Followers

October 30, 2009

makan tengahari with someone, @brisik...hehehehe

ari senin, dpt undangan makan tengahari bersama seseorg. siapakah??? artis...lawyer..majistret... dia bukan shapa shapa...cumanya seorg insan biasa. tapi, demi menurut kemahuan beliau, aku rahsiakan siapa dia. hiks. poyo.

kami ke brisik, jaya one. memula aku ingat brisik masih seperti dulu. upernya dah upgrade. upgrade interm of price laaaa. tapi pasal dah duduk kan, so order jerla. aku mmg fokus air jer iaitu kedondong asamboi dia yg mmg manthop melethop kababoomm!



ini org kenalan aku masa aku buat praktikal di motorola. masa tu dia tehnician di situ. dia minat dgn senior aku yg sama-sama praktikal sama. tapi, senior aku tu tak respon la plak. jual mahal gitu. sudahnya kami jadi kawan.

tak lama pas tu dia dpt sambung buat degree. so, pergila dia. aku pun, balik ke poli selepas abis praktikal. kami berjumpa balik masa aku udah kerja di bnm. dan selepas 7-8tahun ni baru kami jumpa balik.



brisik sudah ada set di mana kalau kita order ala-carte during happy hour dia which is from 11am - 2pm, food kita tu akan datang bersama appertizer. iaitu gado² 2 ketul, jua kerabu mangga 2 ketul. *sila rujuk gambar*.




:: gado-gado ::



aku amik kuetiau goreng, manakala kawan aku tu plak amik nasi goreng brisik. rasa food memasing ok ok la kot. bulleh la nak telan. takder la sedap sgt, or tak sedap sgt. just nice gitu. topik perbualan bnyk berkisar tentang anak² memasing yg sgt la hyper dan takleh dok diam.



cukup time memasing pun mau undur diri. ingat kot itu jer set food kami rupanya ada lagi. dessert pun ado. haaa sagu gula melaka n teh halia ni mmg sedap. aku sgt² la recommend. so, syabas to brisik pasal dah improve. sekian.



:: sagu gula melaka wit teh halia suam ::

October 29, 2009

wallpaper : mini makeover by djepoi

jom layan pics jerla ek. malas nak menaip dan add caption kat pics ni. layanssss. tq djepoi!













BBK 2009 : Sepetang Bersama Personaliti Bahasa

sempena bulan bahasa kebangsaan tahun ni, opis aku ada organize a few events bagi menjayakan hari tersebut. apa itu BBK? bulan bahasa kebangsaan la. heh. antara event yg aku sempat hadir ialah sepetang bersama personaliti bahasa.



antara personaliti yg hadir ialah:

§ Karam Singh Walia (TV3)
§ Charles Mohan (NTV7)
§ Prof. Dr. Lim Swee Tin (UPM)
§ Puan Lee Sai Fa (Munsyi Dewan)
§ Prof. Madya Dr. Victor Pogadave
( Universiti Malaya)



majlis ini bermatlamat untuk berkongsi kisah bagaimana kesemua mereka mengharungi onak duri suka duka dlm mempelajari bahasa ibunda kita, iaitu bahasa melayu. kalau korang perasan, kesemua tersebut terdiri dari kalangan bukan melayu yg fasih berbahasa melayu. tapi, yg paling aku respect prof dari russia tula. prof victor. dia sanggup lakukan apa saja demi mengangkat martabat bahasa melayu. kita yg org melayu itself kalau boleh nak up up and away ngan bahasa lain terutama bahasa inggeris. *speaking to myself also* eh eh terckp omputeh plak. heh.



prof. lim swee tin, pensyarah dari UPM. dia ni lagi laaaa. takder slang cina langsung. in fact, dia sendiri pun tak brp fasih ckp cina. katanya, isteri dia dok ajar dia gakla sikit² ckp mandarin. kisah dia yg aku ingat, dia baca kesemua buku di perpustakaan sekolah masa dia sekolah rendah. tak kira buku apa, asalkan dlm bahasa melayu.



prof. victor ni plak, dia bnyk share lagu russia yg diterjemahkan ke bahasa melayu. dia gak share a few words dlm bahasa melayu yg maknanya dlm bahasa russia adalah sgt 'menakutttkan'. contah perkataan SUKA. dlm bahasa russia bermaksud PEREMPUAN JALANG. aiyoookkk takot tak? dah tu plak, perkataan IBU dlm bahasa russia bererti BERSETUBUH. haaa kan dah ckp takot kan. hiks.



ini plak, personaliti dari NTV7, charles mohan namanya. dia berkongsi peristiwa lucu semasa dia dan dang suria 'live, on air'. masa tu diorg miscommunication. malu tak terkata si charles ni. tapi, as life goes on ppl keep on doing mistake in order to improve kan. aiyoorrk matila kalau mereka² ini baca blog aku, especially prof² tu. ayat rojak very da kesalahan yg besar. heh.



dan, yg terakhir sekali siapa lagi yg ditunggu-tunggu en. karam singh walia. personaliti hebat dari TV3 yg banyak membantu rakyat bagi mengetengahkan isu-isu semasa di media. antara kisah yg dikongsi oleh beliau ialah bagaimana beliau begitu hebat dalam penyampaian beliau menggunakan bidalan² yg sinis. katanya, pada masa dahulu dia ada terjumpa satu buku yg penuh dgn bidalan. tapi memandangkan buku tersebut sudah kehilangan muka depan dan belakang, makanya dia tak tahu siapakah penulis dan penerbit buku tersebut. kira buku tu skang jadi khazanah paling berharga la buat beliau.



dah abis citer pasal personaliti² yg hadir layan pics la plak kot ek. jom.



:: adiktiri gugurl sibuk layan wifi ::



:: org penting dlm menjayakan majlis ini, en.sam ::



:: hasil tangkapan ::
:: siapakah empunya itu BB?? ::
jeng..jeng..jeng...



:: time ni la adiktiri boboy tipon, sibuk jer ::



:: US ::



:: sebut betul-betul KARM = KARMA ::



:: charles mohan melaporkan dari BNM ::

'bila kucing tiada gigi, tikus berani melompat tinggi'

cerita yg sama, tapi dari perspektif yg berbeza boleh juga di baca di sini dan di sini

sarahaaliyah : ada nampak cam kembarkah??




October 28, 2009

PUTRAJAYA di hari AHAD

seawal pagi di hari ahad, aku dan achikmimi bersama 3org anak aku telah sepakat ke putrajaya menerjah seseorg. memandangkan en.nahar dan najihah ke sepang tgk motogp, takkan aku nak dok dendiam kat umah kot. so, set mau ke umah kawan aku di putrajaya sana.



masa dah nak dekat sampai putrajaya, terserempak dgn segerombolan manusia bermotor beso dgn megahnya meluncur satu persatu. achikmimi upon request tolong aku snapkan gegambo di atas. heh.

kali ini, buat kali keduanya aku lost dlm putrajaya. grrrrr....geram. dah aku pun sama, nak tunjuk terror takmo tanya kawan aku tu dok presint brp. main ingat-ingat lupa. tapi, masak elah nya umah dia bebetul belakang alamanda. sign alamanda satu patah perkataan pun takder. tapi last last aku call gakla kawan ku itu. alhamdulillah sampai jua kami.



sesampai jer kami di rumah beliau, si kenit beliau rumaisa baru sudah mandi. oh! sgt menggebuss ini budak. nila first time aku tgk dia secara live. udah 10bulan, aku baru mai visit dia. apakah??? tapi okla kot, janji sampai gak. heh. sementara si suami memasak aku tidokan fatihah. dan cikmai jua tido. yg lelain layan citer GENG, upin dan ipin.



aku lak? apa lagi layan lappy la. hihihi pantang online pasti ado jer nak cek. botben tersebut ehsan kawan kepada kawan aku nih. besss aarr ada lappy, ada botben = online jerla.



kami makan tengahari dari hasil tangan si suami. hehehehe apa ke hei nyer suami memasak nih. ala per salahnyer yer dak?? dah si suami itu terror memasak. kita nyum nyum jerla. haih, baru pasan rupaparas tuan umah suami isteri tiada dlm ini entry dan dan aku rasa nak rahsiakan siapakah mereka. hihihihi jangan marah aarrrr. sambal tumis udang petai melethoppp...ayam goreng kebaboommm dan daging goreng bom bom pow! manthoppssss....kenyang sampai tersadai.



pose-pose bersama anak dara beliau yg tak lama lagi akan jadi kakak lak. aku skerla cikmai nih, dia tak peghak. tak takut ngan strangers. mesra alam. kalau panggil nama dia dia senyum dan dan. mmg turun mak dia betoi laaaa cikmai cikmai.



:: diakhiri dgn posing maut dari sarah jua laukpauk kami di hari kejadian ::
:: tersadai dan terdampar kekenyangan ::
:: makan sampai nak pengsan ::


aku bukan perempuan PROPA...heh

Farikh Manzora Zamihartini Osman Bashah -kak..ko propakan ko kata ko beli henpon baru sama en.nahar..mana entrynya..mana mana


merujuk kepada statement petikan dari facebook di atas, dgn ini kaktin nak gitau donia yg mmg kaktin ado beli henpon ke en.nahar, malah pic henpon itu awal2 lagi kaktin jaja di fb sana nun ha. buat adiktiri boboy kaktin yg terchenta nah, entry ni khas buat kamu.



:: henpon lama en.nahar ::



:: so skang, beliau guna ini E71 lorr ::

ini lak kisah kamera samsung ku yg mengalami kerosakan serius itu. dah alang-alang ke digital mall kan, nak plak estimated kos baiki sekitar 3-4rat, kaktin terus up kamera baru jerla. abis citer. the end. sekian.



:: kamera itu keherotan ::



:: simpan jerla wat tukun ::



:: presenting my new olympus cam ::
:: murah..murah ::
:: tetiba rasa cam tak best lak kalau takder kamera...hmmm ::

October 27, 2009

bergambar bersama makhluk asing @alienware di digital mall....

sesampai di digital mall, terus ke kedai yg aku beli kamera itu. luckily itu tokey kedai kenal yg kamera itu dibeli dari kedai beliau memandangkan aku tidak membawa sebarang surat sokongan. surat sokongan peginya kan. balun. sblm aku ke kedai ni, aku ada singgah kat kedai lain. kata tokey itu estimated kos nak baiki sekitar 3-4 rat. haih, alang-alang oi.

kat kedai ni pun, itu ahboy bilang yg sama. mau baiki makan masa dan kos pun agak2 boleh beli satu kamera lain. nak tak nak aku up gakla seketoi kamera baru. nak plak dia ada stok yg mau di clearkan. dia jual murah-murah itu kamera. cap olympus. aku sker pattern dia yg tak bulky. compact. yg penting features dia ada sikit up dari samsung lama ku itu.

masa nak gerak balik ke keta, terserempak la plak ngan makhluk-makhluk ini. dikasinya aku satu kad berbentuk topeng. kata ketua rombongan tersebut, kalau amik gambo dgn makhluk-makhluk ni pehtu post kat facebook, then mintak kkwn 'like' kan pic tu ada kebarangkalian tuan punya pic dpt hadiah. hadiah apa? wallahhualam...aku pun tak tau. aku sudah post gambo ni kat fb. tapi tah, rasa cam tak betul jer. sesapa yg terjumpa pic ni kat fb, sila tekan button 'like' plssengihnampakgigi!


:: yg aku tau, minah baju biru tu karakter chun li kan? ::

ke IKEA di hari sabtu...bertemu seseorg...

achikmimi sibuk ajak gi shopping. mau beli bra baru katanya. dah kata peknen anak kembar kan, harus la perut 5bulan mcm 7bulan. so, aku pun layankan jerla ibu mengandung yg suaminya jauh di perantauan itu. pepagi sabtu, sblm en.nahar kuar ke kantor aku pun mintak la permission mau kuar sama beliau. dan dan ayat ni kuar 'keta tu, dari raya lum berbasuh'. yerla yerla..org basuhla. janji dapat kuar sudeh.

lepas anto PPGs ke neseri, aku n achikmimi pun singgahla shell mau basuh itu EVO dulu. dah sudah tu, memula katanya mau ke midV saja, alih² ke IKEA plak. manataknya masa tu baru kul 9am. apa barang gi midV seawal itu. dok dlm IKEA aku rasa sehari pun tak cukup, memandangkan nak rush balik amik budak² sblm kul 2pm pehtu ngan nak p cari bbrg achikmimi lak makanya sekitar jam 11am udah mau berangkat.

tetiba ternmpk seseorg yg sgtlaaaaa aku rasa dah lama tak jumpa. tapi rasa cam mesra jer pasal dok berfacebook kan. itula gunanya facebook, jauh di mata dekat di skrin pc/lappy. heh. kaktuty!!! hihihihi sempatla kami berposing². yg best, kasut kami sama. alahai...kaktuty ni dulu 'kakak angkat' masa aku form 1. kiranya cam senior untuk rujukan di kala kesusahan gitu. aku form 1 dia form 5 di hostel ASMA dulu.

punyala seronok jumpa, kes nak amik gambo kasut yg sama itu..kamera aku kejatuhan dan mengalami kerosakan yg serius. hmmm nak wat cemana kan dah bukan rezeki aku. so, otw nak balik tu sempat singgah digital mall, mau cari kedai baiki itu kamera. layanzzsss.....



:: EVO di dobi ::



:: tinie dan kaktuty ::



:: gambar terakhir dari kamera ku itu ::
:: kata sama, tapi warna lain lak kasut tu ::
:: zassss jerla ::

heart my community