Followers

May 17, 2010

mother's day gift vs gift…gift…gift….

dgn tak menyangka nyangka buah cempedak menjadi buah nangka. tgh aku dok membizi body membuat keje kat tpt aku, almaklumlah PA bos on EL makanya surat-menyurat mmg xtra sikit la aku perlu setelkan. tetiba jengoi sorang umat ni kat sebelah. opocot mak engkau mak aku ada kat kampung gitu aku melatah. hehehe rupanya kakdina yg jengoi. seraya mengeluarkan sesuatu dari beg doraemon beliau sambil mengucapkan ‘happy mother’s day’  taraaaaa….. alamak ai, terharu aku tau kakdina sob..sob…

P5130098_640x480 :: set jagaan muka dari nutrimetics ::

kata beliau ni ‘tokey’ segala direct selling. amway lah, avon lah, cosway lah dan tak ketinggalan tokey nutrimetics gak. so, apa lagi katanya dah ada kasi zassss jer kat kkwn yg dia sayang *hugs* :)

ok setel hadiah hari ibu, dpt plak ole-ole dari pelbagai pelosok tempat. jom skodeng pic ni….

P5110093_640x480 :: ole-ole ::

memula nak citer pasal scarf tu. my boss ms KG bought it from turkey. dia bercuti first week of may aritu whole week gi jenjalan. so, kira ok laaaa ingat jugak dia kat assistant dia yg kedaung nih kan. tq tqvm boss!

P5120094_640x480 :: sori lori stoberi ::

FM ni plak, adiktiriboboy yg belikan. gi bercuti ke CH. motip dia belikan aku lori? katanya aku sebesar lori. uhuksss…tapi aku amik pendekatan positip. itu lori stoberi. kiranya aku pemilik lori stoberi itu laaa…besnyaa kalau dpt makan stoberi fresh hari-harikan. kehkehkeh…..

P5120096_640x480 :: pen n letter opener from sarawak ::

akhir sekali, 2 mendalah ni dtgnya dari negeri yg sama tapi dari pemberi yg berbeza. yg seperti lembing tajam tu *letter opener kot* pemberian one of da officer kat sini. p jalan-jalan bikin exhibition, sekalian belilah ole-ole kat opismate yg tak gi memana ni kan, rozaiman nama beliau. tq man. dan, yg lagi satu tu pen pemberian adiktiriboboybongsu yg sudah pegi jenjalan sampai ke sarawak nuuuun. ishk ishk ishk besnya ko dikyan. asiklaaa jenjalan jer keje ko kan. tq tqvm!!! haaaa dah itu jer. alamak, cemana nak ending nih….layannnsszzzz jerla. zassssss……

May 13, 2010

Renungan Pagi :)

MADAH DARI BERDIAM :

Banyak diam tak semestinya bodoh,
Banyak cakap tak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran,
orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
yang salah adalah memikirkan kesalahan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri.

manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, rasullulah s.a.w bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

*kredit to kakdina for the circulation email*


May 12, 2010

ada budak kena tinggai...kesian dia :)

at the very beginning lagi, aku mmg plan takmau bawak fatihah pegi desawaterpark tu. bukan apa, dia ni kurang antibodi sikit. cepat dpt demam+selsema+batuk. kebetulan, hari sabtu yg kakros dijadualkan dtg amik dia, dia mmg demam+selsema+batuk. memula tu,cam agak kesian laaa nak lepaskan dia pi, tapi mengenangkan kepercayaan aku terhadap achudida dlm menjaga fatihah aku lepaskan jua dgn kepasrahan....sedih



:: pic pertama yg ditag di FB ::

pada malam hari tu, mulala dpt gambar-gambar yg menggoncang naluri keibuan. hahahaha tak boleh blah. ala klang jer pun, ulang alik 3-4 kali sehari pun ok kot. actually bukan dapat, tp gambar2 yg di tag nama aku di FB. sapo laie, kalau bukan achudida punya keje. tgk kejap-kejap jerla kot. karang ada yg meraung malam-malam kang. kihkihkih....seb baik en.nahar ok. gamak dia pun pk esoknya pegi desawaterpark leh fokus kat kakak-kakak tu.



:: pic kedua ditag di FB ::


ahaaa kakros ada kasi dia ubat demam+batuk. so, hingus n batuk dia ada kurang. pehtu lekat kool-fever tu ada gakla membantu dlm mengurangkan demam yg melanda. lagipun, dok umah kakros dia dilayan secara istimewala sbb takder sapa yg ada nak digaduhkan. kalau kat umah ni, harusla gaduh ngan najihah sesado. tapi, gaduh adik-badik org kata mengeratkan lagi tak gitulove ??




:: pic ketiga just before aku dtg amik dia balik ::

petang ahad tu gak, pas balik dari mandi-manda. kami balik umah dulu mandi lagi dan kendian rebah ke katil. en.nahar kena sambung keje sebab officer yg supposed bertugas aritu emergency. bini bersalin daaa. nak taknak en.nahar kena berada di kantor jugak-jugak time tu. kami anak-banak kasi tido dulu. katanya, kalau dia tak sempat balik dia soh aku jer drive bawak 3-3 org tu ke klang, pikap fatihah.

masa aku otw ke klang, dah sampai summit pun en.nahar call katanya dia udah balik dan mintak aku patah balik amik beliau kat umah. aiyooo dah la nak tempuh jem kat summit tu berjinggut. tapi, alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan Allah. dlm 15min gak patah balik, selamat pikap en.nahar dan continue our journey ke klang dgn matlamat mau pikap fatihah. sesampai di klang, makan-makan lebih kurang zassss pakej sefamily pulang balik ke PJ. sekian. hmmmm mcm tak bes jer entry ni. apo apo jerla.....


2010 - SSSB Family Day : Jom...let's hv some fun...

:: hasil tangkapan sarah ::

kami dpt 'port' agak menarikla. bebetul depan kolam short wave. yg tak bestnya, all the facilities hanya akan dibuka dan digunakan tepat pukul 1oam. time ni baru kul 915am. so, korang bayangkanlah budak-budak yg dah siap berpakaian mandi, kolam terbentang di depan mata tapi asal sentuh jer kaki kat air 'preeett...preeeett' itu lifeguard tiup wisel. pehtu nanti akan kedengaran ini pengumuman. 'selamat pagi kepada semua pengunjung desa waterpark. semua kemudahan kami akan dibuka pada pukul 10 pagi tepat-tepat. sila jangan gunakan kemudahan itu selagi arahan diberikan. sekian terima kasih'. ada 2 kesalahan tatabahasa dan ayat yg aku dpt detect. 3 kali pengumuman tu dibuat sebelum pukul 10am. takkanlaaa sepanjang tempoh tu, tak ada yg betulkan ayat-ayat tersebut. heh....apa-apa pun layansszzz.....


:: susah sggh nak soh diorg pose elok2 ::

gigih aku soh en.nahar pi tggu cabutan bertuah kat ampitheatre sana. manala tau, kot kot nama dia ada naik. tapi, tak lama pastu dia dtg. katanya dah malas nak tggu. apa lagi, pegi sewa pelampung kuning, zasssss terjun tiruk la uolls.


:: en.nahar melayan anakonda2 beliau ::


:: tarik jgn tak tarik ::


:: ini plak turn aku layan diorg ::

udah dpt ini pelampung kuning ni, tak sahla kalau tak naik tunnel/tube yg berkembar tu. en.nahar tak tahan godaan nak naik mendalah tu. gigih kami 'port'kan budak-budak di kolam berdekatan ngan tube tu supaya senang, lepas jer kami turun leh amik diorg terus. alhamdulillah, tak ramai org nak naik sekejapan kami dpt slide. weeeeEEEeeee.....bes bes....


:: wave...wave...weeeeEEEeeee ::


:: terdampar seperti penyu, heh ::

sekitar jam 11am gitu, hujan turun. agak melebat la. tapi, memandangkan budak-budak ni tak makan saman, lagian dah mmg basah pun. apalagi, teruskanlah bermain air tanpa rasa bersalah.


May 11, 2010

pemeriksaan lanjutan IUCD di primanora, ttdi

sebagaimana yg sekalian kkwn terdekat tau, pejam celik pejam celik fatihah sudah 1tahun 9bulan makanya, setahun lebih jugakla itu IUCD bertapak di dalam tubuh badanku. heheheh tak boleh blah.

last week, terpaksa amik half day leave semata-mata nak cek itu iucd. ok kah, sihat kah dia dalam tu..hehehe propa. supposedly, aku nyer time appointment 2.30pm tapi memandangkan aku sudah kuar berpoya2 sama itu feremfuan, makanya aku sampai di klinik tersebut sekitar jam 3pm dan aku tidak menjadi org pertama lagi. sob..sob…

sampai jer turn aku, datuk dr. nora pun memulakanlah sesi soal jawab. last period bila bla..bla..bla…pehtu as usual kenala baring mau cek masih wujudkah itu mendalah. heh.

iud position :: bukan aku punya ::

syukurrr kedudukan dan rupaparas iud itu masih seperti dulu dan berkedudukan seperti asal. alhamdulillah, tiada komplikasi lain. risau gak, doc kata kalau tak nmpk kena la tgk ‘ikut bawah’ uuurrggghhh tak suka. memandangkan scan perut jer dah leh nmpk syukur ssgt laaaa.

setel acara scan menyecan perut, aku pun dok ngadap balik dr. nora. dia tanya ada tak apa-apa masalah sepanjang menjadi pemakai iud nih. yg aku tau, aku ckp ngan dia pas pakai mendalah ni period heavy giler. nyesal lak aih ckp, tak pepasal aku kena amik darah nak tgk bacaan haemoglobin plak. dia takut aku aneamic.

jap1 jap2

result darah dan dan kuar. yesss aku masih anaemic. atau dlm bahser pasarnya kekurangan darah merah. mencikkkkk. dan tak pepasal jugakla aku kena makan ini ubat tetiap hari bagi menaikkan kembali bacaan darah merah aku. *sigh*

ubat

walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana aku masih sihat dalam menguruskan anak-anak aku yg lasak dan meramai itu. alhamdulillah. amin.

kisah iud 1 dan kisah iud 2

p/s : lebih baik kita merancang, dari tetiba ada pastu digugurkan. nauzubillah. harap-harap tak adalah yg membuat begini dgn alasan BELUM BERSEDIA? hmmmm...


2010 - SSSB Family Day : Pendaftaran la Pulok...


tepat jam 8.45am gitu, sampaila kami di tempat kejadian. parking masih bnyk yg kosong. aku bawak satu jer beg tarik ala-ala beg student AF yg tersingkir tu. tu pun, beg baju tu ehsan Citibank pasal aku agreed amik kedit kad dia. mmg convenient sesangat. ko just tarik jer beg tu tanpa rasa bersalah. memula ingat, aku jer gitu seb baik aku nmpk ada gak a few parents yg bijak mcm kancil seperti diriku. muahahahahaha.....



pusing p pusing mai, rupanya kaunter pendaftaran nk amik pelekat tgn tu berada di dalam belakang kaunter tiket. jengoi jer kami kat sini, umat manusia meramai, terus en.nahar terjah one of da q yg tak brp panjang. anak-anak toksah kira la, sudah naik bosan memasing. jenuhla aku dok menyabarkan diorg. nama pun budak-budak kan, mana reti dok dendiam.


heart my community