Followers

June 30, 2010

sekejap menegang, sekejap melembek...


kekekek motip tajuk gitu?
dah tak tau nak bikin tajuk apa dah.
ni ha, kesah bunga ni ha.
cute kan bunga² berkenaan.
ia bukan sekadar bunga.




ia boleh jadi lembek.
dan boleh tegang semula.
magic tak magic tak.
kaktin punyer yg kaler merah, yg pink ponk tu sopi punyer.


taraaa...tegang kembali.
tq to payiet for this lovely gift!!!

blogger-emoticon.blogspot.com


June 29, 2010

29hb June 2010 - On Leave

yezzaaaa. m on leave rite now!
sangat gembira.
blogger-emoticon.blogspot.com

tapi bukan cuti sesaja.
karang kul 230pm nak kena p amik report kad sekolah agama sarah.

nak jadi citer, last week friday.
aku n maya@sopi otw mau ke the mall lunch hour.
sekalian, henpon aku bunyik.
suara kak manja, pemilik neseri.

dia tanya, mana sarah?
hah apa? sarah tak balik lagi?
yg sepatutnya, aritu ibubapa amik report card sekolah kebangsaan.
budak bertuah tu tak ckp dgn aku.
makanya, takderla pegi ngamik dia sekalian pulang.
adoiiiyaaii, apalaga pusing keta 180 darjah la.

think...think...think...ahah!
nombor henpon cikgu kelas dia ada dgn aku.
zassss kasi call. fuh, lega sarah dgn beliau skang.
dan sepantas kelajuan cahaya gakla aku menuju ke sekolah.

selepas anto sarah balik ke neseri.
me n sopi pun terus la menuju ke restoran berdekatan nak lunch.
aku amik nasi campow, sopi lak amik mee goreng pedas berapi.
hah kauuuu dah makan tu, mmg berapi² la si sopi.
kami up 2 gelas air pelangi 3 rasa malathoppp kebabooomm!!!



:: nyum...nyum ::

setel makan minom, jom terjah beli baju plak.
sopi beli skirt labuh 2 ketul. aku lak up selai blouse.
yg pasti harga kesemuanya bernilai RM12 each.
hah, amacam teruja tak dgn harga tersebut. heeeeeesengihnampakgigi

blog kaktin dipatenkan...wah!



sengihnampakgigi ngeeee masih lam mood gumbira.
blog kaktin sudah selamat di'paten'kan.
terima kasih kepada emilayusof dgn dollies dia yg comel² itu.

kalau korang pasan kaktin skang kan sudah jarang update.
itu sebab kaktin amik pendekatan barukan blog kaktin nih.
dgn harapan, kaktin dpt update seselalu seperti dulu.
insya-Allah *some more nak menabung balik* heh.

seriously sgt teruja dgn dolly-dolly kak emi nih.
semua pun rata-rata kawan terdekat kata sama dgn objek sebenar.
in my opinion, dolly fatihah n sarah paling terkesan sekali.
kan...kan...kan....tapi, en.nahar pun not bad. kekekeke.

pasal komen plak, kaktin harap korang rajin² register yer.
kaktin la gedik, nak pakai thread comments.
sudahnyer, kena la start all over again.
so pls ibuk-ibuk, bapak-bapak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak...
jgnla malu dan segan nak register kat disqus tu yer.
so that, korang leh la mengomen seperti biasa blog kaktin
yg tak seberapanya ini.
salam peluk ciumcium

June 28, 2010

entry plagiat : mari memakan subway di tengahari

aku ke subway jalan raja laut buat kali ketiga.
yang sebenarnya aku takderla rasa haibat pun sandwich subway ni.
tapi memandangkan adiktirigegurl sebuk nau nak rasa ini subway,
kasi zasss jerla.



sebagai kakakpalingtua, aku volunteer jaga meja.
kata org meramaikan time lunch hour, makanya aku senanglenang jerla.
korang, sila order skang. kaktin nak perisa meatball marinara.
nah amik duit ni, pegi q.




ok, mohla kita plagiat entry ini budak. nama timangan beliau sopi.
sila jangan saman akak tau. akak ni dahla gaji ciput, anak lak ramai.

pertama-tamanya ko kena pilih ko nak sub apa.
ada 4 yo. classics, basic, hot subs & local favourites.
(lupa nak snap gambar hu hu)

pastu pilih ko nak roti apa.
6 inch (6 inci?? sila jangan birukan pemikiran anda) atau footlong.
dan roti ada 5 jenis kesemuanya.
italian, wheat, honey oat, parmesan oregano dan hearty italiano.
tak silap aku payiet pilih honey oat kot.

pastuh choose your toppings.
aku tak ingat la yiet pilih apa. tapi kalau ko tanya aku, semua pun aku bedalll..

pastu choose your sauces pulak.
mandat diberi pada payiet untuk letak sauces apa.
sekali lagi kalau ko tanya aku, aku suh letak semua yang adoo..
muehehhehe…

haaa pastu sandwich telah pun siap sedia untuk dimakan!

jangan lupa order air jugak. kang tercekik ko jugak yang susah.
setiap refill di caj RM1. so jangan gila-gila nak refill membabi buta.

kalau ko kebulur sangat, boleh up dengan cookies yang ada di sini.
biskut kelapa tu cam menggiurkan laa..

kaktin makan nie. meatball marinara.
tapi aku tak berani nak ngecek sebab nampak dia cam kelaparan je.
kang diharuknya aku plak.
dengan sapa aku nak kawan. aku dah la tak ramai kawan. sian.

aku dengan yiet amik yang footlong. roast beef.
pastu of coz la kerat 2.
setapppp… sukerrr…
dan paling best sebab kenyang lagi berkhasiat…

pasni aku nak try yang lain lah pulak.
semua pun kelihatan menarik tertarik.
steak & cheese, subway club, turkey breast. ishh banyak lagi lah..

haaa ni ada kisah benar.
ada sorang orang ni kan.. nama dia Jared Fogel.
dia berdiet dengan memakan subway sandwiches jer.
tapi of coz la kena ada senaman sikit.
tapi senaman dia cuma rutin berjalan setiap hari.
dia takleh senaman yang hebat-hebat sebab berat badan dia 193 kg u…

Jared cipta sendiri dia punya subway diet istimewa dan dari 193 kg tu, berat badan dia turun sebanyak berkilogram metrico.
dan sekarang berat badan dia 86kg je!
hebat tak hebat tak..

so pada sesiapa yang sedang berdiet, boleh la masukkan subway sandwich di dalam diet anda… :-p

HOFFENBERG : sejenis BEER?



smlm tinggal aku, en.nahar, aaliyah n najihah jer.
sarah dan fatihah sudah dikidnep ke sg.besi sorang dan ke klang sorang.
makanya, sesudah berdua beradik itu tido kami suami-isteri pun minom-minom laaaa.

bukan sbrg air yg kami minom.
muahahahah. tapi percayalah air ini tidak memabukkan.
saja jer tak masuk cawan. sesekali nak rasa togokkan dari botol terus. heh.

pas minom layan bola korea vs uruguay.
berkesudahan uruguay menang 2-1.
walaupun pada hakikatnya korea berhempas pulas sehingga saat terakhir.
ish ish ish dah kata org asia tu ketot-ketot kan,
pastilah selangkah player uruguay berlari, 2 langkah player korea mengejar.
tapi sokayyy la kot, at least bolos gakla korea ke world cup.
tggu malaysia tak tau bila abad nak masuk kan.

ok berbalik pada citer air botol cap seperti di atas.
sebenarnya, air tu dibeli di pameran MIHAS yg baru jer habis smlm.
kalau tak halal jugak tk tau la kan.
ekceli ada 12 perisa. aku baru rasa 3 perisa yg dibeli nih.
antara 3, rasa peach paling mengujakan.
ada kelainan gakla rasa pada air ni.


tapikan, kenapa la nak bikin non-alcoholic beer segala,
why not just bikin jus buah sekian-sekian jer.
ini dgn botol, dgn font, dgn nama semua nak dekat2 dgn air 'tu'.
tapi, aku beli jugak. bukan apa, tgk ada kolig yg jaga booth di MIHAS beli,
rasa teringin lak nak rasa. nak pomot soh korang cari MIHAS pun dah abis.
tak taula plak pas pasni MIHAS nak bikin exhibition kat ner plak.
yg lepas dia buat di MATRADE, KL.

yg lagi bes, smlm google la nama air ni.
sekali kuar kat eBay, penutup botol ni jer pun diorg jual
dgn harga USD1.99. hmmm aku nak jual gakla tudung botol ni.
sapa nakjelir???


:: tudung botol n tin kosong pun ada jual kat e-bay ::

blogger-emoticon.blogspot.com


June 21, 2010

Jemputan Makan Tengahari di rumah en.Ghaz

kita skip lu makan-makan di opis n lanai.
streeett ke makan-makan jemputan dari en.ghaz.
kejadian berlaku pada jumaat lepas.
bertempat di shamelin perkosa perkasa.

tepat jam 1230 aku pun gegarla semua jemputan soh get ready.
poor kakshima tak dpt attend, sbb ada urgent thing perlu dibereskan.
memandangkan en.ramz sudah bersiap sedia merangkap driver di hari kejadian,
makanya aku takmola kasi org tu tggu lelama lagi.
lagian nak kejar masa memasing nak gi solat lak.

tuan rumah sudah cargass dulu balik. merempit.
masa otw, kami satu kereta sudah gempar dgn satu kemalangan.
ngeri ooooo. adusss terbayang2 lagi mangsa yg bergumpal dgn motornya.
uuuurrgghhh gamaknya dia dilanggar oleh sejenis kenderaan KATO.
yg kaler oren2 tu. mcm kren2 tu. uuuiiii darah fresh berpercikan atas jalan tar.
yg aku nmpk kaki jer. paler n badan tak tau campak mana. huhuhuhu.


:: senyuman tuan rumah menyambut kedatangan tetamu ::

ok back to the main topic.
kami safely arrived di rumah en.ghaz sekitar jam 1pm.
terus terjah masuk umah beliau.
weeeeee mcm2 ado.
korang tgkla pic tu eh.


:: kari kepala ikan, ikan sumbat, sayur goreng kangkung, acara timun nenas, ulam n sambal belacan, jeruk penang ::



sekitar jam 1.30pm en.ghaz n en.ramz pun siap2 la mau ke masjid.
tinggalla kami2 ni bersama ibu en.ghaz.
hehehehe storytelling time!
mcm2 ibu en.ghaz citer. katanya dia penah gi teman en.ghaz ke UK sana
selama 6bulan. uuuiiii besss tu. untungnya dia ada anak kayak en.ghaz.
bukan takat UK merata hala laaa dia dah jalan.

pehtu plak aku sangat mengagum2 ngan rumah en.ghaz ni.
tuan rumah bujang, tapi rumah canteeekkk.
yerla, en.ghaz kan encik. pastilah boleh bikin gitu.
*motip encik?*


:: linda, dila, kaktin, en.ramz n kakhana ::
:: gembira dpt porakperandakan umah en.ghaz ::

dila yg membikin rumah seperti rumahnyer sendiri.
memintak izin mau membikin air oren lagi satu jag.
ibu en.ghaz kata, layannsss....hehehehe.

sepemulangan mereka dari bersolat, cargasss la plak kitorg nak pulang ke opis.
sepanjang perjalanan asiklaaaa bersorak ria jer lam keta.
walhal jem sepanjang jalan. sudahnyer almost 3pm baru sampai.
nak wat caner, jemmmmm......


cer teka, yg mana satu tuan rumah merangkap en.ghaz???

blogger-emoticon.blogspot.com


Program Mesra Alam 1Malaysia dan Pelancaran Kitar Semula Minyak Masak Terpakai


fuhyooo tajuk panjang berjela.
dah mmg tajuk dia gitu, so berpasrah la yer membacanya.

ini adalah salah satu agenda yg terjadi pada 13hb jun lepas.
aku udah sedari awal registerkan budak2 tu for colouring contest.
makanya pada hari kejadian, seawal pukul 815 sudah tertonggol di playground sana.




penantian kami tidak sesia kerana kami disajikan dgn sarapan.
memandangkan en.nahar bekerja pada hari tersebut, makanya kami 5beranak sajalah.




sekitar jam 9am barulah acara seperti mau bermula.
ada booth pameran juga dari syarikat LUAS (lembaga urus air selangor).

colouring contest dibahagikan kepada 4kategori.
sarah n aaliyah jatuh dlm kategori 5-7 tahun.
najihah lak lam kategori 4tahun.



:: taklimat sebelum contest bermula ::



setel colouring contest, ada ucapan dan juga taklimat mengenai kitar semula minyak masak.
haaaa korang selalu buat apa ngan minyak masak terpakai korang?
aku berani kerat jari la ada yg tuang jer lam sink, ada plak jenis yg masuk lam plastik
pehtu buang jer lam tong sampah *sambil pejam mata* pehtu lantakkan ko sana.
dedua method ni aku buat gak weih. hahahaha.....

sebenarnya no no no. bukan begitu cara yg betul untuk membuang sisa minyak masak.
kalau korang tuang jer lam sink korang lelama sink tu akan tersumbat.
dan ramailah umat2 kenit (baca : tikus, lipas) bergerak akan berkampung dlm umah korang.
pehtu plak, kalau dibuang begitu sahaja dgn sampah sarap yg lain,
makanya bumi kita la plak lama-lama tenggelam dek sisa minyak masak.



:: antara umat yg sker berkampung bila umah anda dipenuhi sisa minyak masak ::
:: tapi idokla si belangkas 2 ekor tu, heh ::

ok, untuk event aritu ada satu company dibawah seliaan LUAS sudah dtg bersama lori diorg.
LUAS sudah kasi tunjuk ajar gimana mau kitar semula sisa minyak masak ini.
diorg kasi satu tong biru tu, dan kepada sesiapa yg mau melupuskan sisa minyak masak
sila jgn segan silu tuang jer masuk lam tu.
bila dah penuh sok, tau la lori CGV berkenaan dtg kutip.
ajk rukun tetangga pun memainkan peranan yg penting dlm menjayakan program ini.
syabas buat ajk rukun tetangga damai senja kerana menjayakan acara2 sebegini.
sisa minyak masak tu boleh di recycle menjadi cth : sabun, lilin.



:: kuiz dan taklimat ::

lebih memeranjatkan, chewaahh terperanjat la sgt.
ada reporter tv3 juga dtg memeriahkan majlis.
korang kenal pang chin fei? alaaa one of tv3 newscaster gak tu.
kalau kenal bagus. kalau tak kenal tgk jerla pic kaktin ngan beliau.

senarnya, masa dia ngah pusing-pusing tgk kawasan aku la p approach dia.
seb baik dia sangat peramah dan senyum sokmo.
mmg layanan baeekk punyer. syabas jugak buat chin fei!


:: pang chin fei ::

diakhiri dgn acara penyampaian hadiah.
harusla budak2 tu tak dpt placing.
tapi bagus, diorg semua dpt hadiah.
kaktin pun dpt hadiah. sebotol minyak masak cap seri murni.
sungguh suci sungguh murni. kekekeke....
bes bes pasni leh masak dgn haibat lagi.
yer la sangat kaktin oooiiii....

Buletin Utama / 14 Jun 10


:: kami semua pun dpt hadiah - except for fatihah ::

kalau korang nak tau,
kaktin ada baaaannyyaakk entry makan2.
kaktin naaakkk sgt bikin.
tapikan, kaktin sgt bz caner???
buat adikku sone, betul sone kaktin sgt membizi.
huhuhuhu....


June 18, 2010

13 Jun 2010 : 32 tahun sudah...:)

dimulakan dengan bismillah.
disudahi dengan alhamdulillah.
adoiyaaii, berjaman nak update blog.
dan sementelah itu jugaklah, kisah besday aku sepi.

tapi aku takkan melupakan ucapan2 dari sahabat-handai, saudara, adikberadik, ibubapa (teringat sms ayah berbunyi begini 'happy birthday semoga murah rezeki tumpang sikit') hahahaha kiutkan. insya-Allah ada rezeki lebih kita share-share ayah. jangan risau.

kan aku ada bikin entry petikan ucapan di FB on the day itself. mmg aku tak jangka akan ada dan ada dan ada lagi selepas itu. baaaaannnyyakkk. GOSH! mmg tak tercopy paste la nak wat special entry kat sini. makanya aku just reply jer kat FB sana.

kawan-kawan. percayalah aku sangat terharu atas ucapan2 itu semua n i really appreciate it. terima kasih.

selepas cerita ucapan. moh la kita cerita tentang hadiah yg aku dpt lak. FYI, acara potong-memotong kek kan dah dijalankan a week before bersama 2 anakondaku yg jua besday mereka jatuh pada bulan yg sama. so, rasanya takder dah la kot. tapi, tengoklah kalau ada masa n rezeki lebih beli jerla kek takder sempena boleh jer kasi potong kannnn.

perasaan terharu aku jugak disebabkan bos aku KG sampai call henpon pada hari kejadian. 2 kali missed calls. masa tu aku tgh bz dgn budak-budak masuk colouring contest. bila aku sedar jer, terus aku sms beliau. dan dan dia call balik n wish. sob...sob...terharu laaaa....n the best part dia kata, dia ada beli samting on friday n wanted to give it to me earlier. tapi disebabkan tuntutan keje n kebizian sedar2 aku dah pulang katanya. so, ari senin pepagi dia soh aku amik jer atas meja dia.


:: perfume n bangle ::

then, adiktirigugurl plak pomis nak banjer ayam penyet kat lanai. masa makan tu, kami up seketul kek ceklat sedap melampau share2 bersama adikberadik. sooooo sweeeett!


:: ayam penyet n kek kasih sayang :) ::


dan, smlm aku dikejutkan *seprais* dgn emel notification dari unitmel mengatakan ada satu parcel poslaju buat diriku. owh, sapa pulak kali ni eh. hihihihi body mist Victoria's Secret from FIFIE!!! perisa mango nyum nyum...katanya sesuai disembur selepas mandi di petang membawa ke malam hari. auuuummm....hahaha beb tq very nice beb. i loiikkeee....


:: VS secret garden ::

dan, akhir sekali seketul jam pemberian en.nahar. tq bang...jam itu sangat santek lebiu!


:: jam lama yg diberi nafas baru...heh ::

peh, makan taun nak siapkan entry besday.
tinggal lagi entry colouring contest...
entry makan makan makan dsb.
wowowow bnyk lagi ni.
insya-Allah sampai seru kaktin bikin eh.
da daaaaa....


June 15, 2010

sendiri mau tido, sendiri dodoi...



agak kelakar fatihah.
nak kasi dia tido, ujung² sendiri dodoi diri sendiri.
sebilanya nak tido.
jenuh gakla aku tggu dia lelap. haihhhh....

blogger-emoticon.blogspot.com

June 13, 2010

Balasan Ucapan Hari Lahir di segala Channel...hahahaha ngalahkan artis

Di mulakan dgn facebook.
Turutan ucapan dari terbaru hingga yg pertama yer.

:: thank you ida! ::



ghaz : apakah maksudmu itu, dikau mau membelanjain ayam penyetkah???
jaz : thank you jazz. insya-Allah amin.
shima : tq shima.
pone/epoi : tq tq. amin amin. mudah2an.
mama eta : tqvm mama!



anis : tq tq tqvm. i love u too!!! muah muah
pakndak : haaa laaa bukan dok koi muda oooiii...koi tua!!!
farah : amin amin amin...tq farah. insya-Allah.
makndak : yer yer. amin amin mudah2an. tq.
usop & wawa : tq tq adik2ku. tang senyum lebat tu tak menahan ooiiigelakguling
kakmin : terimakasih. makan2 ngan family udah bikin lasweek. tgkla kalau ada lagi. heee



azhar : tq bots!
zana : tqvm dear.
yatie : tq tq. insya-Allah. amin.
zuera : kekeke vogeh eh. tqvm.
mariza : amin amin. tq mariza.
amal : maceh maceh...
nooraini : thanks wei...
mie : insya-Allah. tq my dear. (mie org pertama kira2 nya hat wish aku) kekekeke

SMSes from my mother and my sisters.
Thank you very-very much. i love y'all too!!!!
Kalau ada lagi wishes yg masuk pasni, next entry yer. *poyo*

Now, kaktin nak turun ke playground.
Budak-budak masuk pertandingan mewarna.
Nak teman diorg japssss....da daaaaa





heart my community