Followers

January 30, 2012

Cuti Raya CNY, KakTin Pulang Ke Kuala Kedah Tercinta

semua pon tau kan, cuti cny aritu agak panjang.
dikesempatan itu kaktin dan anak-anak membawa diri pulang ke kampung.
en.nahar korang takyah tanya dia tak dpt cuti.
keje plak sampai tetengah malam baru balik. sadis.

bertolak dari PJ sekitar jam 8.30pm dan sampai di rumah mak ayah
lebih kurang 3.30pg. hebat jugakla jem di jalanan.
sampai jer, terus hidung menangkap bau yg enak di sebelah rumah.
yer, jiran kaktin mmg jurumasak yg haibat.
bukan tiap kali perayaan jer dia dpt tempahan,
kadang-kadang kenduri-kendara dsb pun org suka tempah nasi
dengan beliau.

terus perut kaktin menggelodak kelaparan.
yes, ada jer nasi n lauk-pauk terus dipanaskan dan nyum...nyum...


nasi kuning, ayam masak merah dan kurma daging. marvellous!
setel makan terus kebabooomm!

pepagi esoknya, ayah as usual balik dari surau.
dia paham benar kegemaran anak-anak pompuannya.
nasi lemak bunjut + kuih keria for breakfast!
yeayyyy....tq ayah.


oh ya, ada agenda utama juga pulang ni.
nak join kenduri beghendoi zarith sofea.
anak perempuan pertama kakmarni.

ada kisah kelakar pasal ni.
hihihihi. kakmarni ni dah ada 3 anak lelaki.
yg sulung form 3, pastu yg no.2 darjah 4 dan yg no.3 plak darjah 1.
katanya, masa dia nak mengandung tu dia telah melakukan jenayah.
iaitu mencuri tudung periuk di rumah jiran beliau yg punya ramai anak pompuan.
muahahaha dan berkebetulan bila dah scan, doktor pon kompom kata baby gal
baru lah dia citer dgn suami n jiran dia tu.
kata jirannya, 'patutlah aku cari tudung periuk aku tak jumpa!'
kehkehkeh. hah, korang jangan nak soh kaktin curi senduk plak
demi mendapatkan anak lelaki. for da time being cukup-cukup la tu. hiks.

No comments:

heart my community