Followers

December 04, 2009

bila ku rindu....



untuk pengetahuan semua, sarah n aaliyah dah almost 2 weeks ada kat kedah sana. ikut kakros balik kg. dan, bila aku tingat jer kat diorg aku layan la klip video ni. klip ni dirakamkan sempena dia masuk menari masa tabikarama dia tuh. dan aku missed show dia yg tu. bila aku dah tau yg dia menari lagu 'malam pesta muda mudi,' terus la aku cari mp3 lagu tu kat tenet dan zasss donlod. boleh dia pelik lalu bertanya 'mcm mana ibu dpt lagu ni?' hmmmmmm. tapi jgn terkejut towards the end klip video ni udah menjadi klip video lucah. heh. najihah wat tiger show. adoiiii....

blogger-emoticon.blogspot.com


December 03, 2009

org jalan-jalan, aku dpt habuan...heeee

sekembalinya aku dari ber seminar selama seminggu di le meridien, tau jerla kan pastilah meja akan memenuh dgn surat la, buku la..kertas la. tapi the best part hadiah pun tak kurang sepahnyer jugak. heh.



ini magnet nuuun jauh dari nepal sana. souvenir dari kevin. ada kisah yg agak lucu la disebalik magnet ni. gini, kevin ada join team yg diberi nama 'zero degree farenheit'. kira dianggotai oleh staf bnm gakla. sblm diorg berangkat nak panjat one of da gunung kat nepal nuuun, pastilah kena training bagai kan. (tak sure nama gunung tu, yg pasti bukan gunung everest). so, a day sebelum dia pegi aku udah request mau fridge magnet. u olls tau dia n chris gelakkan aku like mad tau. katanya kat situ mana nak cari fridge magnet. heh, yg beno aku pun usik jer. kalau ada apa salahnya kan. tu yg dia jumpa magnet ni dia takleh resist asik tingat aku jer. makanya dia belikan la seketul. thanx KEVIN!



ini plak, keychain. tapi keychain ni bukan dtg dari jauh. tapi, si pemberi keychain bakal meninggalkan bnm. huhuhhu...kecik molek jer orgnya. nama nurul huda tapi panggil hud jer. sangat somel dan manis lagi sopan. keychain ini diberi pada hari terakhir beliau bertugas di bnm. huda, wherever n whatever u do i wish u all the best! thanx for da keychain....



haaaa ini plak datangnya dari the one n only director. seminggu minggu lepas sudah fly ke PNG atas urusan rasmi. so, sekembalinya ke tanahair pastila ada ole-ole yg dibeli untuk diagihkan kepada semua staf. syukur syukur. cekelat tajuk reese tu sgt sedapppp dap dap....lapar



and last but not least ceklat dari ms alexa. from singapore with love. actually sorang 5 ketul jer dpt, tapi since kevin balik dari memanjat sudah kena batuk² yg hebat makanya dia kasi la sama aku portion beliau. for my little ones katanya. heh, jangan sampai umah dah abis semua aku bedal cukup. hihihihi...apa pun thanx you all for the rememberance. murah rezeki aku. amin.

December 02, 2009

makan-makan di THAI THAI pyramid

najihah acapkali dok ajak aku gi singa...jom gi singa, jom gi singa. walaupun last saturday dah pegi ngan en.nahar dan fatihah. nak jugak lagi gi singa (pyramid). memandangkan ari senin lepas achudida mai lepak kat umah, makanya balik jer dari keja terus hangkut najihah n fatihah zasss ke pyramid dgn motip mau mencari kasut baru.

jarak dari umah aku n pyramid ikutkan dekat jer. street ikut npe dlm tak sampai 10min dah sampai. tu pun, kena la tol RM1.60 takpala..sesekali. dah siap parking terus masuk cari-cari butik kasut. yg ada lam palaotak butik ELLE la kot. pasai ELLE kalau wat sale kasut agak gila-gila la.

tapi butik pertama yg aku jumpa apa ke namanya tak ingat. passed. second butik terus ternampak butik ELLE. yesss...tapi, cam rasa tak best lak. nak servey2 lagi. masa ni najihah dah bikin hal.

blogger-emoticon.blogspot.com

malas nak layan dia, terus ajak cari kodai mau makan. terus tertancap ke satu kedai nama THAI THAI. memandangkan perut mmg tgh melapar, makanya masuk jerla.



:: bersama budak yg sgt² notty ::



:: fatihah makan sudu jerla ::



:: kalau soh posing, mmg A1 ::
:: tapi, kalau nangis pun terror ::



:: thai ice tea, achudida punyer ::



:: fruit punch cocktail, aku nyer ::



:: kerabu mangga ::



:: green curry chicken ::



:: budak baik pada hari kejadian ::

kesimpulan makanan di situ ok-ok la. kalau tak ok tak selari plak dgn deco dan layanan high class yg customer dpt. for a try boleh la, kalau nak repeat lagi takyahla...gi jerla gerai-gerai tomyam berdekatan umah anda. hehsengihnampakgigi.

Launching of Sasana & Unveiling of Commemorative Panel

kepada sesapa yg belum maklum, tahun ini agak special kepada semua staf bnm kerana tahun ini bank menyambut ulangtahunnya yg ke 50. syabas bnm!

dan bersempena itu juga, banyak aktiviti telah dianjurkan baik untuk staf maupun untuk org ramai. yg seingat aku la, antara aktiviti tersebut yg aku join bersama en.nahar ialah menonton teater musical PGL. peh, kenangan tu mmg bessss banget.

so, dinner bnm tahun ni gak kena la special² juga doorgift nya. yezzaaa mmg special pun. sebuah frame selangor pewter yg ditandatangan khas oleh governor. dan pulak, ada hi-tea preview sasana kijang di mana bilding itu nanti bakal menjadi opis baru aku.

tapi, aku miss acara tersebut since aku di hotel menjalankan tugas kan. makanya aku tak dpt tgk lagi mini pic aku yg dilekat bersama-sama staf bnm yg lain. softcopynya mmg dpt la dept kasi, tapi cam tingin gakla nak tgk pic kenit ku itu secara 'live'. luckily, aku leh spot pic ku itu di gambar-gambar yg diambil oleh JKK. sukaaaaa.....sengihnampakgigi



:: exclusively ::



:: 50 years of central banking ::



:: walaupun kenit, tetaaappp aku gigih cari. heeeee ::



:: ni ha, gambor besar nya ::

December 01, 2009

TEASER : 2nd ACBS


i've missed hi-tea and preview at SK, but this moment gave me a thousand rememberances to ponder.

blogger-emoticon.blogspot.com


dinner @klcc...

entry dah berjaman oooiii....baloon, janji update!



memula posing-posing dulu sebelum meninggalkan rumah. baju ditaja sepenuhnya oleh mak. kain dibeli khas dari china. ala-ala emperor gitu, dan dijahit oleh mak sendiri. utk mak jugak pun sebenonya. kantoi, pakai baju mak. hahahaha gasak, janji happy. hiks.

kuar umah pas maghrib mmg sengaja nak lambat-lambat pun. pasai, bbrp taun sudah asikla sampai awal pehtu melangut kat table tu. sementara nak tggu semua org pun sampai. masa otw dlm keta, sempat lagi gaduh ngan en.nahar. pasal seatbelt jer pun. haih. traffic smooth pehtu sampai kl convention pun rilek jer masuk parking dan park keta.



masa sampai, just nice jer governor ngah kasi speech. dok la berlegar-legar kat luar tu. ramai jer lagi yg baru sampai jugak. sehabis jer governor berucap terus terjah masuk cari table no 234. pehtu dok dgr sok sek sok sek katanya akan dpt extra one month salary disamping bonus prestasi. syukur Alhamdulillah. thank you BNM!

kalau tak salah aku, first year aku join bank jer aku amik malay food. the rest aku amik chinese food tetiap taun. knowing chinese food kan pastilah ada course by course. food so-so la. okla nak telan. dan sekali lagi bersyukur dgn apa yg ada.



performance malam tu dibuat hampir oleh semua staf bnm sendiri. dari teater musical sampai la ke acara nyanyi-nyanyi. tapi artis jemputan pun ado. dihostkan oleh sarimah ibrahim dan artis undangan dayang nurfaizah. setahu aku la kan, dayang ni haibat gakla orgnya tapi naper masa dia perform ramai jer yg cabut kuar. termasuk aku. ngeeeeeesengihnampakgigi....



bersms dgn maya, ajak kuar kat bakang mau bergambar pehtu grab jer sapo ado kat luar nun bergambo. sempat grab fifie n farah. so, jaja gambar mereka jerla yer. layansssss...

heart my community