Followers

August 11, 2009

RALAT


based on this entry, ada 2 komen yg aku rasa terpanggil nak buat clarification. chewah. io io jer ek.

leadleedeea said...

waaaa da sampai yek? Lead pon dpt gak..nak shopping dulu then baru nak buat entry khas for zura plak..comel jek fms yg stickin on ur pc..hehe~!!

Dee said...

cantik2lah fm ko tinie..cute2..eh..apsal kat monitor aku xmoh lekat ar..asik jatuh je..

lead n dee, those FM terlekat di partition dan bukannya di monitor pc seperti yg korang maksudkan. kalau aku tak salah tanggapan la. dan dee, tinie rasa monitor pc jenis ni mmg takleh lekat FM kot. rasanya mmg dah penah try before. so, harap clearla permandangan korang dgn pic ni yer. walopon pemandangan workstation aku itu berserabut serabai. oh! keje lum setel. mau buat keje, mau buat keje.

alang-alang lom jawab komen-komen nih, aku zassskan di sini jerla yer.

leadleedeea said...

waaaa da sampai yek? Lead pon dpt gak..nak shopping dulu then baru nak buat entry khas for zura plak..comel jek fms yg stickin on ur pc..hehe~!!

naja said...

terlior plak aku.. dan2 tingat en3 hang pasai eskim baskinrobinhud tu

LoVEaQshA said...

huhu terharu plak akak dh lekatkn my aeksrim tue..Sib baik ada aikon..
Jg baik2 tkut cair plak nti!!~hehe

wah tanetk2 plak tgk FM akak yg pelbagai itew..Meh stu????

Dee said...

cantik2lah fm ko tinie..cute2..eh..apsal kat monitor aku xmoh lekat ar..asik jatuh je..


joegrimjow said...

asyik dapat je
bile nak bagi kat kite lak?

ije said...

comelnya collection magnet tu..

*tetibe ada hobi baru. agaga. =P

suhaila-ab said...

aku pun collect fm jugak...huhuhuhu...

mRs.jUkoGYu said...

siyok la kak asik dpt adiah jer..nape xde org yg sudi bg utk diriku insan yg lemah ini..;p


lead : wah lead, siap nak shopping lagi ek...bes bes
naja : wei, FM bukan makanan la..mana sama ngan eskem
loveaqsha, dee n ije : aahla, tetiba baru terpasan boleh tahan gak collection FMku ek..zura tq sekali lagi..
joegrimjow : perlu ke ku tuntut jua FM from LONDON???
suhaila-ab : haaa apa gi, terjahla blog itu...
juls : alhamdulillah, kalau kita baik ngan org insya-Allah org pun akan baik ngan kita. amin. ko balik la mesia dulu julia ooiii...

street market @the curve, mutiara damansara


:: 3 helai rompers fatihah ::
:: 4 ketul FM ::

hari sabtu, as planned aku beserta adikbadik tiri telah berjanji setia ke tempat di atas. seawal pagi anto budak-budak ke neseri. pehtu tunggu adiktirigugurl jemput aku di rumah. dia dgn adiktiriboboy bersama jemput aku di umah.

terus ke mutiara damansara. since still early in da morning kami masuk ikea dulu. jenjalan coci mata. katanya street market tu bukak kul 10am. sempat la kami pose-pose artis dlm ikea kan. sementelah adiktiriboboy merangkap personal photographer kami. heh.

dah penat tawaf ikea, lagi sorang adikbadiktiri muncul. makanya lengkaplah carta orgasma organisasi adikbadik. terus menuju ke the curve sana. sesambil bikin pose-pose gempak. *gempak la sangat*. pendek citer dptla aku hasil spt gambar di atas. sekian.


August 10, 2009

kepuasan MAXIMA!!!


:: my N81 8G, iPhone 3G n iPod touch ::

rentetan dari entry ini. heh, aku dpt lagi seketul seperti di atas. oh! suka..suka..suka. akhirnya, walopon hanyalah 3G dan bukan 3G S, tapi aku tetap puas ati. syukur...syukur.

blogger-emoticon.blogspot.com

dah boleh tido lenasengihnampakgigi.

adik SR yg takder pasaan

hari khamis lepas. ajak kakjue kuar lunch hour. standard la manager bz sesado kan. walopon dah kul 1pm, tapi dia tatap lum setel keje. keje. keje. keje. dah setel keje makanya aku, kakjue n lia pun cargas dgn tiada idea langsung mau lunch di mana.

aku kata, kita g jerla kat jayaone tu. dah sampai karang pandai la pilih which kedai nak masuk. akhirnya sepetak suara kami ke SR saja. tapi still aku takder idea apa mau makan *ngengada kan, padahal aku yg beria ajak kakjue kuar*.

dah decide mau makan, kami pun panggil la itu adik waiter. adoi dik, ko mau keje ke tak. kalau ko tak smgt mau keje, ko balik jer la tido. dah la amik order pun main ingat² jer. mesti dulu ko ada masuk kelas sudoku kan. mmg brilliant la memory kau. aku order mushroom soup + bun, lia tomyam kung, kakjue lak japanese soba. aku amik iceblended mocha caramel with cream, lia n kakjue green apple kasturi.

lepas kami order, ada la masuk satu kapel nih. diorg pun panggil adik waiter tu gak mau order lagi sekali adik tu wat endah tak endah jer. adusss mmg bikin darah aku naikla. walopon org tu takder kena mengena ngan aku kan. tapi aku ttp rasa panasssss jer. heh. emo.

dah abis kami makan, kakjue n lia terus kuar manakala aku ke kaunter mau setelkan bil. laaaa adik tu gak yg jadi cashier nyer. ko sggh multitasking dik. syabasss. tup tup kakjue masuk balik, lalu belakang aku sambil inform yg dia tertinggal kunci keta. surprisingly, adik itu dgr lalu tetiba dia begitu bersemangat sekali. aik, dgr plak ko kan. yg tadi org panggil ko bebetul ko sekadar di angin lalu jer. ni takder kena mengena ngan ko, ko plak siap kasi nasihat kat kami soh hati-hati la ngan belongings segala. katanya, bahaya ooo tinggal² kan barang nih. katanya dulu ada customer tinggalkan henpon canggih gakla pehtu aku dah malas nak layan dia.

sukati ko la dik, janji pasni aku harap ko belajar² la customer servis sikit. walopon rakyat mesia ni tak kesah sgt dgn customer servis kan, tapi demi masa depan ko gak dik ooooiiii. *tetiba*



:: tiga org ahli majlis ::



:: foodies ::



:: green apple kasturi ::



:: adik waiter itu cum cashier jugak ::



:: sempat tapau kek coklat kacang walnut ::


August 09, 2009

pertandingan mewarna anjuran antidadah kebangsaan

dah lama aku baca notification pasal benda di atas nih. tapi tak ingat nak registerkan ketiga-tiga princess aku. sampaila ari kejadian, yakni arini. dari ting.4 aku dah tak senang duduk. pengerusi dok keep on announce soh budak-budak tulis nama di kertas memasing. tak kesudah, aku pun turun jugak.

aku jumpa dgn committee. last minit registration. nasib baik boleh lagi sarah aaliyah jer join. najihah lepas bebas main buai. jenuh la paksa diorg soh kaler elok-elok. gamaknya dah boleh rasa bosan kot. kat umah mengaler, kat sekolah mengaler sampai la kena kaler kat tetengah court ni ha. tapi diorg zasss jerla.

waktu ni, en.nahar bawak fatihah naik beskal keliling bilding pehtu bawak dia naik dan tidokan beliau. tinggal la aku n 3org anak-anak kat bawah. jom layan pics.



:: kemain lagi posing time mewarna ::



:: sebahagian dari kanak-kanak yg ambil bahagian ::



:: dif dif kehormat. YB bahagian PJS pun ada ::
:: ketua balai polis PJ pun ada ::



:: semua pun dapat hadiah ::
:: sarah adiah saguhati ::



:: aaliyah pun saguhati ::
:: dpt la sorang sekotak kaler n buku mewarna ::

bekpes n lunch provided. tapi aku kemalasan mau tunggu lunch pasal si najihah sudah nangis² mau itu adiah. since dia tak join, mana nak dpt adiah nyer pun. sekitar jam 11.30am naik ke rumah. pakat layan tido.


August 08, 2009

sedas TIDO...aku pun aman la kejap....

nampak sgt, suar tiga-tiga sama.
'live telecast'.
layansszzz....

blogger-emoticon.blogspot.com

heart my community