Followers

October 27, 2009

so long..farewell...goodbye

hari jumaat lepas adalah hari terakhir seorg budak attachment di opis aku ni ha. knowing her yg begitu pot pet pot pet dgn suara ala² ella tu agak sedih gakla tgk dia nak meninggalkan opis aku nih. nama beliau nurul ateeqah. panggil ika jer. yg paling aku sker pasal ini budak, cara dia gelak. sgt menyentuh qolbu. hihihi....

to ika, good luck in whatever u r doin. nice to know u babe! bebila terjumpa ngan sombong lak ngan akak tau...



:: ika, kakjue n tinie ::

October 26, 2009

nine west @isetan

dari chinoz, kami crosssss ke isetan. kalau ikutkan robinsons ada sebelah jer kalau nak soping, mengenangkan aku ni pemegang membercard isetan harusla aku paksa azwa ke sana. memula katanya nak cari kasut..nak cari kasut. sudahnyer sampai di bahagian kasut henbeg, terbekenan lak aih ngan satu henbeg nih.

aku panggil azwa tgk dgn harapan nak mintak pendapat dia la. ujung-ujung, dia ternmpk beg yg dia mmg nak sedari dulu. beg yg dia maksudkan tu umpama tas tangan kepit di celah tiak, manakala beg yg aku maksudkan sebelum tu sebuah beg yg agak gedang la. mengenangkan yg beg azwa minat tu tulis 'beli satu disc 50%, beli dua disc 60%' dan aku pun turut serta membeli beg yg lebih kurang sama itu. tapi tak sama in term of colour.

dah sudah di bahagian beg, kami jenjalan lagi membawa kaki tanpa ada tujuan. tersinggah plak di bedding fair. tpt tu agak tersorok sikit. bargain pi bargain mai, itu ahboy sudah kasi special offer sama aku. beli satu set cadar dpt beli 2biji bantal dgn harga RM20. yesss..aku setuju. dah setel urusan di situ, kami pun pulang ke gagang opis.



:: bila tensen, dpt shopping gini heaven jer rasa aih ::



:: ini beg aku ::



:: wa, nanti kita repeat tau wa...
syiiookk jenjalan ngan ko ::
:: itu objek merah azwa yang punyo ::



entry ni di drafkan pada 24/10
gambar di atas di snap pada pagi ini...kekonon pakai baju nak sedondon...dlm pic tak nmpk la plak kesedondonannya...zasss jerla

chinoz @da gardens, mid valley

hari jumaat lepas aku telah dilanda pasaan yg tak berapa best. owh...sgt tertekan pasaan aku di hari kejadian. semua yg aku buat pun semua rasa tak kena. memikirkan yg friday break lunch panjang, makanya aku udah berjanji setia bersama seorg kawan. kami ke midV.

sesampai di tempat kejadian, si kawan aku tu telah meroger lagi seorg kawan kami yg kebetulan menjalani training di sekitar situ. makanya, pertemuan 3psg mata pun terjadi. pada sesiapa yg mengenali diriku yg tak seberapa ini, aku gemar mencuba tpt makan baru. kiranya, kalau nampak jer tpt tu dan aku blum pernah try insya-Allah di situ la aku akan port.

memula aku ajak kawan aku tu ke tony roma's, ujung-ujung terhidang dpn mata chinoz. zassss..... . kami order jer apa yg kami rasa nak order, sesambil tggu lagi sorang kawan sampai. pelbagai kisah di update. almaklumlah, kawan aku ni budak department aku dulu. ada biter sedih, gembira suka duka. haih.....



:: chinoz ::



:: foodies ::
:: semua pun sedap-sedap ::



:: haaaa ini la kawan ku itu, azwa ::



:: dan faisal aka cha ::

wa thanks for da ride....kita punya minat soping gila bab* yg sama...hahahaha
nantikan hasil yg kami dpt di isetan...hiks

October 25, 2009

majlis makan malam muhibbah, dpt cabutan bertuah

semalam, rumah aku buat makan-makan yg diberi tajuk makan malam muhibbah, apartment damai senja. turut memeriahkan acara ialah adun petaling utama haniza talha, ketua balai polis daerah petaling dan bbrp org lagi.

acara dimulakan dengan paluan kompang mengiringi ketibaan vvip tersebut. disambut dgn tarian singa di khemah utama. aku, achikmimi, sarah, aaliyah dan fatihah jer turun. najihah tido. en.nahar lak tgh mandi masa tu.

masa vvip tgh kasi ucapan, aku pasan seseorg tgh enak menjamu selera. aiyooo laki aku en.nahar. gimana dia boleh dpt food sedangkan majlis lum mula. dah plak aku tanya mana najihah? katanya dia takmo turun, tido. adoiiii boleh plak dia tinggal anaknya itu sorang2 di rumah.

selesai kami semua makan, aku malas dah nak tggu cabutan bertuah. ajak jer semua naik. aku gitau en.nahar soh turun balik, tggu gak kot kot laaaa bertuah kita malam nih.

dari rumah aku still boleh dgr pengumuman nombor cabutan bertuah. bila announcer cakap jer blok A tingkat 4 no rumah 8...aku ngan achikmimi kat atas bagai nak gila bertepuk tangan. aiyooo seb baik paksa gak en.nahar turun tggu nombor. pasal, diorg kira 1-3, takder wakil terus cabut nombor lain. makanya dptla kami seketul blender.



:: kumpulan kompang, tarian singa dan hamper cabutan bertuah ::



:: en.nahar n da kids enjoying the nite ::



:: fatihah tepuk tangan bila semua org tepuk tangan ::



:: acara membuka hadiah dan blender itu ::

October 24, 2009

bebaju dari bumi anbia

dlm bulan syawal lepas, ada 2 family special yg pulang ke malaysia dari bumi anbia. sementelah mereka balik sini, makanya ada jerla ole-ole dari sana kan. satu family pertama yg dimaksudkan ialah sahabat aku farah hasliana. skang dia menetap sefamily di jeddah sana. selalu la dok communicate via fb n ym. kkdg blog pun ado. kalau tak salah, aku dan amal terjah umah beliau masa second week syawal kot gitu.

kalau dah sampai kat umah, semestinya dilambakkan segala macam ole-ole dari sana. dptla kami sorang seketul minyak wangi. pehtu amal dpt buah tin. katanya si amal mmg suka ngan buah tin. oh! aku kurang sikit ngan buah tu pasai bnyk bijik. heh. pehtu fatihah dpt sehelai baju dan aku lak di offer sehelai arbaya. memandangkan arbaya itu mcm cun-cun saiz aku, aku zassss jerla. kalau kena occasionnyer leh la aku pakai.

family kedua lak, sepupu aku yg menetap di doha sana. aritu, jie ada ym aku gitau yg dia belikan baju buat fatihah umo 9-12mnths. takut kecik katanya. knowing fatihah yg memang kenit tu, aku tak la risau sgt. pasti padan nyerla nanti.

seronok kan, dpt merantau di tempat org. kkdg jerla kot rasa rindu sama tanah tumpah darah kita tapi kalau satu family di angkut duduk bersama kkdg terniat gakla. apa salahnya kalau ada rezeki aku n family merantau lak ke luar negara. berangan...berangan...hiks.



:: makngah jie, a-ah pakai baju ni muat-muat oooo,
terima kasih daun keladi :) ::
:: auntiemya, a-ah pun ado baju jaket rita rudaini tau
from doha lagi u..kelessss ::




:: arbaya from jeddah ::
:: lip lap lip lap ::



:: ni lagi baju a-ah, from jeddah ::
:: thank you auntiefarah!!! ::

October 23, 2009

hasil sikit² demi me makeover kan umahku yg tak seberapa itu...heh

keje² construction mmg dah setel pun. cumanya aku jer lum deco umah tu betul². nak deco gimana kalau segala almari lama masih bertapak megah dlm umah. so, ruang yg tinggal sgt la limited.

tapi, smlm demi nak jugak nmpk ada kelainan especially di bahagian tv lcd tu aku up juga seketul almari tv. aku beli kat kedai pakistan area umah ni ha. memula udah berkenan ngan satu almari tv kat kedai cino lain, tapi oleh kerana takder transport dia mau anto makanya kensel jer. knowing me kan, harus nak dan dan.

di kedai pakistan tu gak, aku up seketul tikar nak di hampar di ruang tgk tv. so, dlm masa yg dijanjikan pekerja² kedai pun sampai menghantar almari dan tikar. dan, aku tanpa berlengah lagi terusla hias serba sedikit. dan, pada pemandangan mata aku yg rabun ber kapasiti power spek sbnyk 175 belah kanan dan 125 belah kiri = cantik gakla ruang tgk tv tuh. heh...layansssss.



:: frames tu sumer insya-Allah kalau sesuai akan di gantung di dinding ::



:: tikar ::
:: kaki sarah pun nak enterprem, haihhhh ::



:: aku sibuk deco, en.nahar standard sibuk gak...
sibuk ngan beskal beliau ::


ada lagi yg djepoi lum lunaskan. segala perkakas ada jer kat umah tu, tapi knowing him yg membizi aku sabarkan jerla.....

heart my community