register jadi rakan tesco.
chewaah rakan plak, lebih kepada customer online la.
tapi, rasa ragu-ragu. ok ker? boleh percaya ker?
tak best beli online tak leh belek.

tapi segala persoalan itu, terjawab jua bilamana
tesco tak henti-henti mengemail offer yang best-best
ke 'kotak-dalam - read : inbox' ku.
 terbaharu offer tesco ialah memberi voucher redeem RM20
on-da-spot untuk pembelian pertama bernilai RM100 ke atas.



:: tertipu dengan modelnya. hiks ::



:: list of things that i've clicked ;p ::

dah tak menahan sgt, apa lagi bukak websitenya lalu mengklik-klik.
tu nmpk tak senarai brgn yg kaktin pilih.
alang-alang orang nak mai hantar depan pintu kita kan,
minyak terus up 3kg.
gula 2kg.
pehtu ais-krim + kon bagai.
yg benaqnya bukan ada brg yg bebetul needed pon tu.
just a matter of nk cukup kan RM100.
tapi takperla, bebenda ni semua kalau tak guna dan dan pon, bukannya nak basi.

pas dah setel pilih barang, kita terus pilih masa penghantaran.
ikut hati nak soh antar malam tu gak.
tapi slot semua penuh.
yang ada malam esoknya jer.
tak kisahlah. bukannya urgent pon lebih kepada nak test service jer.



seriously tak menghampakan.
brader ni tolak troli naik ting. 4 hantar semua bbrg yang kaktin order tu.
mmg very da convenient.
uolls also shud try.
macam kaktin dok rumah tinggi-tinggi ni kan.
mmg sgt sedang elok la guna service tesco nih.
tambahan nk dekat bulan posa.
silap-silap selang 2 hari kaktin order miahahahaha.
eh ni bukan nak riak ke apa, tesco takder limit purchase.
satu ke dua ke brg kalau korang order dia antar jer.
tapi better kompol la bnyk2 sikit kan, baru berbaloi.
caj penghantaran pon tak mahal.
if deliver siang RM8, malam RM6.
nak pk driving lagi, parking lagi, tenaga lagi.
nak perang dengan pranita-pranita lagi kan ka.
biaq tesco do the job.
kita kuar pon just leisure2 jer.
takyah pk nk soping bbrg dapoq.
tambahan if kita beli brg basah ke ais krim ke, mesti terus dan dan nk balik kan.
atau nak kena pk beli ujung-ujung hari sblm balik.
so that, brg tu tak cair or busuk.
better guna jer tesco delivery ni.



:: fatihah bersama hasil borongan ::



:: that joy is a free-gift! ::



:: dapat 4 keping voucher legoland ::

so apalaga, jom sambung shopping di tesco!
tesco, saya mesti piley!



May 08, 2014

Gloria ke Gorila?

tengah sesembang dengan payietmanjola.
aku bgtau dia yg aku ni makan banyak arini.
pagi makan roti bakar + karipap + air teh o ais.
pukul 10am aku buat maggi kari dalam cup.

sekali dia shout,

PM : abis la kau kak, gloria la jadinya
KT : oooo kau nk kata aku gorila eh.
PM : bukanlah kak, gloria tu watak badak dalam madagascar.

pffftttt ko badakkan aku eh.
siap kau!

April 11, 2014

Resipi Kek Keju Jepun

semalam balik keje terus semangat kobar-kobar nak bikin kek
seperti tajuk entry di atas.
kes ternampak kat fb la ni ada org share.
terpengaruh dengan hashtag #resepimudah dia tu.
mudah la sangatttt sampai sakit2 kaki berdiri. 
huhuhu



tapi tapi tapi kesakitan ku itu berbayar dengan hasil kek yang marvellous sekali!
anak-anak suka, kkwan gembira.



sesapa rasa nak try dipersilakan.
ikut jer step-step macam kat atas tu.
nak lebih pemahaman korang google la yer.
selamat mencuba!


February 14, 2014

TSHIRT KAKI LIMA : KED vs JDT


mai singgah mai.
ni bukan nak cerita pasal game lepas kat johor tak.
walaupon ada yang tak puas ati mutu pengadilan malam tu.
eh, tercerita gak heh.
ni nak bgtau tshirt kaki lima ada produce new tshirt for kedah n jdt fans.
walaweeeiii yang pasti design melethop dan harga wayyyyyyy affordable for tshirt ekslusif ceni.
teknik printing yang sangat menepati piawaian semasa.
nescaya korang takkan menyesal memilih tshirt kaki lima sebagai #ootd korang.
chewah.
hah apa lagi, cepat la visit fb KAKI LIMA T-Shirt Printing and place ur order.
mesti melethop punyalah boleh pakai tshirt ni pi sokong pasukan kesayangan
korang berlawan bagi merebut tempat ke separuh akhir piala FA.

search jer KAKI LIMA T-Shirt Printing pastu like, pastu pm depa no.

#biarjasajadikenangan
#luaskankuasamu


February 06, 2014

Larva Kek KakTin

taktaula sejak bila boleh dok menggila buat kek ni.
mungkin sebab utama ia simple, mudah n easy.
dan digemari ramai.

mula-mula kaktin buat mmg jadi terus.
second time ia masak semua, tapi rasa still there.
makan dengan aiskrim vanila lagi melethop.

kaktin ada convection oven yg dah lama bertapa kat rumah.
tapi, to tell u the truth oven tu takat buat panas-panas lauk jer.
ada dari tahun 2007 tapi baru fully-utilised tahun 2013.
ahahaha tu pon, takat bake-bake kek n buat krunchy cookie almond.
mana la nk tau senang jer nak buat sesemua.
atas rajin dgn tidak saja.




ni antara bbrp cubaan pertama kaktin.
not bad la kan.
ada komen kat fb tanya, kenapa gelap.
adakah hangus?
tak tak tak hangus, tapi sebab guna dark coklat.
makanya hasil jadi dark? kot.
ntah, tapi rasa ok jer. tak rasa pahit hangus.
pastu, ada gak komen kata too sweet.
so, kaktin kurang kan sikit gula.
ala, guna gula kastor jer pon. mmg tak manis sangat.

so kaktin dah yakin nk amik order.
chewaahh macam kan ramai beno yg order.
padahal payiet jer pon.



ini adalah kek yg di order oleh payiet.
kaktin boh dalam bekas patsegi plak.
janji larva ia ada di tengah sana.




komen atas sekali dari shima ariff.
katanya, sejak bila kaktin menjual kek ni.
hihihi takderla, seronok2 saja.
order pon amik dari kkwn terdekat.
hopefully berpuas hati lah.



dan ini adalah hasilnya.
payiet bawa balik makan dengan aiskrim.
dari feedback, katanya sepupu2 beliau siap up sorang 2 ketoi.
sedap la kot. ahahahah.
kaktin bagi ghaz, ghaz perpanjang ke ramzul.
pon, sedap katanya.
ok ok me sooooo hepi.
dan akan continue memasak.
amboi dah cas cas peserta masterchef dah ha.
nk continue memasak bagai.
walhal buat larva kek jer pon.
to those yang nak resipi,
kekejap lagi [read : tak tau bila], kaktin up yer :)


January 25, 2014

#arianaROSE - #TheWeddingBreaker







...... memang pon.
#muahahahaha


January 09, 2014

Pre and Post-Bonus

hujung tahun lepas kan.
mesti ramai yang dapat bonus kan kan kan.
alaaa jangan tipu hehehe. tak terkecoli diriku.
so, bersempena dengan itu kaktin telah berjaya merewardkan
diri kaktin dengan bebenda lagha ni semua.
memula, pre-bonus.
kaktin terrrr minat dengan slingbag ni.

kelles tak kelles, pre-bonus pon ada.
jangan memain.


santek tak uolls.
yang penting saiz nya boleh muat ipad tini-mini ku.

itu cerita sebelum bonus.
ini pulak semasa bonus tengah panasssss.
dapat sepasang kasut ini saja.
masa ni, feeling jangan belanja kaktin.
jangan belanja.
duit banyak nk pakai anak2 nak sekolah.
gitu, pujuk diriku.



sepasangan kasut dari primavera.
sebab ia plain dan berwarna biru.
juga ketinggiannya adalah separuh dari tinggi biasa.
makanya, LULUS.

dan akhir sekali, set perfume ini.
ini direward bersempena setelkan hal berkaitan yuran/buku sekolah anak2.
masa pegi q kat sekolah agama diorg, rasa penat sangat.
tapi lepas dah setel rasa puas.
dan dan emosi menyopping singgah.
so, demi melampiaskan perasaan itu makanya....

singgah sogo lalu....




set perfume dari lanvin jadi pilihan.
kaktin suka perfume dari lanvin ni.
baunya fresh dan sedap lah pendek citer.
ok. itu jer. bai.


January 06, 2014

Sponsored Post : Kaki Lima T-shirt Printing


salam.
korang minat t-shirt kakilima macam ni tak?
design-design yang unik.
yang memang tak akan dapat kat tempat lain.
tambahan pulak, designnya berunsur perjuangan islamik.
mesti korang suka kan.

memula korang p la LIKE page ni kat FB.
korang search jer KAKI LIMA T-Shirt Printing.
kalau kuar pic profile macam kat atas ni, yer la tu.
pastu like.
pastu boleh la nak belek2 design baru jua design lain
yang mungkin menambat hati korang.
pastu PM jer admin if korang ada kemusykilan apa-apa eh.



ni antara designs nya yang melethop-lethop.
pastu ni ada design terbaharu yg baru dilancarkan.



macam cantik jer kan.
apa lagi, jom la order!
blog kakilima pon ada.
klik SINI.


December 22, 2013

Lunch date with her & him :)

:: karen & kaktin ::

...dan kami pon sepakat mengedate bersama.
lokasi lunch ialah di Belanga, mid valley.

kaktin at first order laksam n for her is nasi kerabu.
sekali laksam sold out. WTFish sangat.
so, tukar amik nasi dagang + ice teller.
arrgghh sedap. orgasma.
nak plak dibelanjain. hik3.

setel makan apa lagi mau pulang lah.
dah ternampak cold storage pulak.
dia nak beli frozen bread.
sekalian dia capai jelly belly for the kids.
ada jer ingatan boss ai ni.
dah la friendly, motherly.

:: jelly belly for da kids :;

ada sekali tu, ternampak sorang amoi yg slim.
kaktin cakap dgn dia 'kurusnyaaa org ni'.
dia pon balas 'yerla.'
pastu kaktin sambung. 'kita ni, atas pon mcm ni. bawah lagi lah'.
dia jawab 'yerla. apa pon tak boleh'.
ahahah memasing menangisi nasib diri yg tembam.
sporting kan dia.
that's y i love her :D




ini piula another treat from a friend of mine.
menggelitis nk belanja kaktin pasai bonus ia masyuukkk.
kami makan di dome, the curve.

ha if you happened to read this n3,
not to worry this kejadian adalah pada hari khamis.
so, jangan nk jadi pahbedah sangat ooiiii.
menggelupur jer keje kau.
go and get your own life please. loser.

ok drop it, diriku salmon steak with guava asam boi.
dirinya is beef steak with sparkling fruit strawberry kot.
sedapppp. puas hati makan org belanja.
agagagaga. i want to thank you you ;) [ala2 iklan digi].
mandangkan lunch sejam jer, mmg cukup2 utk makan jerlah.
pas makan zasss piulang.

bahagia bila ada org appreciate kita.
appreciate diri kita hanya kerana kita adalah diri kita.
bukan try hard to be someone else.
#peace.

sambungan me-reward diri di hari gaji + bonus.
...tbc ;p



December 18, 2013

Hellllooo! *krik - krik - krik*

hik hik hik. kelakar tau my ex-boss ni.
tapi, kaktin tak penah anggap dia ex pon.
she is the best boss ever!

begini kisahnya.
dia terbeli henpon baru.
s3. makanya she needs someone to push her email
to the phone.
and the only person she knows can do it for her is me lah.
hahahahaha. [motip gelak?]

so, di suatu petang yang permai kaktin pon pay a visit la to her office.
dia ni orang melaka.
knowing orang melaka mmg cakap kasau kasau kan.
tapi kalau ko org melaka yg lemah lembut, what can i do.
pls don't get offended yer #peace.

setibanya kaktin di office beliau, apa lagi pong-pang pong-pang la we all.
biasa pon, if someone ada dalam bilik bos
dan bersembang tanpa sempadan, mesti ada objek
di persekitaran yang pasang telinga kan.
hihihi tak baik oooo curi2 dengar.
takmo takmo takmo.

dah la curi2 dengar, pastu tak puas ati plak.
hey, kalau dah tak puas hati apa lagi face-2-face la haih.
jangan dok menyesal kendian hari.
kan dah rugi.

ok, berbalik pada cerita boss kaktin ni.
lepas dah setel push email beliau,
dia minta plak kaktin retrieve email fb dia.
kata jer ada fb, tapi tak aktif.

la haih, a piece of cake la puan.
lepas dah berjaya, terus dia panggil kaktin boss dia.
hahahaha kelakar la puan ni.
terus wasap kaktin soh pilih tempat nak lunch esoknya.

aiyooo cam pelik plak ber-puan-puan bagai.
biasa kaktin panggil dia nama jer.
sorry la eh, next time cuba lagi ;p




happy dia kaktin dapat cari email fbnya.
setiba2 ajak gi gardens plak.
wherever u go boss, me follow *krik - krik - krik

....tbc



December 11, 2013

Roti sebesar Orang @Wadi Hadramawt, Jalan Ampang.

hujung-hujung tahun ni kan.
selain memenuhi jemputan kahwin,
jemputan makan tengahari pon baanyaakkk.
antaranya, jemputan makan tengahari oleh one of da bos kat jit ni.
tempat yg dipilih ialah di wadi hadramawt, jalan ampang.
senang jer nk pi tempat ni. tapi, jika diberi pilihan ku mmg wajib takmo drive.
heh.

aku, hanifah n kakzi menumpang kasih kereta comel sala.
restoran ni berlokasi agak ke belakang dari kedai kete mofaz.
kedai kete mewah tu.
 bonus 5-6 bulan pon lum tentu leh beli. hiks.



ini ialah ice lemon tea with mint.
mine.



me n kakrozi.
kelihatan tangan bintik-bintik sabotaj milik hanifah



:: mix grilled [consist of udang, ikan, daging n kambing]. sedapppp ::

untuk kali ini, aku sepakat dgn kakrozi order satu meal. share.
sharing is caring gitttew konsepnya.



ini plak tak tau apa.
meja sebelah order, kami sip sip jer rasa.



antara ahli majlis:
ada shelly, sala, kakaida, kakaini n hanin.



inilah roti sebesar orang tu.
tho pizi is besar, roti ini lagi besar dari pizi!
ahahaha ampooon pizi.



ini pon sedap.
sejenis appetizer nya.
nama tak tau. rasa nya masam-masam.



sup.
ahahaha macam kan korang tak tau tu sup.



eh scroll scroll dah abis pic nk boh caption.
dah la pic caca marba.
lantakkan sana, janji yes ku berjaya up n3 demi ingatan kendian hari.
tq kakaida belanja!

Alamat : Wadi Hadramawt, Ampang, 226 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

heart my community