Followers

January 21, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah Anak-anak - 2013

lahaih, dah nk abis bulan januari dah pon 2013.
kaktin masih takder entry serius yg men indicate tentang permulaan tahun baru.
oh, btw happy new year semorang!
heh, relevan tak ucapan new year tu?

tahun ni, 4-4 puteri kaktin dah pon bersekolah.
sorang darjah 1, sorang darjah 3 n sorang darjah 4.
tangteng tadika 5thn.
so, far bangun pagi 4-4 ketul ni ok laaaa.
tapi ada gakla hiruk pikuk bilamana ada yg suka 'melengung'
bila bangun.

baju sekolah diorg, kaktin dah set.
by ahad malam kena siap iron semua kalau takmo huru hara pagi hari bersekolah tu.
yeap, less stress bila dah siapkan.
oh ya, najihah lepas duduk kelas pertama di both sekolah kebangsaan n sekolah agama.
hopefully dia dpt bertahan di kelas pertama tu. amin.
:: pagi pertama persekolahan 2013 ::


:: spot najihah ::


:: dirasmikan oleh menteri kau, kelles ::


 


:: dato' raja nong chik bagi sorang satu set alatulis. terima kasi latok :D ::


:: motip snap pic kete press ::


:: najihah dalam kelas ::


:: sesi temuramah. itu bukan diriku. heh ::

pagi first day sekolah di sekolah kebangsaan.
petangnya pula, di sekolah agama.
yang penting segala hal persekolahan anak-anak setel.
#syukur ya rabbi :)





January 20, 2013

Ini Semua Poyo!

hahahaha.
kelakar gila kot MLM 2012 Final.
sapa tengok? apa, tak sempat tgk?
ada yang tak boleh tengok pasal balik rumah mertua?
rumah mertua takder astro mustika. apa? apa? apa?

takpa takpa jangan risau, astro kan.
pasti ada ulangan tubi-tubinya.
ni pon, kaktin baru lepas tengok ulangan.
jozan jerla pon, terus gelak tak benti-benti.
tungguuuu...ini semua poyo!
syabass la jozan pasal jadi juara.
mmg tak dinafikan korang mmg best.

tapi, kalau ikut skala content-wise menang dekat boboi lagi kot.
tapi nak wat caner, sepanjang 10minggu boboi nyer lawak
cam tak konsisten, so peminat-peminat masih tetap pilih jozan.

korang ngundi ker?
kaktin tak pon. tengok jerla sesambil lipat kain.
boleh gak rilis apa-apa stress.
kat rumah stress dengan anak-anak jerlah.
office kaktin stress-free.
so far so good. alhamdulillah.
oklah, tetiba cam ngantuk nak tido jap.
papai :)

January 19, 2013

Tiada Apa Lagi yang Perlu Dijelaskan

semuanya sudah jelas! jelas! jelas!
yes. lega. lepas ni hopefully takder rungutan lagi yer bang.


ni ha. dah bercerai dengan P1 setelah hampir 3 tahun lebih menggunakan khidmat beliau.
starting from sept 2009 sampai la last week kaktin decided to terminate.
kaktin menyambung kasih dengan unifi plak.



first time pijak bilding greenpacket di jalan templer, pj.
dapat jer sms minta pulangkan modem dan dan kaktin siap dah zasss pegi.
bilding nya sgt cozy dan nyaman.
lucky tak ramai customer zas zis zus settled.
a few mins after, dapat email seperti di bawah.



lega dapat settlekan segalanya tanpa ada yang pending.
pada mulanya kaktin agak reluctant nak mai officenya nak settlekan.
tapi tula, human touch tu is important.
settle di alam maya ni kkdg tak abis.
better ngadap n settle once n for all.
itu lebih baik.
babai P1, haihai UniFi :)


January 07, 2013

Sponsor Post : Krunchy Karamel Almond. Sekali NGAP habis sekotak!

amboi. tajuk entry sponsor post kemain.
macamkan blog ngetop sangat hiks.
tapi betul, entry kali ni ditaja.
ditaja dengan sebekas ini.


krunchy karamel almond.
sila call no. ini 012-323 0906 bagi mendapatkannya.
tq kepada mr.jocko kerana bermurah hati memperkenalkan biskut yg sedap dap dap ini.
memang bertepatan dengan propagandanya - sekali NGAP habis sekotak!
kaktin pon apa lagi, buka kotak dan NGAP!


:: tekstur dia tebal, rangup, lemak, manis, layanzss ::


:: sambil buat kije, sambil NGAP-NGAP-NGAP ::



 NGAP-NGAP


:: memember seopis pon tak menahan tengok, lalu sesama la merasa,
dan mereka SUKA! ::




:: mengujakan, bukan ? ::





bawa balik rumah, anak-suami pon suka.
pendek kata sangat-sangat sesuai menjadi kudapan sihat buat seisi opis, maupon keluarga.
so, pada sesiapa yang ingin mendapatkannya sila call nombor di bekas itu yer,
kaktin pon dah order. jom jom order sesama...zasssss.


Published with Blogger-droid v2.0.9

December 12, 2012

Hadiah Fashion Show dan Iklan Biskut yang Propa Sangat

kan kat entry sblm ni kaktin kata kaktin n tangteng ada masuk fashion show kan.
supposedly registered 4-4 org, tapi depa pandai.
dah sampai sunway lagoon semua pakat takmo masuk.
malu katanya.
kaktin ada 'ugut' depa begini 'sapa takmo dengar ckp ibu takyah pi sunway lagoon'.
ketakutan tak dapat pegi semua pon angguk2 nak join.

sekali dah sampai sana, dah nmpk kolam air dan dan tula takmo join.
kaktin kata, takmo join jom balik.
si sarah jawab 'jom jom'.
amboiiiii taulah ibu takkan simply2 nak balik kot kan.
baru jer sampai. makanya pasrah la berduet dgn tangteng jer.
gambar? gambar takder. en.nahar memalas di kerusi.
yg lelain terjun tiruk sudah dalam kolam.

datang jer opis ari senin, nah kau dpt jajan selambak.


tapi pastilah kaktin tak bawa balik semua.
kaktin bawa balik sikit-sikit.
yg penting biskut magic twin tu.
teringat iklan dia yg 'hey kau budak baru kan'?
pastu budak tu baling biskut dalam mulut terus semua pon terbang-terbang.
kaktin pon nak rasa konon sedap sangat sampai terbang-terbang terus buka satu pek.
rasa dia? errmmm boleh lah.
tapi takder la sampai nak terbang2. propa sgt kau iklan.



itu jer yg kaktin bawa balik smlm.
dan dan settled.
mami and potato crisps mcm takmo kasi depa jer.
tapi tgklah. kalau rajin bawa balik.
if not, ibu belasah jerlah eh.
sapa soh korang tak join fashion show.
kah! dengan anak-anak pon berkira. hiks.


Family Day OD Sector @Sunway Lagoon


dimulakan dengan muka-muka excited nak mandi kolam.
kaktin soh diorang pakai terus baju mandi kat dalam.
so that baju kat luar tu dipakai balik lepas mandi.
amacam bijak dak palaotak mak dia to avoid ngangkut baju bnyk?
heh. ala katapon sunway lagoon dgn rumah kaktin tu tak sampai 10mins pon.
apa-apa jadi boleh zasss jer balik rumah.
tapi Alhamdulillah, takder apa yg terjadi.



sesampai di main stage, senamrobik sedang berlangsung.
diikuti dengan persembahan dari orang sunway lagoon.
kaktin membizi di belakang stage pasal kaktin amik bahagian fashio show.
yg kelakarnya, register 4 nama yg muncul atas stage tangteng jer.
tu pon, pasal kaktin naik sekali. haih.
anak-anak dah tau segan. so berpasrah la yer.



sampai awal amik breakfast.
kami entitled 6 packs of nasi lemak + kek buah + air kotak teh ais limau.
tak abis pon makan. tapi anak-anak pas letih berendam pandai plak naik ke darat cari makan.
ok la, janji diorg tak tahan perut if lapar.



time ni, en.nahar dah turun join mandi.
diorg dok tembak org yg naik flying fox tu dengan water pump gun.
kesian org tu. dari takmo basah kena tembak ujung-ujung basah gak.
tapi sebab cuaca memanas kejap jer kering tu don't worry.

diorg berendam dari pukul 9 sampai kul 1++.
lunch kaktin amik 3 pack set kfc n 3 pack set burger ayam pon dari kfc.
dpt 6 botol kecik mineral water gak. jenuh la en.nahar usung mineral water. berat ooiii.

cukup time, kaktin gegar soh diorg naik n salin baju.
kaktin ajak diorg try x-treme game kat tepi tempat kami lepak tu.
tangteng sah-sah tak boleh lagi pasal haluih sgt.
rupanya 3-3 kakaknya pon bila ditimbang tak cukup berat.
aiyarrkkk najihah dah sedih peluk aku.
sudahnya brader baju oren tu kesian, dia kasi gakla naik.
alah, bukan bahaya pon.




tangteng muka pasrah jer.
boleh tengok jerla kakak-kakak melompat.
sabau yer teng, tggu teng besau kita mai main lagi na.

setel melompat pengembaraan kami diteruskan.
hazab ooiii panjat tangga tinggi nak naik jembatan gantung ni.
dedulu naik rasanya taklah seteruk ni. ya dan dan nak kata faktor usia.
si najihah pon ngadu sakit kaki.
yg lelain sokayyy jer.
gigih juga sampai ujung, sampai jer ujung terus lepak kejap.
fuh mencabar sggh.



turun dari jambatan gantung kami naik cawan yg sebelah tomahawk tu.
tomahawk tu kaktin teringin nk naik tapi takuiittt.
takperlah, nanti2 lah.
settled naik cawan kami lepak makan ais krim plak.
giler aarrr ais krim batang bodow pon sebtg RM3.
kalau beli ais krim kon palit-palit tu plak RM6.
takpala memandangkan kami tak spend lagi spnjg dlm tu,
belanja jerlah depa aiskrim sorang sebatang. RM3 x 5 btg = RM15.
ais krim mat kool jer pon huhuhu.

sarah menggelinjat ajak naik roller coaster.
kaktin pon teman la diorg q nak naik.
sekali kena prit-prit dengan penjaga roller-coaster.
dia tunjuk '1,2,3 budak takmau takmau' sambil golek-golek tangan dia.
haihlaaa frust lagi budak-budak tu.
sudahnya kami pi naik wagon wheel plak.
bawa budak kenit ginilah, segala macam takleh naik.



kami cross pulak mai naik menatang ni.
satu carrier boleh naik 2 org jer.
kaktin plan nak naik bertiga with fatihah n najihah.
sekali adik penjaga beria tak kasi.
terpaksalah kaktin melepaskan fatihah n najihah berdua saja.
kaktin pon naik gak objek belakang depa sambil snap-snap gambo.
merisau gak kot fatihah gayat ke apa. tapi so far Alhamdulillah dia enjoy.



just nice abis naik menatang kuda merry go round tu, hujan pun menitik-nitik turun.
terus cross masuk sunway pyramid dan terus menuju ke kereta.
around 3.15pm kami sampai rumah.
yang penting kekanak itu happy. tq opis ku!


heart my community