Followers

June 28, 2010

entry plagiat : mari memakan subway di tengahari

aku ke subway jalan raja laut buat kali ketiga.
yang sebenarnya aku takderla rasa haibat pun sandwich subway ni.
tapi memandangkan adiktirigegurl sebuk nau nak rasa ini subway,
kasi zasss jerla.



sebagai kakakpalingtua, aku volunteer jaga meja.
kata org meramaikan time lunch hour, makanya aku senanglenang jerla.
korang, sila order skang. kaktin nak perisa meatball marinara.
nah amik duit ni, pegi q.




ok, mohla kita plagiat entry ini budak. nama timangan beliau sopi.
sila jangan saman akak tau. akak ni dahla gaji ciput, anak lak ramai.

pertama-tamanya ko kena pilih ko nak sub apa.
ada 4 yo. classics, basic, hot subs & local favourites.
(lupa nak snap gambar hu hu)

pastu pilih ko nak roti apa.
6 inch (6 inci?? sila jangan birukan pemikiran anda) atau footlong.
dan roti ada 5 jenis kesemuanya.
italian, wheat, honey oat, parmesan oregano dan hearty italiano.
tak silap aku payiet pilih honey oat kot.

pastuh choose your toppings.
aku tak ingat la yiet pilih apa. tapi kalau ko tanya aku, semua pun aku bedalll..

pastu choose your sauces pulak.
mandat diberi pada payiet untuk letak sauces apa.
sekali lagi kalau ko tanya aku, aku suh letak semua yang adoo..
muehehhehe…

haaa pastu sandwich telah pun siap sedia untuk dimakan!

jangan lupa order air jugak. kang tercekik ko jugak yang susah.
setiap refill di caj RM1. so jangan gila-gila nak refill membabi buta.

kalau ko kebulur sangat, boleh up dengan cookies yang ada di sini.
biskut kelapa tu cam menggiurkan laa..

kaktin makan nie. meatball marinara.
tapi aku tak berani nak ngecek sebab nampak dia cam kelaparan je.
kang diharuknya aku plak.
dengan sapa aku nak kawan. aku dah la tak ramai kawan. sian.

aku dengan yiet amik yang footlong. roast beef.
pastu of coz la kerat 2.
setapppp… sukerrr…
dan paling best sebab kenyang lagi berkhasiat…

pasni aku nak try yang lain lah pulak.
semua pun kelihatan menarik tertarik.
steak & cheese, subway club, turkey breast. ishh banyak lagi lah..

haaa ni ada kisah benar.
ada sorang orang ni kan.. nama dia Jared Fogel.
dia berdiet dengan memakan subway sandwiches jer.
tapi of coz la kena ada senaman sikit.
tapi senaman dia cuma rutin berjalan setiap hari.
dia takleh senaman yang hebat-hebat sebab berat badan dia 193 kg u…

Jared cipta sendiri dia punya subway diet istimewa dan dari 193 kg tu, berat badan dia turun sebanyak berkilogram metrico.
dan sekarang berat badan dia 86kg je!
hebat tak hebat tak..

so pada sesiapa yang sedang berdiet, boleh la masukkan subway sandwich di dalam diet anda… :-p

1 comment:

iEtaFAkyR@ said...

kak tin! italian BMT satu... or subway club pun i layan gak. sodaaaaaaaaappp seh. tapau ek. :P TQ

heart my community