Followers

March 08, 2012

Fly For Free with Mesra Card

amboi, tajuk promosi sangat.
macam kan dapat kamsen pon dengan petronas maupon air asia.

tadi balik dari opis, singgah petronas mau isi minyak.
sesampai jer kat pam ada org dah standby mau tolong.
biasa isi minyak pakai kad jer.
reasons pakai kad :
1) malas pakai cash
2) malas mau pos-pos lenggang kangkung pi kaunter
3) leh kutip poin. lumayan gak poin nyer

amacam valid dak reasons?
pas sumbat kad kedit, sumbat plak kad mesra kutip poin.

itu pump-assistant bernama saifudin.
peramah orangnya.
sesambil isi minyak, sesambil dia promo pasal tajuk di atas.

saifudin :
skang ni dengan isi minyak jer kita boleh naik kapalterbang. pi takat melaka pon dah ok dah.

kaktin :
melaka? ada ke pon kapalterbang situ *mengerut dahi

saifudin :
hahahaha so far, dalam ramai-ramai saya dok promot ni, akak sorang jer perasan.
tula tu, melaka mana ada airport.

kaktin :
oooooo ok. (oooo dia buat kelakar. layankan jerla. pasai dia tolong isi minyak kaktin).
critical thinking jugak kaktin ni eh. hiks.

ok meh kaktin terang sikit pasal promo ni.
sesapa kad mesra holder kalau nak join promo ni memula
kena pi SINI
pastu korang baca dan fahamkan sendiri lah yer.
yang pasti kaktin dah enroll for this promo.
manalah tau, leh naik kapai terbang dengan point kad mesra.

kalau nak baca pasal promo BIG plak leh klik kat SINI.
gunalah petrol nasional iaitu petronas.
moteeeppp????

No comments:

heart my community