Followers

January 04, 2011

Hari Orientasi Aaliyah Darjah 1 di SK Petaling (1)

hari khamis lepas, kaktin bercuti.
alamak, tetiba teringat entry Malaysia juara Piala Suzuki 2010 belum bikin.
ishk, mmg la kau blogger ala-ala jer kaktin.
sila esep. BAEEEKKK.

yer kaktin bercuti sempena mau membawa
aaliyah my second gal ke orientasi sekolahnya.
sekolah sama seperti sarah tahun lepas.
masih di SKPetaling (1).
sarah pun ikut jugak aritu. buat teman.
glamer jugak sarah di kalangan cikgu².
yerla, katapun dia baru nak naik darjah 2 kan.
haruslah cikgu² darjah 1 masih kenal akan beliau.



:: aaliyah nurashikin bt mohd. nahar ::

mula-mula, kami breakfast dulu.
pastu gi sekolah agama mau amik borang mendaftar.
kenapa tah, taun ni boleh lupa nak register si aaliyah.
nasib baik senang jer. amik forms pastu on first day sekolah
boleh bawak dia sekalian.


setel di sekolah agama, baru zasss ke skp (1).
knowing tahun lepas yg agak melambat,
maka kaktin pun melambat-lambat la sampai. heh.
ngelat. betul pun. sampai jer tulis-tulis nama then
duduk dengar taklimat.
bab taklimat ni yg boring sket neh.




ooo taun ni ada kurikulum baru diperkenalkan.
iaitu KSSR.
perbezaan KBSR dengan KSSR?
KBSR memfokuskan hanya 3M (membaca, menulis dan mengira).
KSSR pula fokus 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).
KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011
bermula dengan tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara.




selesai taklimat, aaliyah dan semua murid lain dikehendaki
menjalani ujian saringan nak tentukan kelas.
masa ni, kaktin n sarah gigih isi segala form.
lenguh gakla tangan memandangkan nama aaliyah memanjang.
huhuhu tula, dulu masa kasi nama anak tak pk.
skang sendiri susah. tapi takper, at least dia berpengalaman
menulis pepanjang gitu. *positip*
sarah sudah sentap pasai kaktin asik tulis nama aaliyah jer.
aiyooo kakak, nama pun adik yg nak masuk sekolah kan.
apa-apa jerlah sarah.


:: dia yang kidal ::

blogger-emoticon.blogspot.com


heart my community