Followers

May 12, 2010

2010 - SSSB Family Day : Jom...let's hv some fun...

:: hasil tangkapan sarah ::

kami dpt 'port' agak menarikla. bebetul depan kolam short wave. yg tak bestnya, all the facilities hanya akan dibuka dan digunakan tepat pukul 1oam. time ni baru kul 915am. so, korang bayangkanlah budak-budak yg dah siap berpakaian mandi, kolam terbentang di depan mata tapi asal sentuh jer kaki kat air 'preeett...preeeett' itu lifeguard tiup wisel. pehtu nanti akan kedengaran ini pengumuman. 'selamat pagi kepada semua pengunjung desa waterpark. semua kemudahan kami akan dibuka pada pukul 10 pagi tepat-tepat. sila jangan gunakan kemudahan itu selagi arahan diberikan. sekian terima kasih'. ada 2 kesalahan tatabahasa dan ayat yg aku dpt detect. 3 kali pengumuman tu dibuat sebelum pukul 10am. takkanlaaa sepanjang tempoh tu, tak ada yg betulkan ayat-ayat tersebut. heh....apa-apa pun layansszzz.....


:: susah sggh nak soh diorg pose elok2 ::

gigih aku soh en.nahar pi tggu cabutan bertuah kat ampitheatre sana. manala tau, kot kot nama dia ada naik. tapi, tak lama pastu dia dtg. katanya dah malas nak tggu. apa lagi, pegi sewa pelampung kuning, zasssss terjun tiruk la uolls.


:: en.nahar melayan anakonda2 beliau ::


:: tarik jgn tak tarik ::


:: ini plak turn aku layan diorg ::

udah dpt ini pelampung kuning ni, tak sahla kalau tak naik tunnel/tube yg berkembar tu. en.nahar tak tahan godaan nak naik mendalah tu. gigih kami 'port'kan budak-budak di kolam berdekatan ngan tube tu supaya senang, lepas jer kami turun leh amik diorg terus. alhamdulillah, tak ramai org nak naik sekejapan kami dpt slide. weeeeEEEeeee.....bes bes....


:: wave...wave...weeeeEEEeeee ::


:: terdampar seperti penyu, heh ::

sekitar jam 11am gitu, hujan turun. agak melebat la. tapi, memandangkan budak-budak ni tak makan saman, lagian dah mmg basah pun. apalagi, teruskanlah bermain air tanpa rasa bersalah.


May 11, 2010

pemeriksaan lanjutan IUCD di primanora, ttdi

sebagaimana yg sekalian kkwn terdekat tau, pejam celik pejam celik fatihah sudah 1tahun 9bulan makanya, setahun lebih jugakla itu IUCD bertapak di dalam tubuh badanku. heheheh tak boleh blah.

last week, terpaksa amik half day leave semata-mata nak cek itu iucd. ok kah, sihat kah dia dalam tu..hehehe propa. supposedly, aku nyer time appointment 2.30pm tapi memandangkan aku sudah kuar berpoya2 sama itu feremfuan, makanya aku sampai di klinik tersebut sekitar jam 3pm dan aku tidak menjadi org pertama lagi. sob..sob…

sampai jer turn aku, datuk dr. nora pun memulakanlah sesi soal jawab. last period bila bla..bla..bla…pehtu as usual kenala baring mau cek masih wujudkah itu mendalah. heh.

iud position :: bukan aku punya ::

syukurrr kedudukan dan rupaparas iud itu masih seperti dulu dan berkedudukan seperti asal. alhamdulillah, tiada komplikasi lain. risau gak, doc kata kalau tak nmpk kena la tgk ‘ikut bawah’ uuurrggghhh tak suka. memandangkan scan perut jer dah leh nmpk syukur ssgt laaaa.

setel acara scan menyecan perut, aku pun dok ngadap balik dr. nora. dia tanya ada tak apa-apa masalah sepanjang menjadi pemakai iud nih. yg aku tau, aku ckp ngan dia pas pakai mendalah ni period heavy giler. nyesal lak aih ckp, tak pepasal aku kena amik darah nak tgk bacaan haemoglobin plak. dia takut aku aneamic.

jap1 jap2

result darah dan dan kuar. yesss aku masih anaemic. atau dlm bahser pasarnya kekurangan darah merah. mencikkkkk. dan tak pepasal jugakla aku kena makan ini ubat tetiap hari bagi menaikkan kembali bacaan darah merah aku. *sigh*

ubat

walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana aku masih sihat dalam menguruskan anak-anak aku yg lasak dan meramai itu. alhamdulillah. amin.

kisah iud 1 dan kisah iud 2

p/s : lebih baik kita merancang, dari tetiba ada pastu digugurkan. nauzubillah. harap-harap tak adalah yg membuat begini dgn alasan BELUM BERSEDIA? hmmmm...


2010 - SSSB Family Day : Pendaftaran la Pulok...


tepat jam 8.45am gitu, sampaila kami di tempat kejadian. parking masih bnyk yg kosong. aku bawak satu jer beg tarik ala-ala beg student AF yg tersingkir tu. tu pun, beg baju tu ehsan Citibank pasal aku agreed amik kedit kad dia. mmg convenient sesangat. ko just tarik jer beg tu tanpa rasa bersalah. memula ingat, aku jer gitu seb baik aku nmpk ada gak a few parents yg bijak mcm kancil seperti diriku. muahahahahaha.....



pusing p pusing mai, rupanya kaunter pendaftaran nk amik pelekat tgn tu berada di dalam belakang kaunter tiket. jengoi jer kami kat sini, umat manusia meramai, terus en.nahar terjah one of da q yg tak brp panjang. anak-anak toksah kira la, sudah naik bosan memasing. jenuhla aku dok menyabarkan diorg. nama pun budak-budak kan, mana reti dok dendiam.


May 10, 2010

Selamat Hari Lahir - Najihah Nur'alimin Mohd. Nahar


SELAMAT HARI LAHIR!!!

10 MAY 2010 = 4 TAHUN SUDAH....
IBU DAN AYAH HARAP, BABY or NAJIHAH AKAN MENJADI ANAK YG SOLEHAH
SERTA MENDENGAR KATA DAN KELAK MENJADI SEORANG YG BERJAYA.
AMIN.

*************************************************************************************
re-post entry tahun 2007 :

errr....nak p mana tu baby...??? ni yg terbaru gakla...umur lam setaun 3 bulan

bakalan ustazah...insya-Allah...

hihihihi....


suka nyer diaaaa...


sob..sob...kesian dia nangis...masa ni lam 7bulan

ni plak dlm walker...umur lam 5-6 bulan



ni dlm 5-6 hari umur...


Perkembangan Najihah aka baby aka g-ha (dikalangan skypers)....dari berumur a few days..sampai la setaun lebih skang....


2010 - SSSB Family Day : Sarapan Di Mana?


:: kenapa 4 jergarupale ::


smlm, en.nahar ajak aku join family day opis dia kat desa waterpark. pastilah sukasengihnampakgigi!!! sementelah fatihah tak brp sihat, aku pos dia ke klang dgn kakros n achudida. so, yg tinggal 3 org jerla dgn aku.



:: nasi lemak, nasi lemak..mari makan nasi lemak ::


seawal pagi, kita sarap dulu. en.nahar bawak kami kat mamak stall jer. katanya roti kat mamak tu sedap. aku ok jer memana pun. janji perut kenyang suka hati sudah. aku n en.nahar makan roti telur + bawang. budak-budak lak makan sebungkus nasi lemak share 3 org. minom teh tarik n milo ais.



:: konsep sharing is caring gitulove ::

dah setel sarap, perjalanan ke desa waterpark dari umah aku takderla jauh pun. sekitar 10-15min zasssss sampai. TBC…… menari

May 07, 2010

1,2,3,4 Hi5!!!



video ni aku rakam masa depa dok ikut geng-geng Hi5 tu wat performance.
kata layan tetiap ari vcd tu, sampai dah leh hafal lagu n step.
fatihah pun sibuk mcm laaaa dia reti sgt.
hujung-hujung aaliyah buat tarian ala2 akrobatik...haihhh
layannnssszzz....zassssss


heart my community