Followers

May 06, 2012

Hari Kelepasan Am - Hari Wesak Sarapan di MukhaCafe, TTDI

hari wesak lepas jatuh hari sabtu. semalam.
yeap, sabtu mmg dah cuti pon.
so, tak berapa ada yg best lah.
eh, ada best nya bila en.nahar sudah memberi kelepasan
am kepada isterinya dengan membenarkan keluar bersama
2 adikberadiktiri yang lain.
anak-anak dia jaga don't worry.

maya sebagai pilot di hari kejadian.
memungut setiap seorg kami.
memula pungut payiet, kendian pungut kaktin plak.
zassss kami ke MukhaCafe, TTDI.


apa yang best pasai cafe ni?
sila baca hingga abis entry ni sayang-sayang sekalian. hiks.
oleh kerana kami sampai sekitar jam 9am. kita order sarapan la yer.


kaktin amik loooongg black coffee.
oleh sebab owner dia kawan maya, makanya boleh la ngengada sikit.
minta itu ini. kehkehkeh.
aha cafe ini wi-fied yer.
kalau nak tau passwordnya, sila singgah dan minta dari mereka-mereka yg berkenaan ;p



ini maya punya.
caramel latte.
lupa nak rasa aritu. ishk rugi rugi.



payiet minum ice chocolate pepagi alam ooiiii.
takpa jantan, belasah.
minum ais pepagi sokayyy jer kot.



this is mine. pancakes home made yang wallah.
adunan tepung buatan sendiri bukan instant.
rasa ada kelainan juga dari pancake biasa yg penah kaktin makan.



ini maya punya. sunshine rise.
roti, frankfurter n omelette.



dan ini pulak.
payiet punya food.
egg benedicts with bacon.
ada salmon juga if takmo bacon yer.

cafe kepunyaan anak watan kita.
100% malaysian.
dari manager - cashier - chef semua pon malaysian.
so, mmg lebih manislah kita sokong org kita yer dok.
sapa yg berada berdekatan TTDI boleh la jenguk-jenguk kafe ni.
di alamat :

Mukha
15, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.

sarapan - lunch - dinner (7:30am - 10.00pm)

sambil makan sambil sembang - gelak - sembang - cebik dsb.
tau tau dah dekat kul 10++.
ishk, cepatnya masa berlalu.
oh ya, en.nahar kasi pelepasan halfday saja.
hehehe so nak tak nak by 2pm kena balik yo.
jom kita ke lain plak adik-adikku :))



May 01, 2012

Separuh Akhir Kedua Piala FA - Kedah vs Kelantan

Kedah tidak dapat ke final, walaupon agg 3 - 3. Mengikut kiraan away-goal.
Apa-apa pon tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana menunjukkan mutu permainan yang cemerlang.
Kepada pasukan Kedah cuba lagi lain kali.

Hijau Kuning selamanya :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

April 26, 2012

Fitnah Yang Tidak Berasas!

antara tajuk buletin utama TV3 jap ni.
standard la. tajuk provokasi.
katapon dedekat pilihanraya ni kan.

hidup BN!
hidup BN!

April 24, 2012

Tudung Ariani Best Buy

ini cerita minggu lepas.
berduet dengan adiktiriboboy kami ke jalan tar.
memula makan lu kat sogo, pastu pegi jalan tar mau cari rehal.
alkisah, syahrir sudah tolong belikan muqaddam.
gegara si najihah nak muqaddam.
katanya nak baca di neseri.
sementelah si syahrir singgah kompleks di shah alam sana,
makanya, dia tolonglah belikan.
senaskhah hanya RM3 terus dia up 3.
thankyou syahrir :)



setel hal rehal, 3 biji kebiru-biruan.
kaktin jumpa di kedai buku minerva jalan tar.
seketul rehal berharga RM4.90.
setelah di diskaun, dapatlah seketul dengan harga RM4.50.
minta RM4 seketul, tak dapat. pasghah.

oleh kerana masih punya bnyk masa,
jenjalan lagi dengan tujuan cari tudung plak.
semua kedai masuk, takder yg kenan.
tapi bila singgah ariani, sekali try jer terus OK!
yang best buy jerlah tapi.
paling murah RM50. zasss jerlah.
so dia kasi pastik beg pink ni jer.
mementang tudung best buy kan.
biasa dok beli within that price rasanya dapat jer lagi
paper bag. ala, bukanlah nk sangat paper bag nya pon.
tapi dah kata butik ariani yg eksklusif tu...yang mahallll tu.
menten jerla kasi paper bag tak kira brp saja harganya.
ok drop it.




dan, ini dia tudung yang tak berapa nak best tu.
kehkehkeh. nak gak tayang kat sini kan.


:: me n my beloved daddy :)) ::

p/s : tetiba rasa ayat-ayat lam entry ni mcm dibuat-buat.
n tidak well-organize. korang kesah ke pon kan? hiks.


April 20, 2012

Untuk Kenangan di Hari Depan

baca blog rye pagi ni.
dia ada bikin entry henpon-henpon yg penah dia pakai.
so, idea tercetus aku pon nak bikin gaklah.
heh. sorry rye, akak ceduk idea kau.

kaktin stat pakai phone masa di semester 2, UPM tahun 1998.
beli phone ni pon kaktin berhutang dgn kak ija.
teman sekuliah. kak ija ni baik.
dah macam kakak kaktin sendiri dah.
susah senang, ngadu jer kat dia. insyaAllah dia tolong.
ai luv u kak ija :)

henpon first kaktin cap motorola.
pastilah yg jenis gedang dan gemok.
mahai la pasti harganya waktu itu,
katapon henpon nyer market sedang in.
kalau tak salah semua-semua kaktin kena pau for that fon
around 1k++. giler laaaa.
line kaktin amik DiGi prepaid.
016-285**** dah tak ingat plak nomot belakang.


:: ini bukan imagenya sebenar. tapi lebih kurang ::

next, tahun 1999 kaktin bertukar henpon lagi.
kalini kaktin amik cap siemens plak.
sbb bertukar pasai, nak yg kecik comey.
so layanssss....


:: comey kan? ::

setahun kendian, tukar lagi.
adoiyainyer pon. tetiap tahun rupanya aku tukar fon.
patutlah tak kaya-kaya.
kehkehkeh.

ini jenama ericsson.
kaktin beli cap ni pd tahun 2000.
masa ni belum merge lagi dgn sony yer.
so, belum jadi sony ericsson.
yg kaktin punya bukan T10 ni, tapi dia lagi bawah.
bentuk dan warna lebih kurang.
dah tak jumpa image sebenar, zasss jerla image ala-ala pon.
yang penting, boleh compose ringtone.
feel-feel composer la, gigih cari note kat tenet.

pastu, pada tahun 2001 barulah berpeluang guna 
henpon tajuk nokia.
my first nokia phone ialah 3310.
ingat lagi, masa kaktin guna phone ni ada org keji.
katanya phone ni baling anjing, anjing boleh mati.
heh. mak tak kesah nyah.

 :: exactly kaler ni yg kaktin nyer ::

dah lepas tu masuk model henpon beradio pulak.
gedik-gedik la time ni gitau en.nahar nak nak nak.
masa ni baru kahwin. dok travel naik komuter pi keje.
katanya, leh layan radio masa dalam komuter.
so, pada tahun 2003 bertukar henpon lagi kaktin.
masih mengekalkan jenama nokia.
tapi model lain plak iaitu 6510.

:: berduet pakai fon model ni, satu kaler gold satu kaler biru gelap ::

pertukaran fon tak berakhir di sini.
misi diteruskan lagi.
masa ni tengah peknenkan si aaliyah.
tahun 2004, kaktin tukar lagi phone.
amik model 3200.
rasanya first model nokia yg berkamera.
walaupon kamera VGA saja.
pastu skin dia yg dalam tu leh tukar2 hikhikhik.

:: kaktin punya yg kaler oren ::

hoih, bnyk lagi fon yg aku penah guna nih.
haiyoooo ok ok next.
tahun 2005, dah nak henpon ada boleh rakam video pulak.
makanya tetiba terjebak dengan henpon cap alcatel.
masa ni kaktin beli henpon ni di sentosa, loqstaq.


:: alcatel one touch colour screen + video recording ::

then, tahun 2006 kaktin bertukar balik ke jenama nokia.
masa ni dok peknenkan najihah.
dan kaktin masa ni dah memandu sendiri ke opis.
hari-hari lalu jalan bangsar dok nampak billboard besaq.
dok pomot henpon ni. tak menahan, last last ajak sepoi pi pertama.
kasi zassss. masa ni, kaktin beli 2 ketul sekaligus.
satu lagi nokia flip for en.nahar model 6131.


 :: nokia 6131, en. nahar punya ::



:: nokia 5300 expressmusic, kaktin punya ::

hoih letih aih. kehkehkeh.
takdak sapa soh pon.
ok takpa, kita teruskan.
next tahun 2008, nokia N81 8GB plak menjadi milikku.
my first wi-fied phone yer.
uuuiiihhh ciwi toksah kira la.
masa ni, kaktin di opis PJ sana.
kaktin beli di digital mall, PJ.


selain kameranya yg 2mp, music dia pon marvellous.
pastu ada built-in 8gb memori.
haruslah melethops.
walaupooonnn.

dan, pada tahun 2009 kaktin pi up plak iPhone 3g.
masa ni, org tengah q nak beli iPhone 3gs dah.
tapi kaktin takmo pasai mahai.
makanya, kita amik 3g jer.
3g pon 3g lah.
pi amik plan dengan maxis de'gardens.
berduet dengan djepoi.
gempak seh.
setahun pastu, 2010 barulah kaktin up iPhone 4.
dalam cecelah tu beberapa model blackberry.
bb pearl flip, bb bold 2 dan sekarang bb torch 1.
ok dah. sekian.





gambar bawah ni dah tak tersusun.
pepandai koranglah eh.
dah malas dah. heh.
okbai.


April 17, 2012

Syed Adney (Penjaga Gol Sabah) adik Pelakon Sharifah Sofea

Aku tgh layan bola live perak vs sabah.
Tetiba en.nahar bersuara, dia kata gk sabah syed adney tu adik pelakon.
Tapi tak tau nama. Yg dia tau pelakon glamer siri kopitiam dulu.
Aku tak puas ati terus google.
Oooo sh. Sofea. Si tembam yg ckp omputeh mcm bertih.
Lahir kat England harusla kan.

Ok tu jer nk citer. Yg lg best nya Kedah menang 2 - 0 dgn Sarawak. Yessss. Tak sabar tggu game Kedah vs Kelantan.
First leg semi-final pertama.
Keep it up Kedah :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

heart my community