Followers

December 11, 2012

Dah Gemuk!

feeling mcm kurus la sebelum ni kan.
walhal mmg berisi pon.
tapi tapi tapi, arini menyarung kebaya ke opis dan....
bontot mak membuak2 uolls.
takuuiiit.

makanya kita breakfast sandwich saja.

:: chicken roasted croissant + honey latte ice ::

yer. healthy la sgt kan.
tapi idokla kata io-io nak diet ke apa walaupon agak mencuak.

kalau dah tekak melayu tu, cili sos mesti kena ada.
pastu, lunch kaktin amik chicken with asparagus (nama saintifiknya)
jugak diserikan dengan cili sos.
pastu tapau keropok sayur sikit.
settled ayam, cicah plak keropok sayur tu dengan cili sos.
segala benda nak cicah sos.
patutlah, dulu housemate kaktin kata gamaknya kalau makan biskut pon nak cicah sos.
errkkkk takla plak sampai centu sekali kot.
kaktin suka makan goreng-goreng dgn sos cili gak.
contoh nasi goreng, mee goreng, kotiau goreng kecuali nasi putih.
nasi putih enak dimakan dengan kicap kan kan kan.
bukan kaktin jer suka makan with cili sos, en.nahar pon.
sudahnya turun dekat anak-anak siap jilat cili sos tu wei.
dan, kalau dah begitu jangan marah depa na.
mana tumpahnya sos, kalau tak ke mulut. hiks.

 

December 10, 2012

KBGS/SMSA 90th Anniversary Celebration (Re-union)

tanggal 25hb november 2012, berlangsunglah acara di atas bertempat di hilton, pj.
dirasmikan oleh tunku puteri intan shafinaz.
korang kenal tak baginda?
baginda is puteri sulung kepada ydp agong kita skang.
yer. betul tu.

kaktin dapat invitation to join 2 bulan sblm kalau tak salah.
kiranya dah well-planned lah.
so that, sesapa yg berada di perantauan ke senang la atur
jadual supaya boleh balik n join the event.
contohnya, sahabat kaktin yg skang menetap di jakarta indonesia.
iaitu pn. irma ghaz. haluuu irma :)

batch kaktin iaitu spm tahun 1995 ramai gak yg turned up.
as for my class iaitu 5K, hanya kaktin n cikgu syuhada jer yg berpeluang join.
tak kisahlah. janji dapat menebus kerinduan sama kkwn dan cecikgu.

acara di mulakan dengan bacaan doa, nyanyi lagu kedah n lagu sekolah.
best gila kot dapat nyanyi semula lagu sekolah n tak payah tgk lirik.
still can hapal loorr. terbaeklah!
teringat every sunday, perhimpunan dalam dewan besaq.
pastu sapa bising time cikgu berucap kena tego satu dewan usha. malu!
eh, kaktin tak penah kena eh. kaktin budak baik. #baeekkksgttt.

konsep re-union kali ni mcm brunch.
breakfast cum lunch.
time boleh makan tu, apa lagi kita terpaaaaa.


sesambil makan sesambil potpet itu ini.
posing tu tetapla kan.
bila lagi nak dpt peluang berjumpa n berposing.
manalah tau 10-20 tahun nnt plak ka baru leh jumpa.


ada performance jugak dari otai-otai senior.
kebanyakannya nyanyianlah.
pengacara ialah ibu kepada KJ.
ramai peminat KJ rupanya ingat kaktin jer. #eh.
tapi, of koslah KJ tak mai. moteep la sgt tetiba dia nak join kan.

:: kegembiraan di meja bernombor 9 :) ::


:: yang mewakili batch of '95 ::
duduk dr kiri : nuha, fiza, safura, rozana, kaktin, syuhada
berdiri dari kiri : jazz, azwa, nonie, liana, irma, shima, syaifena, nana, fanim n shue

menten vogue de vasss kita no #berangan!
enjoy enjoy enjoy.
tq to shue n jazz yang bnyk membantu kami
bagi merealisasikan INI!
tahniah semorang :)


December 08, 2012

Bercuti (26 - 30 Nov 2012) : KL - Ipoh - Penang - Kedah

eh diam tak diam dah seminggu berlalu lepas kaktin bercuti-cuti utara seminggu.
plan asal cam malas nak update, tapi kan bila pk pk balik bila 2-3 tahun kedepan
if umo panjang bila baca balik mesti best.
ada gak kenangan nak diimbau.

nak kata plan, cuti-cuti ni idok gak.
memula tu, en.nahar nyer cuti approved.
dia amik seminggu pastu kaktin pon apply gak la seminggu.
ikutkan sabtu tu boleh dah la nak gerak.
tetiba sabtu tu en.nahar masih bekerja.
ok fine. kaktin lepak jer kat rumah.
sesambil kemas-kemas apa yang patut.
esoknya ahad, en.nahar still takmo gerak lagi.
aik, ini tak boleh jadi angin kehantuan hampir memuncak.
demi menutup angin kehantuan tu, kaktin minta sama beliau
mau join re-union SAS di Hilton, PJ.
being him yang lately ni kasi jer apa kaktin nak makanya kaktin pon
dibenarkan join. kakros mai pikap kat rumah.
enjoy giler kot dapat jumpa kekwn sekolah menengah.
terus rasa muda remaja kembali.
tapi takderlah sampai lupa diri please. hiks.
oh ya, anak-anak of kos tinggal sama en.nahar.
ala bukan lama kejap jer pon dari kul 11am - 3pm centu.
lagipon kat PJ ni gak, sekentut jer. kentut pon dengar #propa.

akhirnya, ari senin after zohor kami gerak menuju utara.
en.nahar plan nak bermalam kat ipoh.
kaktin pon ok jer. dia yg drive. so it's up to you darling.
mak folo jer.
takder rezeki bermalam kat ipoh, kami mendarat di georgetown penang.
tido kat penang semalam esok pepaginya gerak ke kulim.
en.nahar nak jenjalan tempat dia dibesarkan.
dah lama sejak a few yrs back tak singgah katanya.
so, tercapai la hajat beliau jenjalan tempat ia dibesarkan itu.
kami amik lunch kat rumah bff kaktin di kulim.
dan terus pulang ke kuala kedah dan sampai sekitar jam 5pm.
yang penting enjoy!



December 07, 2012

Sekali Seminggu. Cukup.

benda yang paling malas nak bikin is isi minyak kete.
asal nampak jer jarum meter minyak menurun-menurun sini dah susah hati.
malas nyer lahaih nak benti stesen isi.
tapi kalau datang angin rajin bila benti terus isi bebanyak.
so that, next time nak kena isi lambat sikit.
biasa kete tua kaktin tu sekali isi RM50-RM60 tahanlah seminggu.
smlm dah isi RM60, so next week plak lah kita isi yo.
sekali seminggu, cukup :)
korang rajin tak isi minyak kete?

December 06, 2012

Teaser : Family Day


Date  :  9 December 2012
Time : 8am - 6pm
Venue : Sunway Lagoon
Theme : Fun in the Sun

ni yang untung ada anak ramai.
water-pump yg kaler-kaler tu just for kids yg berumur 3-11 tahun.
memandangkan anak-anak kaktin semua pon dlm lingkungan umur tu,
makanya semua dapat. yeayyy!!!!
mak yang over. heh.


December 05, 2012

Fenomena Kereta Ferrari - Shell - Lego


nah kasi korang jamu mata dengan koleksi kereta kaktin ni.
skang ni selain fenomena durian crepe, fenomena kereta2 ini pon boleh tahan.
rasanya rata-rata skang menggila dengan kereta2 comel hasil
usahasama ferrari - shell - lego nih.
kaktin berjaya kumpul semua model yeayyy termasuk set org minyak tu.

punyalah exited nak kumpul kesemuanya.
start dengan kereta ferrari merah panjang tu.
kereta tu kaktin dapat di stesen minyak shell area perak kalau tak salah.
kaktin bercuti seminggu, otw balik kampung.
so mmg sedang elok la boleh kumpul semua.
dan sebab kereta ni jugaklah tetiba kaktin ada kad bonuslink.

oklah. nak apply dia sangat mudah, senang n easy.
isi form dan dan dapat kad tu.
pastu terusan leh guna untuk mengompol kereta yg penuh dramatik nih. heh.

sampai kat kampung, adik ipaq kaktin pon menggila sama.
apalagi dah ada geng kan.
memula pi isi minyak kete dia dulu, pastu kete kaktin lak.
kelakar bila di pk pk balik. macamkan best sgt pon.
eh, tapi best gaklah rasa satu kepuasan bila dapat kumpul semua model.

balik mai opis, kaktin pon susunlah dekat atas meja ni.
sesaja jer susun pasai kalau kat rumah takut berselerakan nnt sayang jer.
ada jer umat yg berenti tanya itu ini.
rerupanya ramai gak yg minat nak kumpul tapi kete kuning n putih
katanya dah abis stok di sekitar lembah klang juga di kuantan.
kata one of da staff kat sini lah. if kat tempat korang ada lagi, pls let me know ;p


heart my community