alhamdulillah. rezeki rezeki.
ari jemaat lepas, tgh dok memboring depan pc kat opis,
linda buzz kat sametime.
dia tanya ada plan apa-apa tak lunch hour.
kebetulan, mmg blom fix any appointment pon.
rupanya dia nak belanja lunch sempena dengan tet..tet..tet..
sekalian dia ajak mayasopiah sekali.
memandangkan kedudukan linda di sasana sana,
makanya maya dipaksarela mendrivekan diri.
thankyou darling.
sepetak suara mau makan di chilis, bsc.
sesampai jer situ aku terus menonong masuk.
ikut pintu belakang. aku mana tau.
time lunch takleh masuk ikut situ.
rupanya q sedang memanjang ikut pintu depan.
takkan nak kuar kot.
makanya kami duduk gak kat kusi/meja tinggi.
lantak. janji dapat tempat.
linda order quasadillas.
ini plak fajita trio.
aku yg suggest.
jugak ini triple play.
aku suggest jer, dah semua setuju zasssss.
servis manthop. rasa lazat.
berbaloi-baloi!
ini air aku.
tajuk kemain grapeade.
sekali rasa macam ribena cheroi.
tau tak cheroi tu gimana? ribena cair.
tapi sokay laaa. takla penuh sangat perut.
melantak mmg tak hengat dunia.
mementang orang belanja.
kami bertiga pernah belajar di bawah bumbung yg sama.
punya kkwn yg sama.
punya lecturer yg sama.
cuma satu semester jer bersama-sama.
dan sekarang bekerja di bawah satu majikan.
linda tu lagilah, penah jadi roomate aku tu.
seorang sahabat/pendengar/pelindung aku kala aku kesusahan.
chewaaaah. betul linda, aku akan ingat segala kebaikan
yang penah ko hulur kat aku dulu, kini dan selamanya.
friendship foreva!
3 comments:
thank you kakak kakakkuu.. for everything! *hugsss
Nanti kalau ada rezeki lebih-lebih lagi..kita ke tempat lain pulak..semoga bersahabatan kita berkekalan untuk selamanya...
mya
lemas...lemas...lemas ku dalam dakapanmu...hiks
linda
semestinya! rezeki jangan ditolak ya. insyaAllah. amin.
Post a Comment