Followers

November 30, 2009

shopping sempena dinner n seminar


kejadian ni ari jumaat 2 minggu lepas. jenjalan soping ngan kaklela di OU. tah cemana termenyinggah kedai di atas dan meng grab sepasang office attire. idokla untuk kegunaan dinner next day nyer, tapi more to wear pada hari seminar di le meridien kelak. aku pun ada grab sepasang baju kurung di jusco. ala baju so-so jer wat kegunaan harian ke office. heh.



testing testing sebelum membayar. agak-agak saiz ok zassss jerla.



abis testing baju kat edmundser, kaklela ajak makan. memandangkan aku blum penah try steambot johnny's ni, makanya aku bedal jer. sedappppp dap dap. thanx to kaklela belanja aku makan di hari kejadian.



:: kaklela ::


November 29, 2009

minggu lepas yg memenatkan, tapi sgt memuaskan...hmmmm

sehingga ke saat ini, aku still kebuntuan idea mau updet segala aktiviti aku last week. start dari shopping², makan², dinner sampaila ke seminar yg aku in-charge di le meridien hotel. dah berkali2 aku khatam pics yg ada dlm folder, but still idea belum mari.

dah kata seminar ended esoknya nak raya haji kan, pastilah aku sepetak suara tak balik kg. aku post sarah n aaliyah jer balik kedah. najihah n fatihah remain dgn aku n en.nahar di sini. pagi raya en.nahar keje. *sigh*. sedih mmg sedih, tapi dh nk wat cemana kan, dah itu mata pencarian kami sekeluarga berbalik pada konsep pasrah dan redha.

tengahari, najihah beria ajak aku kuar beraya. mcm la dia tau sangat yg hari tu hari raya pehtu kena beraya. aku ckp dgn dia, tggu ayah balik. pandai plak dia patahkan ckp aku. katanya ibu bawak la keta sendiri. nak tak nak, aku kuar gakla tengahari itu ke rumah adiktiri gegurl. teringat yg dia mmg ada jemput aku dtg since dia ada masak2 sikit.

sekitar jam 3pm sudah ada kat umah. pakat bergelimpangan jerla tido. tah bila tah en.nahar balik pakat2 sambung tido.


November 26, 2009

sambil menyelam minum air...

sila jgn speku kaktin yer. mmg la kaktin tgh bz ngan seminar skang, tapi kenala pandai bahagikan masa untuk networking kan. barula berbaloi-baloi.

lunch hour set date ngan member aku zaman poli dulu. since dia kat bilding UEM ni jer kan. alang-alang kalau nak jumpa lain masa pastila susah nak arrange time segala. makanya perjumpaan terjadila di sebuah kafe dlm kl sentral. memasing pun ber lokasi near kl sentral jer kan. jalan kaki jer kekdahnyer.

memula ingat nak makan kat burger king, since manusia meramai makanya kami terjah jerla memana kafe yg free n easy.





kafe swiss oven jadi pilihan. variety of western food ada kat sini. si lynn mau belanja aku lamb. memandangkan di hotel bapak segala lamb pun ado, aku kata kata no needla lynn. cari yg lite-lite sudah.


:: darlina ishak ::


:: US ::





akhirnya aku amik jerla ini grilled sandwich tuna. si lynn lak layan lamb coozy. dlm masa 45min tu sempatla kami update each other. si lynn makin cantik dan berseri-seri.

:: lamb ::



:: di makan bersama ini roti ::







November 25, 2009

GO GREEN!!!

last saturday, berduet dgn mak gi taman melati. errkk naper lak berdua jer? pasal anak-anak semua aku lambakkan kat neseri. so, agak free la di hari kejadian bawak mak jenjalan.

sebelum sampai taman melati, kami singgah desa andaman jap. jenguk adikipo aka adik bongsu en.nahar. mak blum penah sampai lagi umah minah ni aku pun zasss jerla. setel kat umah siti, kami terus ke umah makndak.
sesampai jer umah makndak, agak mengecewakan kerana bb afif sudah kembali ke rumah sendiri makanya kalau nak jugak tgk bb kenala ke umah kak ani kat sri gombak sana.
masa otw ke umah kakani la, selisih dgn ini teksi. pada pemandangan mata aku yg tak brp jelas ni agak unik laaa. nak kata zoo dlm teksi pun boleh gak kot. terus tak lepas peluang snap 2 keping. heh. layans.

:: menarik kan ::


:: close up ::

dimandrem via telephone

entry ni masih merentet dari kisah kedit kad yg ala-ala misteri jugakla yg kaktin received last few days. since udah decide mau pulangkan, kaktin pun segerala menelepon customer service bank berkenaan bertanyakan prosedur pemulangan.

yeayyy kaktin tak perlu pulangkan, it is just that i need to break the card and make sure the chip also broken. ok, kaktin buat. tapi, ada tapi plak...agak menyepraiskan. setelah dipujuk dirayu dan dimandrem ala kadar oleh customer service yg bertugas diujung talian, kaktin bersetuju mau simpan satu kad dgn bbrp syarat. syarat² tersebut kalau sesapa nak tau sila call sendiri customer service citibank yer. heh.



:: kad visa giant citibank? takmo ::



:: i keep this. ngeeee sengihnampakgigi ::

November 23, 2009

to keep....to return??? jawapannya....

alaaaa dpt kad kedit jer pun. sekali dpt 2 u olls. adooiiii...tension. tension.


to return....

setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua suami-isteri berkenaan, makanya apa yg diperolehi tempohari akan dipulangkan. kami berdua tidak mahu mengumpul kad-kad utang lagi. dahla sekali dikasi, dikasi dua. yesss mmg aku ada apply, tapi time tu just for a sake of free gift dia jer which is sudah kemana dah mainan yg aku dpt masa apply kad ni. dan, aku jua ingat yg permohonan aku ni takkan berjaya since payslip yg sudah kedaung. dan makanya ini membuktikan aku adalah seorg yg masih berhemah laaa pasai citibank masih percaya nak kasi aku utang dgn bank dia...huahuahua.

no..no..no....sekian

membizi di le meridien hotel 22 - 26 Nov 2009

hai olls. kaktin skang ngah berkampung kat hotel di atas. ado seminar kekdahnya. so, kepada sesiapa yg tertunggu sambungan rentetan entry kaktin yg lepas tu kejap eh, saja jer kaktin bikin gempak. kaktin schedule dia kul 11am karang. heh. have fun u olls!!!

November 20, 2009

kegigihan diuji

seawal pagi bangun, terus tingat itu 'sorry note'. tekad lam ati mau terjah pejabat poslaju tertera seawal pagi tu. since, pejabat poslaju tu berdekatan jer dgn opis aku. area opis en.nahar sana. jalan 227, seksyen 51A.

sesampai jer sekitar situ, aku nmpk signbod poslaju courier. tapi, aku udah terlajak disebabkan tampalan² iklan along sampai menyukarkan aku memilih jalan yg benar. huhuhuhu dah terlajak tu, perjalanan musti diteruskan. aku amik pendekatan masuk ke petronas berdekatan lalu bertanya kepada pam atenden yg berada di situ.

aku : hello...hello...

pam atenden : yaa...

aku : itu pejabat poslaju mana ya?

pam atenden : lagi 30 sen sana...

aku : (berbisik dlm ati) what?? tanya pun nak kena bayar 30sen ker??? *menunjukkan reaksi muka tak paham*

pam atenden : eh..eh..lagi 30 second u stret atas sana...

aku : ooooo ok ok. tq ya!!!



gigihla plak aku kuar dari petronas naik further up selepas satu selekoh berjumpa la dgn itu poslaju opis. masa ni time menunjukkan pukul 7.50am. have to wait looorrr about 10min lagi. sambil call en.nahar memberitahu dia location aku waktu tu.



:: sorry note di awal pagi 7.50am ::

bukak jer pintu, terus terjah masuk letak sorry note dlm bakul. kebetulan aku dan sorang amoi dtg bukak pintu poslaju opis tu kan, makanya adik kaunter sekaligus amikkan barang kami berdua.


:: adik kaunter masuk dlm cari brg masa ni ::

sekali adik kaunter kuar, bawak kuar satu kotak besooooo. yeayyyyy dpt apa la agaknya yer. beso giler kotak. eh helo helo, jgn perasan ek kotak tu amoi tu yg punyer ko dpt 2 envelop biasa ni jer ha. hehehehe tapi perasaan seprais tu tetapppp ado. apo bondo weih???



:: apo bondo eh?? ::

blogger-emoticon.blogspot.com


seprais...seprais!!!

semalam, balik opis. ternmpk sekeping kertas depan pintu. ingat kot kertas flyers iklan ker hapa, seb baik aku capai gak nengok. rupanya 'sorry note' dari poslaju. katanya diorg nak deliver 2 packages tapi takder org kat umah. time dtg plak waktu pagi. aiyaarrrkkk ari keje u olls. lengkali to be safe, datang jer ari sabtu. confirm aku ada kat umah. dia tulis lagi kat situ, kalau mau sila ke pejabat poslaju yg tertera alamatnya pada keesokan hari. pejabat bukak seawal 8am.

dah semalaman tak brp boleh tido memikirkan apa benda la yg aku dpt tu. en.nahar gertak katanya surat saman la tu, walaupun kalau nak kena saman keta tu nama dia naper plak dtg nama aku. lagian, seperingatan aku takder la plak aku ditahan pak polisi lalu menyain saman. tidak..tidak..tidak...tapi tido ttp diteruskan.

kad undangan sudah pun diterima....


haa tau tak kad apo ni?
ni la kad undangan majlis makan malam.
tahun ni special sikit dinner nyer.
sekali dgn sambutan 5othn bnm.
'bank kita, kebanggan kita semua'.
dgn tema pakaian tahun ini 'anggun-bergaya'.
bakal berlangsung di KL Convention Centre.

nmpk tak no. cabutan bertuah tu.
0111 tu. moga² bertuah. amin.
table plak bernombor 234.
bila sambung jadi 0111234. cun bukan?
sapo dok dekat² table ku ini, sila tampil memberi keterangan. heh.
thank you bnm. love u muahs muahs.

p/s : nk pakai apa nih, pasai ari-ari gi keje pun anggun-bergaya what...hihihihi


November 19, 2009

HELP!!!!


i just can't resist to think about that WTF....
instead of that w.t.f...
HELP!!!

blogger-emoticon.blogspot.com

i just not so innocent, to not to think about it.
heh...


November 18, 2009

hari tabikarama dan konvokesyen SARAH n AALIYAH

last weekend, siap-siapkan sarah seawal pagi. dia nak gi menari dan amik sijil sempena tamat sekolah tadika. dia ber tadika di tabika perpaduan, taman petaling utama B. dia sama kelas dgn adiknya, aaliyah. kira, dia tamat 6 tahun manakala aaliyah tamat 5 tahun tadika.

en.nahar antar dia kat sekolah pagi tu since dia mau ke kantor. aku kat umah lepak2 lagi sesambil buat bekpes. kakros n family ada kat umah. sampaila aku dpt panggilan dari en.nahar bertanyakan di mana kami semua kerana cikgu sudah tipon beliau bertanyakan aaliyah sempena mau mengambil sijil. aiyarrrkk....sepantas kelajuan kilat di langit kami sampai di bangunan pendaftaran PJ.

mmg cun cun la sampai, cikgu panggil aaliyah pakaikan jubah dan topi terus masuk line. ooo patutla cikgu risau, dah nama AAliyah kan harusla dok depan sekali. dua kali A tu. hehehe.



:: sarah dgn costume tariannya ::



:: dua beradik yg hepi-hepi saja ::



:: sarah amik sijil ::



:: aaliyah yg kemetot ::



:: dalam barisan ::



:: aaliyah di depan sekali ::

yang penting aku missed show menari sarah tu. huhuhu ni semua pasal kes kelewatan aku la. dok ralit apa tah. tapi, since sarah beria bagitau lagu yg dia menari tu lagu saloma malam pesta muda-mudi, gigih aku cari kat 4shared.com donlod pehtu soh dia ngan aaliyah menari semula kat umah. sekian.

p/s : soklan cerdik sarah dekat aku 'aik, mcm mana ibu dpt lagu ni?' heh

naper takleh upload pic plak nih....

baru ada aura sikit nak updet blog, dah takleh upload pic plak...
apakah???

November 16, 2009

November 13, 2009

majlis perpisahan dan penyampaian hadiah

hari ahad lepas, tadika sarah aaliyah ada bikin majlis perpisahan dan penyampaian hadiah peringkat tadika. makanya, gigih la aku siapkan diorg walaupun aku just teringat bebetoi lagi sejam nak start majlis.

kelam kabut call en.nahar. masa tu dia ada kat luar gi bli paper. soh dia balik dan dan tgkkan fatihah. aku just bwk sarah, aaliyah n najihah jer ke majlis berkenaan.

tema majlis ala² potluck. waris pakat bawak food sorang sikit. aku ngelat, bawak maruku ayam jer sebungkus. memandangkan foodies di meja melambak², so aku tak ralat sgt laaaa.

pas jer majlis, zoom balik. tak makan tak apa. letih layan kerenah si najihah. balik tido lagi best. heh.



:: pic bawah tu, masa hari ibu sarah n aaliyah kasi gift sama aku ::



:: pakat dpt hadiah sorang satu, mana najihah tak buat pangai ::
:: dia tak dapat ::



:: gambar sekitar majlis ::

majlis ni baru peringkat tadika. ari sabtu ni peringkat zon plak berlangsung kat bangunan kementerian perpaduan di petaling jaya. pehtu next sabtu baru ada majlis tari menari. haaa yang tu sarah amik bahagian. menari² la plak kekdahnya. layannnsss...

November 12, 2009

parap pap pap paaaaa....

masa gi umah mak ndak nengok bb afif itu ari, kakros ada belikan ain dan nana set happy meal sorang. then dpt la menan sempena beli happy meal tu. agak mengujakan aku nengok itu menan. makanya a few days back aritu, aku call la mekdi delivery.

time tu dah abis lunch hour pun, since tak kuar lunch aku prosid jerla ngan menu mcD delivery. then it's trigger me pasal toys yg agak best tu. terus aku request nak beli menan saja. iaitu jenis saxophone.

kata customer service di ujung talian, saxophone lum kuar lagi. aku pun kepelikan walaupun kakros udah mendapatkannya last weekend. pehtu aku pun malas nak argue, aku ckp ngan dia oklah gini kalau ada saxophone then only i want it 3, if not terus tak payahlah.

sesampainyer food aku di lobi, terus aku tanya sama itu budak delivery. di kasinya aku 2 electric guitar n 1 keyboard. aku mcm nak hangin laaaa....walaupun udah ckp takmo selain saxophone. memandangkan guitar n keyboard itu pun menarik, aku on jerla.



:: shah tolong lekatkan stiker untuk one of da guitar ::



:: bersungguh². syabbassss ::



:: aku lak lekat untuk keyboard ::



:: dan hasilnyaaaaa.... cute kan mereka ::

blogger-emoticon.blogspot.com


patutla 2-3 arini aku kuat makan, rupa-rupanya....

tajuk di atas, rentetan dari status aku di fb aku petang smlm. sajala letak, nak tgk apa penerimaan kkwn dgn status di atas. moh kita kaji komen-komen kkwn kesayangan aku jom.



kesimpulannya, semua pun aim aku peknen. bagus² ini bermakna semua pun alert akan kesuburan aku kan. paling tak bleh blah komen dari AKO yg paling aku syg merangkap 'bapak' aku di suatu masa dulu. wei, takat ko muda sikit jer dari aku dan dan la kan aku takleh peknen lagi umur² skang. sudahlah...ko kawin pun blum. kecik ati kkwn aku yg lain tau. depa pun umur baya-baya aku gak. hahahahaha layaaannnss....

yg betoi nyer aku pe'od jer bak kata sone. bagus shaf, sone dan ewa. tak doa bnyk² kat aku nih. hiks.

blogger-emoticon.blogspot.com


November 11, 2009

ole² CAMERON - org berbudi, kita berbahasa....


orang memberi, kita merasa.... love

TERIMA KASIH.

November 10, 2009

mata menjeling, mata melihat, mata lah puncanya...oooo mata!!!


nah. pic mata aku. heh. yg atas tu guna CL amethyst brand apa tah lupa. yg bawah CL yg baru tu la. cap giordano. kalau korang nmpk, dia ada stripe² biru kat tetepi. agak berlainan pattern dari biasa nyer CL yg aku penah tgk. selalu CL biasa mcm pic atas tu kan. kira yg katanya CL latest pattern cap giordano ni, kat tgh clear tetepi jer dia colouredkan. dan pulak kononnya CL ni leh besarkan lagi mata itam kita. katanya laaaa. pehtu tahan 3bulan plak tu instead of sebulan pic atas.

korang layankan jerla pic ni ek dah nama pun mata tak penah touch up tu yg bundar jer nampak. bundar la sgt kan, walhal mata lesu takdak vitamin langsung. hiks.

nak nampak image dan info lebih jitu pasal giordano contact lense eyefresh, leh klik kat SINI.

EYE maintenance....*sigh*

memula kasi jamu mata korang ngan ini budak.
aka budak pematah spek ibu yg berjaya. huhuhu....



dah lama ekceli, aku dok survive dgn spek lama since spek latest aku patah dikerjakan budak di atas. last week, terbehenti di sebuah kedai optical baru bukak. kekonon iklan bosar tulis depan kedai itu up to 90% dics u olls. yer la sangat. aku pun jitu singgah.



:: konon laaa 90% disc. takdo maknonya ::



bikin spek seketoi n up sepsg contact lense baru.
contact lense cap GIORDANO. ingat kot tiset jer cap GIORDANO, contact lense pun ado.
since udah selesa memakai CL, aku pun up jerla spsg since itu CL tahan 3bulan.
katanya la, kalau tipu aku pun tak tau. so, agak jimat dari previous brand yg hanya tahan sebulan.



spek baru yg aku bikin ni pun, agak murah dari yg dulu-dulu aku penah bikin.
aku penah bikin spek dgn brand yg sama pada harga sekali ganda dari spek baru ini.
so, agak puas ati di situ dgn spek baru ku ini.
hihihihi.


:: nanti aku tunjuk mata aku kasi close up ek ::

blogger-emoticon.blogspot.com


November 09, 2009

makeover : wallpaper BERDUET

haaaa abisla djepoi pasni. aku dah terror lekat wallpaper tu sendiri. diulang SENDIRI. hahahaha. waktu kejadian di hari sabtu petang yg damai. tgh boring² tak tau apa nak buat, aku terpikir apa salahnyer aku posid jer lekat satu set lagi wallpaper yg ado. tanpa berlengah aku pun zasss zasss lekat.

dan hasilnya. taaaraaaaa....!!!



:: amacam, ok tak? ::



:: atas dan bawah ::



:: di bawah sinaran lampu minyak tanah ::
:: klik SINI untuk proses wallpaper dulu ::


broepoi, jgn marah aarr kalau set yg kedua tu kurang sikit keseniannya. almaklumlah amatur nyer keje. main lekat jer....hikhikhik.

heart my community