Followers

October 27, 2011

Anak No. 3 Biasanya Bijak Kot No ;p

last friday, minta dengan bos nak masuk lewat sikit.
nak pi tadika si najihah amik report card.
sudah dapat mesej dari cikgu beliau,
mau jumpa jugak-jugak dengan kaktin.
sekalian mau tau perkembangan beliau lah.

sesampai di sekolahnya, sudah ada 3 org parent sedang q nak jumpa.
kaktin pon, duduk la kejap sesambil memasang telinga apa yg cikgu
kata kepada parents berkenaan.
semua pon yg kaktin dengar, cikgu bagitau yg anak-anak
mereka tak boleh membaca dan tak mengenal huruf pon.
tapi nak expect apa pon, baru 5 tahun kot.
pepelan la kan.

sampai jer giliran kaktin, dah berdebo-debo.
cikgu hulur satu stack of papers.
dia soh kaktin tengok dulu.

ada 3 level seperti BM = belum mahir, SM = sedang mahir dan TM = telah mahir.
semua pon ada tanda di SM n TM jer.
kebanyakannya najihah 'telah mahir' dan 'sedang mahir' gitu.

cikgu ada juga menerangkan yg dia sudah pandai membaca
ayat tunggal dan ayat kompleks.
which is ayat kompleks tu patutnya dikuasai oleh murid 6tahun.
dan sebab inilah juga, beliau terpilih sebagai pelajar cemerlang tahun ini.

WHAT! terkesima dan terpempan la jugak kaktin.
mana taknya, kaktin mmg kurang memantau anak-anak pon
in terms of sekolah mereka.
gitu-gitu jer.
for me, biarlah mereka belajar di sekolah jer.
kat rumah, just setelkan keje sekolah.
takmo terkongkong *katanya*.
padahal memalas pon yer. heh.
so, cikgu minta kaktin dtglah konvokesyen najihah
pada early november nanti.
BAEKKK! demi anak kot. heh.



:: breakfast dulu ::



:: pertandingan mewarna ::






:: sinyooomm ::






sehubungan dengan itu,
bos kaktin telah bermurah hati membelanja kek sama beliau.



muka ada suka pasai ada nama dia di atas kek berkenaan.
belajar rajin-rajin lagi yer baby!

untuk rekod, najihah adalah anak no. 3
begitu jua ibunya. #ekeh. heeeee....

6 comments:

Deqna said...

ye lah tu kot...sbb aku pun anak no. 3 jugak....wah.. nak jugak kan..

Mya said...

syabbas najihah.
aku anak nombor 2 #okbai

siti said...

xsabar sy nk beranak anak no 3 cenggitu!!! ghah diam2 ubi berisi!

nurkaloi said...

boleyh tak kalau kaloi setuju heheh
kaloi pun ank ke 3 kikikiki

TiNiE said...

deqna
kan kan :)

mya
tq.
#okbaik jugak ;p

siti
ya. cepat-cepat.
ghah low profile. hiks.

nurkaloi
sila sila kaloi. rasanya teori kaktin betul la kot kan ;p

Anonymous said...

Shaft flex. [url=http://www.fillerobe.com]canada goose[/url] In 1903, the American Eveready Company developed and marketed the first Christmas light set, which had screw in bulbs and a plug in wall socket, since many homes had been "wired" for electricity by this time. [url=http://www.saclongchampsparis.fr]Maroquinerie Longchamp[/url] Rruwubkhe
[url=http://www.jacketstorontoonsale.com]winter parka outlet review[/url] Marbglosy [url=http://www.louboutinstoreuk.co.uk]christian louboutin outlet uk[/url] eqkchnhom [url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose chilliwack bomber[/url]

heart my community