Followers

December 28, 2009

ala-ala to do list gakla....

checklist lagi oooiii..selagi anak-anak tak masuk sekolah kan. ingat kot huru hara pasai nak masuk darjah satu jer, upernyer si aaliyah pun huru hara gak. katanya, taun ni aaliyah kena tukar tadika. las yr setadika ngan sarah kat tadika perpaduan sana, tapi taun ni neseri advise tukar ke tadika KEMAS bersebelahan jer ngan neseri. so senang diorg nak pantau. lagipun pepagi terus anto jer dia kat neseri.

aku tanya en.nahar dia ok ok jerla. dah kena cari baju sekolah lain plak. nasib baik senang jer smlm pegi kedai baju tajuk KARNIVAL terus angkat 2psg. itupun pasal dah takder stok, kalau tak aku angkat jer terus 5psg. heh. dah setel baju sekolah aaliyah, cari tudung sarah lak. nak yg jenis kain j-C tu. yg selapis jer. cari-cari jumpa. terus amik 3 lai saiz S. pehtu terus ke pj old town sana mau beli lagi kasut sekolah.

memandangkan kasut sekolah yg 2psg aku beli sebelum ni bersaiz 7, agak ketat untuk sarah makanya aku buat keputusan mau beli saiz 8 plak. seb baik ada saiz 8. terus grab lagi 2psg. kata murah kan. angkat jerla. abis citer. sementelah ada jual beg gak kat kedai kasut tu, zasss jerla seketul beg sekolah for sarah.



:: baju tadik aaliyah ::



:: tudung dan anak tudung sarah ::



:: kasut saiz 7 yg siap dikapurkan ::



:: rasa mcm aku amik beg princess, balik umah jadi hannah montana lak ::
:: balooonn ::



:: tayang sokin lagi. heh ::

December 26, 2009

Lepas satu...satu

Yerla kata anak aku yg sulung nk masuk darjah satu kan pastilah otak ni asyik pk jer apa lagi yg belum.

Kasut sekolah siap basuh dan dikapurkan. Baju sekolah lak siap serba 5 psg. Senang takyah pk nk basuh tgh minggu. Baju sekolah mak jaitkan. Thanks mom! Buku sekolah setel tinggal lg beg n tudung jer blum.

Smlm dok saja2 kasi setel stokin sekolah lak. Lega seround.



- Posted using BlogPress from my iPhone

December 25, 2009

Adeh...sakit gigi la pulak.

Tapi, jgn pelik dlm dok sakit gigi tu boleh plak mamam 4 ketul durian pan cake. Oh! Sedapnyerrr. Kena plak dgn se mug kopi o. Mmg gu diala bak kata org utara.

Pk punya pk, ishkk kalau tk buat skang bila lg nk buat. Basuh kasut sekolah budak2 dan jemur.




Kasut ni cap Pallas jazz. Cantekkk dan yg penting murah. Aku beli lambak kat kedai cina di pj old town. RM10 jer spsg. So, kalau tgh tahun minta kasut baru pun kira leh layanla kan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

December 23, 2009

coklat sedap menjilat jari


serius. coklat di atas adalah amat sedap sekali. coklat ini adalah buatan rumah (baca home-made). di buat oleh makcik pada adiktiriboboy. 4 biji ni aku dpt free sempena...errkk sempena...hmmm abaikan, yg pasti jika ada sesiapa yg mahu makan coklat tanpa was was bolehla meroger terus tuan pembuat coklat (pn. rafeah) di talian 016-2200 326.

dan saya sudah pun meng'order' setengah kilo coklat di atas untuk dimamam seisi keluarga.

*dlm setiap coklat spt diatas ada mengandungi sebiji badam yg rangup lagi bersari.


December 22, 2009

nak soh jadi bomba ke ayah???

masih kisah ayah lagi. tapi kisah ayah dan fatihah. ayah, kalau bersama-sama asiklaaa nak sakat anak-anak beliau. tapi, betul gak kan. nak sakat sapa lagi. kihkihkih.



:: dah ready ke ayah? ::



:: yeah..yeah..tinggi lagi ayah ::



:: yeayyy sudah berada di puncak ::
:: insya-Allah, kalau takder aral jadi bomba pun bomba laaaa ::
:: janji leh berada di puncak kejayaan :) ::

ayah yang pekak

ibu : kakak, ayah mana?

sarah : ayah keluar...

ibu : naper kakak tak ikut?

sarah : sarah panggil dia, dia tak dengar..pekak...

ibu : encem

heart my community