Followers

November 03, 2009

makan² lagi...lagi² @brisik...dan mereka lagi...heh

last week, tak ingat ari apa. kami beradik tiri berjumpa lagi. kali ni, diorg turun PJ amik aku dan zassss ke jaya one sana. pk punya pk, brisik jerla kot since tpt ni cam lain mcm sikit.

fokus aku mmg dkt drink dia jerla. kedondong asamboi terbaeeek wok! dah tu foodies lain memasing pilih la yer. kalau ada sesapa tgh cari tpt makan area seksyen 13, PJ ni boleh la try kat sini. nak tau lebih lanjut menu, lokasi segala leh klik kat SINI.



:: US ::



:: appertizer, main course and dessert ::



:: kedondong assamboi ::


jiran atas rumah men visit

alkisah, nak jadi citer gimana perkenalan kami bermula. walaupun kami berjiran, tapi kalau tak pasal blog aku ni rasanya kami takkan saling mengenali kot.

di suatu hari yg permai, seseorg yg dikenali dgn nama noraini sudah tinggalkan msg di shoutbox aku. katanya dia jiran aku. hoh, terus aku teruja mau mengenali beliau dgn lebih dekat lagi.

rupanya, kami bnyk persamaan. aku dilahirkan bulan jun 78 begitu juga beliau. anak aku yg terakhir lahir pada 3 ogos lepas gitu jua anak beliau. cuma bezanya anak aku pompuan yg keempat. anak beliau lak lelaki yg ketiga. dan, persamaan ketara kami yg seterusnya ialah umah aku ting 4 no 8, manakala umah beliau ting. 6 no 8 jugak. kiranya bebetul atas umah aku cuma diselang satu tingkat saja.

sabtu lepas, sekitar jam 10am gitu beliau anak-beranak telah wat lawatan mengejut ke rumah aku. kata mau tgk umah aku setelah dibikin. ala aini, umah tinie biasa-biasa jerla. tapi menyambut kedatangan mereka anak-banak pintu rumah aku terbuka jerla. anak-anak beliau semua pun comel². gebu-gebu. tambah-tambah si darin tu, hadoi sib baik aku takder anak laki kaalu tak harus aku chop wat menantu. heh.

si abg danish, yg second darin dan yg third jua berkongsi arijadi bersama en.nahar dan fatihah bernama darwish. dah, malas dah nak taip. jom layan gambar jom.



:: darwish ::



:: danish ::



:: darin ::



:: babies of 3rd Aug 2008 ::



:: diakhiri dgn pic fatihah bersama sopa ibu yg gedang. hehsengihnampakgigi ::

November 02, 2009

sunday nite, layan the proposal pulak...


dulu, masa filem ni baru mula² kuar tingin amat ok mau tgk...last last dpt layan dvd pun jadikler. ari ahad gi klang lepak umah kakros. ada sesi makan² kecil²an. kakros wat rojak buah, bihun goreng dan moi th'ng. *sila jgn tanya apa itu moi th'ng*. yg pasti semua food pun sedap² belaka.

sikit update pasal achikmimi dan suami nya. adik ipo aku yg inspektor sahab berpangkat konstabel tu telah berjaya menukarkan diri balik KL ni for good. syukur. so, ibu ngandung itu pasti gumbira senantiasa berada bersama suami terchenta.

eh, nak citer pasal filem termerawit citer lain lak. aku udah songlap ini dvd kakros bawak balik. aiyooo pic sgt santek. so, aku layan dari mula sampai abis ini citer walaupun time udah menunjukkan udah tengah malam.

nasib baik tgh² citer, budak² udah tido pasai adegan panas sandra bullock dan ryan kuar u olls takder censored²....layan jerla ngan en.nahar. tetiba en.nahar berminat nengok dvd segala. eh bukan pasal adegan panas sandra bullock, tapi dia mengagum kualiti gambar dvd blu ray tersebut di mainkan di skrin lcd tv yg tak seberapa itu sgt manthop melethop kebabooomm!!!


petani cilik @barn buddy

aku skang sgt addicted ngan game di atas. asal balik umah jer, musti on pc mau ngadap aku nyer ban. kkdg bukan ban aku jer aku lawat, ban org pun. hiks. kantoi.

dan oleh kerana masa sgt terbatas, makanya aku train one of my angel menjadi petani jua. walaupuuunn.....



:: memula kasi tgk observed dulu ::



:: betulkan mana yg tak betul ::



:: curiiikkk ::

blogger-emoticon.blogspot.com


October 30, 2009

makan tengahari with someone, @brisik...hehehehe

ari senin, dpt undangan makan tengahari bersama seseorg. siapakah??? artis...lawyer..majistret... dia bukan shapa shapa...cumanya seorg insan biasa. tapi, demi menurut kemahuan beliau, aku rahsiakan siapa dia. hiks. poyo.

kami ke brisik, jaya one. memula aku ingat brisik masih seperti dulu. upernya dah upgrade. upgrade interm of price laaaa. tapi pasal dah duduk kan, so order jerla. aku mmg fokus air jer iaitu kedondong asamboi dia yg mmg manthop melethop kababoomm!



ini org kenalan aku masa aku buat praktikal di motorola. masa tu dia tehnician di situ. dia minat dgn senior aku yg sama-sama praktikal sama. tapi, senior aku tu tak respon la plak. jual mahal gitu. sudahnya kami jadi kawan.

tak lama pas tu dia dpt sambung buat degree. so, pergila dia. aku pun, balik ke poli selepas abis praktikal. kami berjumpa balik masa aku udah kerja di bnm. dan selepas 7-8tahun ni baru kami jumpa balik.



brisik sudah ada set di mana kalau kita order ala-carte during happy hour dia which is from 11am - 2pm, food kita tu akan datang bersama appertizer. iaitu gado² 2 ketul, jua kerabu mangga 2 ketul. *sila rujuk gambar*.




:: gado-gado ::



aku amik kuetiau goreng, manakala kawan aku tu plak amik nasi goreng brisik. rasa food memasing ok ok la kot. bulleh la nak telan. takder la sedap sgt, or tak sedap sgt. just nice gitu. topik perbualan bnyk berkisar tentang anak² memasing yg sgt la hyper dan takleh dok diam.



cukup time memasing pun mau undur diri. ingat kot itu jer set food kami rupanya ada lagi. dessert pun ado. haaa sagu gula melaka n teh halia ni mmg sedap. aku sgt² la recommend. so, syabas to brisik pasal dah improve. sekian.



:: sagu gula melaka wit teh halia suam ::

October 29, 2009

wallpaper : mini makeover by djepoi

jom layan pics jerla ek. malas nak menaip dan add caption kat pics ni. layanssss. tq djepoi!













heart my community