Followers

May 25, 2012

Metrojaya Carnival Sale @Menara Maybank


tak memasal terjebak dengan sale kat atas ni.
ini semua ramzi punya pasal.
tehtehteh tetiba ramzi kena tanggung akibat kan.
yerla, dia la pepandai post pic perfumes melambak dia borong.
dah tengok kehebatan sale ni, apa lagi mau la try sendiri.
makanya ber-4 berduyun-duyunlah panjat lrt ke stesen plaza rakyat.

dari plaza rakyat, berduyun plak melintas jalan yg sesak tu ke menara maybank.
sehinggakan hampir saja di langgar kete camry. kah!
kalau tak, mau nya kuar front page paper arini, pergi berempat, balik berdua.

sampai kat lobi, tak tunggu ramzi terus kami-kami bolos kat bahagian perfume.
mmg marvellous-marvellous pon.
tapi kaktin takder la beria merembat.
hanya merembat 2 for me and 1 for him.
tapi sudahnya, balik opis satu sudah dirembat oleh budak opis.
mak pasrah nyah.



 :: muka ada happy pasai boleh soping-sopingan ::



 :: ramzi, maya n kaktin. tegak berdiri menyanyikan lagu Negaraku. hiks ::

sebelum pulang, kita tapau ice blended starbucks lu.
muka kaktin ada rupa staf MBB kot,
tengok-tengok resit ada disc 10% sempena staf.
syukur. Alhamdulillah. lengkali mai sini lagi tapau ice blended.




:: resit starbucks ::


:: hasil rembatan :: 

dari kiri : CK Man 50ml = RM80, Alabaster by Banana Republic 50ml EDP = RM104, Slate by Banana Republic 50ml (M) = RM101, Lovestruck by Vera Wang 50ml EDP = RM120 
and FCUK summer 100ml = RM89.

kami pulang dihantar oleh mazda 6 ramzi yang melethops itu.
thank you yer you :)

No comments:

heart my community