Followers

January 10, 2011

Rahsia KakTin Jelita ;P

ya. tajuk tak boleh blah.
sesekali kaktin nak wat entry pepoyo weih.
kasi can la.
ini rentetan dari pic kaktin di fb ari jemaat lepas.
start dari kaktin bekpes kat kafe,
sampailah sepanjang jalan kaktin balik opis.
semorang yg kenai kaktin, semua pon tego.

kakmin : ko dah macam salesgirl jusco.
mr. RK : mcm pengawas sekolah.
ros : kak, ko mcm stewardess awan dania.
*pastu dia tukar, jadi mcm pemidato plak*
kakana : kaler baju kau tu, baju tu tak salah.

knowing me yg esep jerla mmg takder hal pun.
sesekali org tego baju kita.
itu bermakna org nampak kewujudan kita.
tapi idokla kaktin nak membangga diri ke hapa.
sapola kaktin ni pun. bukan artis malah bukan jua diva.
*huahuahua berangan sampai centu sekali*
hanyalah seorg insan biasa yg tak punya apa.

ok ok berbalik pada kisah baju yg kaktin pakai nih.
untuk pengetahuan korang, baju n skirt tu
dah berjaman pun.
skirt tu kaktin beli masa belum kawin pun.
kat top girl semua house.
kaktin pi beli ngan kakpah.

pastu baju tu plak, pemberian seseorg dari dept lama.
masa tu, katanya baju tu agak besar dgn beliau.
so, nak jadi rezeki kaktin. kaktin zasss jerla.
cap agenda from jusco. *hah no wonder laihikhik*.


:: cer korang belek tarikh kat pic belah kanan ::

tetiba rasa cam bengong plak wat entry ni.
korang maapkan jerla kaktin yg ketandusan idea mau update.
tapi nak iklan nuffnang masyuukk.
tapi takmo update, caner tuh?
korang pk la sendiri ehsengihnampakgigi.

blogger-emoticon.blogspot.com


January 09, 2011

OST Hikayat Merong Mahawangsa : Sedetik Lebih by Anuar Zain

syahdu sungguh layan lagu nih.
patutla, adik badik KRU yg bikin.
mmg terbaeekklah didendangkan oleh anak pak zain lak kan.
jadinya melathopp kebaboom!


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

EDRY ABDUL HALIM

blogger-emoticon.blogspot.com


January 06, 2011

Kalau Dah Tak Sabar, Terus Kena Tahan Polis huhuhu

ini cerita minggu lepas.
adusss kenapalah kaktin sgt memalas mau update blog nih.
yer, bz pun. cerita maaanyak ada tapi masa tak mengizinkan.
ok back to the topic.

minggu lepas, mau ke the curve.
ikut penchala link.
ada sesuatu yg kaktin nak grab.
itu yg merakus jer tu.
lepas jer tet tet smartag tol,
terus kaktin pecut.
walhal situ 80km/j jer.
jeng..jeng..jeng...lepas jer 3-4km dari tol,
sudah ada segerombolan umat beruniform sedang
gigih menahan keta termasuklah keta kaktin.
OMG! matiklaahhh apa nak jawab ngan en.nahar nih.
ok ok remain calm yer kaktin.

lepas benti, kaktin pun bukaklah tingkap.
sorang opiser yg baik hati itu telah memberitahu
kaktin speeding 118km/j di kawasan speed limit 80km/j.
dia mintak lesen.
kaktin pun apa laga. terus la merayu domba.

kaktin : encik, saya tak sengaja. baru balik dari meeting nih.
opiser : ooo nak pegi meeting, keje mana? *dia salah dengar kot*
kaktin : saya keje *tet tet tet*.
opiser : alamak, bahaya nanti kena beku.
kaktin : *apa yg nak beku nya pun* - conpius - ala cik, saya tak sengaja.
opiser : *berfikir sejenak* errmmm ok lah, takper takper. lengkali jgn buat lagi.
kaktin : Alhamdulillah. Terima Kasih encik! *lebiu !*

syukurrr kaktin terlepas.
fyi, this is my first time kena tahan wei while i'm driving.
ada gakla sekali kena 5-6 tahun sudah, tupun en.nahar yg drive.
mana tak cuak. huhuhu.

sampai jer kat the curve. kita makan dulu!



:: katanya Taiwan, tapi Malaysia Origin fikir ::



:: air bijik-bijik ni layaaanssszz ::



:: dumpling sedap ::



:: nah amik kau, semua tu set kaktin yg punyo! ::


setel makan maka pencarian dan misi pun diteruskan.
sekian.


January 04, 2011

Hari Orientasi Aaliyah Darjah 1 di SK Petaling (1)

hari khamis lepas, kaktin bercuti.
alamak, tetiba teringat entry Malaysia juara Piala Suzuki 2010 belum bikin.
ishk, mmg la kau blogger ala-ala jer kaktin.
sila esep. BAEEEKKK.

yer kaktin bercuti sempena mau membawa
aaliyah my second gal ke orientasi sekolahnya.
sekolah sama seperti sarah tahun lepas.
masih di SKPetaling (1).
sarah pun ikut jugak aritu. buat teman.
glamer jugak sarah di kalangan cikgu².
yerla, katapun dia baru nak naik darjah 2 kan.
haruslah cikgu² darjah 1 masih kenal akan beliau.



:: aaliyah nurashikin bt mohd. nahar ::

mula-mula, kami breakfast dulu.
pastu gi sekolah agama mau amik borang mendaftar.
kenapa tah, taun ni boleh lupa nak register si aaliyah.
nasib baik senang jer. amik forms pastu on first day sekolah
boleh bawak dia sekalian.


setel di sekolah agama, baru zasss ke skp (1).
knowing tahun lepas yg agak melambat,
maka kaktin pun melambat-lambat la sampai. heh.
ngelat. betul pun. sampai jer tulis-tulis nama then
duduk dengar taklimat.
bab taklimat ni yg boring sket neh.




ooo taun ni ada kurikulum baru diperkenalkan.
iaitu KSSR.
perbezaan KBSR dengan KSSR?
KBSR memfokuskan hanya 3M (membaca, menulis dan mengira).
KSSR pula fokus 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).
KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011
bermula dengan tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara.




selesai taklimat, aaliyah dan semua murid lain dikehendaki
menjalani ujian saringan nak tentukan kelas.
masa ni, kaktin n sarah gigih isi segala form.
lenguh gakla tangan memandangkan nama aaliyah memanjang.
huhuhu tula, dulu masa kasi nama anak tak pk.
skang sendiri susah. tapi takper, at least dia berpengalaman
menulis pepanjang gitu. *positip*
sarah sudah sentap pasai kaktin asik tulis nama aaliyah jer.
aiyooo kakak, nama pun adik yg nak masuk sekolah kan.
apa-apa jerlah sarah.


:: dia yang kidal ::

blogger-emoticon.blogspot.com


January 03, 2011

Susu Anmum dari Sky Net :)


di suatu malam, seraya melabuhkan paler di bantal.
henpon berdering lagu 'insyaAllah by maher zain'.
cek nombor tak kenal 014 lak tu.
ishk, moskel sungguh siapakah?

aku : helo...
caller : helo ini zami bla..bla..bla...*suara lelaki garau*
aku : ya saya, sapa nih? *cuak*
caller : ooo saya dari sky net...
aku : ya ya ada...
caller : amboii cepat jer ada...
aku : hahahaha kata nak hadiah kan...ok, dik boleh naik skang.
caller : baeeekkk....



ni ha dpt sekotak 650gm susu di atas.
ada masuk promo anmum ni ha.



sesapa yg ada minum or kasi anak minum ini susu.
korang leh collect hujung pencedok seperti di gambar bawah.
kalau yg pepel tu collect 6ketoi.
kalau yg kuning lak collect 12ketoi.
then anto ke anmum.
add and any further details sila klik SINI.


:: pencedok ::


January 01, 2011

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

“Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal,” katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. – mstar online

Takziah buat keluarga Faizal Yusof.

Semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan org² yg beriman.


heart my community