Followers

March 19, 2012

Lunch Mamak Tepi Sungai. Peria Goreng yang Rangup Krup Krup

nuffnang sudah kasi kaktin satu BE.
makanya kaktin kena update laju-laju.
so that duit nuffnang dapat naik laju-laju jugak.
#walaupuuunnn.

di suatu hari yg permai seangkatan pegi lunch.
oleh sebab i don't have a choice zasss jerla nasi mamak.
mak bukan penggemar nasi mamak yo.
tapi dah lapau bebenau, mak rela jer.



nasi putih, kari ayam peha sayur + teh ais.
memula makan ngan sudu tu.
tapi rasa cam tak ngam ho jer, p basuh tangan n makan ngan tangan.



pastu pastu pastu, ternampak waiter anto sayur peria goreng ni kat meja sebelah.
terus teleyo-leyo. makanya order sepiring.
mmg sedap pong. krup krap kunyah.
tapi makan tak abis pong.
nasi melambak nau.
cukup time bergerak pulang.



ternampak deretan kepala patung ni atas tong sampah.
i was like iueww iuewww perlu ker nak pomot tudung sampai atas tong sampah.
tak wangi ok.
so please tokey kedai do something.
sapa yg terbeli tudung yg penah dok kat sini nasib korang ler,
kena samak banyak kali lerr kot.
hiks.

Handbag Organizer from Ladies Deals


ini namanya handbag organizer.
kaktin terbeli secara online itu ari.
dari fb ladies deals.
best jugak.
kiranya natang ni boleh tidak membuatkan beg korang huru hara.
well organized la kiranya.
punyala nak tunjuk compartment tu,
habis henpon opismet kaktin, kaktin rembat.
sumbat situ. nak kasi nampak. hiks.
RM21 saja (RM16 + RM5 kos poslaju).
sapa nak, leh skodeng fb ladies deals yer.


March 18, 2012

Kau Pergi Jua : Al- Fatihah buat Sharifah Safiah


Assalammualaikum kakpah.
apa khabar ko kat sana?
aku harap ko sedang aman dan damai di tempat-Nya.

tanggal 17 Mac 2012, perginya seorang sahabat, kakak
yg hampir 10tahun aku kenali.
kami berkawan baik, gaduh, baik gelak
menangis bersama.
dia umpama mentor aku dalam kerja seharian.
yerla, aku baru masuk keje kot time tu.
dia puji aku, dia kritik aku dan dalam
masa yg sama kami bergembira bersama.

dia sangat open-minded, cuma kau jgn tego
dia time dia makan.
boleh sentap oooo.

kalau nak dihitung kenangan bersama dia mmg takkan cukupla
nak ditaip kat sini.

gambar di atas diambil pada 15 Mac 2011.
yeap, almost satu tahun sebelum dia pergi selama-lamanya.
ketika ini, beliau sudah ambil maklum yang beliau
menghidap kanser pankreas stage-4.
kalau nak diikutkan jangkahayat doktor mmg takkan lama.
tapi beliau seorang wanita yg kuat, tabah.
dia melawan sel kanser itu untuk kembali pulih.
selama lebih setahun dia berperang dengan penyakit itu.
 
tapi Allah lebih sayangkan beliau.
kepada keluarga, saudara-mara, sahabat handai beliau
marilah kita redhakan pemergiannya.
semoga roh beliau tenang di sana.
AMIN.



March 16, 2012

Si Merah dan Si Biru dari Paris

ewah tajuk kemain kan.
yg sebenarnya kaktin telah kirim seketul beg longchamp.
longchamp made in france tau.
dibeli dari butiknya di paris sana.
member kaktin pegi, dan dia bukak order sama kaktin.
rasa cam ralat lak kalau tak order.
yerla murah banyak dari online harganya.
so belek-belek website nekadla kaktin nak yg kaler merah tu.




tetiba bila member kaktin dah balik sini 2-3 hari,
dia buzz kaktin plak soh cari buyer utk satu lagi beg LC.
terus la kaktin minta spesifikasi beg tu.
haih, rasa cam kenot resist plak.
makanya kaktin rembat.
jadinya kaktin ada 2 la beg LC si merah n si biru.
dedua pon dari paris.
oleh kerana kaktin amik dua, member kaktin kasi free paper begnya.
wahahahaha paper bag pon nak jaja.
lantak. bukan senang nak dapat nih.
thank you wawa!


:: paper bag gedang ::



:: si biru berzip, si merah zipless ::

mari mari ber longchamp sesama.


March 15, 2012

Ayam Penyet Express @Sunway Pyramid

hari selasa lepas aku n en.nahar bercuti.
makanya kami berdating berduet merempit dengan en.nahar tu,
pada mulanya kami nak lunch mekdi jer.
tetiba terlalu depan kedai ni terus nak kasi cuba.
ayam penyet express.
authentic indonesian cuisine katanya.
dan sambil makan berbackgroundkan lelagu indon.
lagu rossa. i loike. so layan.



longan cincau for him.
happy soda (bandung soda) for me.



kami amik set A.
ayam penyet.
ada beef ada catfish ada prawn ada pomfret and ribs juga.
(macam kan korang takleh baca sendiri kan).



ini plak sebahagian dari menu air.
air happy soda kaktin tu, en.nahar kata boleh jer bikin sendiri kat rumah.
ek eh, biarlah org nak minum air tu kat kedai pon.
*jelan lidah*



dan ini dia rupaparas set A tersebut.
sangat jauh beza dari rupaparas sebenar di menu.
walaupon rupaparas dia agak mencomot,
tapi rasa dia sokayyy la.
sedap lagi ayam penyet kat lanai n wong solo.
ewah petik nama kedai hat best, mestilah best.
yg penting kami makan abis licin.
so, tak membazir di situ.
sekian.

Kerana Kasihmu by GX4 (KOOL, NICO, A to Z dan SHADES)

Lirik Lagu Kerana Kasihmu (Ost Vanila Coklat) – GX4

VERSE :
Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cinta mu takkan ku persia

PRE CHORUS :
Andai dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terimalah diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …

RAP:
Role … Role … Role … Roda berputar laju
Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Terlebih rindu … Terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita
Selama-lamanya …
ho hu ho ….

Verse 2 ;
Semusim tlah berlalu menggamit jiwaku
Di saat diperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku hidup tanpa diri mu kasih
Tak terdaya ku meluahkan nya

PRE CHORUS :
Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku




tengah syok layan lagu ni.
eh chop korang kenal ke group-group kat atas nun?
sapa yg lahir ujung 70an and early 80an kenal la kot.
mmg ngetop habis groups ni masa era 90an.
skang diorang wat come-back.
nyanyi lagu ni ramai-ramai.
asyik banget!

kaktin try la pos sikit clip sora kaktin kat wall diorg.
sekali riot kumpulan kool puji ko.
harusla mak mengembang bontot.
dulu masa kumpulan kool, mmg minat si riot ni.
pasai terror nari, pastu ala-ala MJ.



:: ini masa petang ::



:: pastu dia balas lagi malamnya. ha3 perasan toksah kira dah kaktin ::

korang-korang kalau nak tau perkembangan GX-4 join la group ni kat fb.
search for Generasi-X4 yer.
diorg aktif jugakla layan peminat kat sini.

sapa yg penah minat kumpulan nico mesti rindu nak tgk affa n dino kan.
tengok gelagat diorg masa pembikinan ini video clip.
kelakar oooo.




tak cukup dengan itu, riot post lagi compliment kat wall aku.
aduyyaiii dan dan rasa terawang di langit biru.
kalau korang dengar clip sora kaktin tu, pastu korang rasa tak sedap
kaktin tak kesah kalau korang nak keji.
hikhikhik. kaktin mmg syok sendiri jer.
da daaaa....

heart my community