Followers

March 16, 2011

Ikrar buat Diri Sendiri

dengan ini saya (kaktin) berikrar,
akan cuba memakan ubat seperti di dalam gambar,
mengikut sukatan bagi mengelakkan sebarang
kejadian yg tidak diingini berlaku. huhuhu...
insyaAllah.




nak dijadikan cerita, smlm takleh tido.
aiyoooo jenuhla guling kiri kanan.
tak tido-tido gak.
tetiba bb kaktin bunyik.
aik, henpon tu mana penah buat call pon.
apatah lagi la receive call.
nombor panjang weih.
+6285265118183 <----- mana punyer nombor ni?

pemanggil : hello
kaktin : hello, ini salah nombor ni. jangan call lagi sini.
pemanggil : ini nombor sapa ni?
kaktin : nombor aku laaaa
pemanggil : tinggal mana kau?

aiyooo lepas jer dia tanya tu terus kaktin cut-off line.
teringat dulu penah gempar pasal kena mandrem via telepon.
kaktin off ringer pastu try sambung tido.

tak boleh-boleh gak sudahnyer kaktin bangun.
makan nasi goreng 2-3 sudu telan 2 ketul panadol.
pastu tingat ubat yg gynae bekalkan soh makan
sempena anaemic kaktin tu.
kaktin amik seketul. lepas tu alhamdulillah.
it ease me a lot. syukur.
gamaknya sistem dlm badan kaktin huru hara kot no?
huhuhuhu.


Seperti Di beri Peluang Kedua...


smlm, lepas amik ubat kat klinik singgah jps jap.
mau jumpa dengan kakak kesayangan hamba ini.

seperti yg kebanyakan kkwn sedia maklum,
tanggal 5hb jan 2011 kakpah disahkan CA pancreas.
tapi, aku salute 200% sama beliau kerana beliau sgt² tabah.
positif. kuat dan segala-galanya lah.

aku maklum pasal ni pun bila somebody bagitau.
masa aku tau tu, serasa dunia aku kelam jap.
betapa hebatnya dugaan yg Allah bagi dekat dia
selama aku mengenali dirinya.

aku kenal dengan kakpah ni seusia aku di bnm.
almost 10yrs.
antara org² pertama yg close dan baik dengan aku.
kami baik, kami gaduh bersama-sama.
dalam baik-baik tu penah gak bergaduh tak bercakap.
kelakar plak bila dikenang-kenang.
lagi kelakar kalau org tau punca kami gaduh.
aduiiiyaiii mmg tak boleh blah langsung.

Petikan dari blog kakpah.....

Semua yang aku lalui tika ini adalah ketentuannya aku redha sebenarnya dan patut rasa bersyukur kerana masih lagi mampu untuk menatap wajah2 kesayangan di hadapan aku..... Dan kadangkala bila diri ini keseorangan, butiran airmata jatuh menitis di pipi bila aku tahu yang sebenarnya ramai yang menyayangi diri ini dan mengambil berat tentang diri ini... Terima Kasih buat semua di atas kesudian mendoakan kesejahteraan aku di samping solat hajat buat aku... Hanya yang ESA mampu memberi ganjaran buat semua.

Saat aku tahu tentang ketidaksempurnaan diri ini seperti dulu, aku menjadi begitu pilu sekali..tidak mampu menitiskan airmata di depan ke dua orang tua mahu pun adik beradik sendiri..kerana bimbang akan kebimbangan mereka terhadap diri aku. Aku menangis bila keseorangan, dan memohon agar aku diberi kesempatan untuk bertakwa kepada mu Ya Allah. Sebagai manusia biasa, aku mengaku terlalu banyak dosa2 yang telah aku lakukan antara sedar dan tidak...Mohon kepada mu Ya Allah, berilah kudrat kepada ku untuk beramal kepada mu Ya Allah......

Buat teman yang mengenali diri ini, aku memohon kemaafan, andai kata terasa hati ngan tingkah laku aku dan terima kasih atas kesabaran menjaga aku sepanjang aku terlantar di hospital tempoh hari.....

Doakan kesejahteraan aku di dunia mahupun di akhirat......

kakpah, aku akan sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan kau.

insyaAllah. amin amin ya rabballalamin.

entry1

entry2

Jari-jemari Kakiku Mengerekot (Tarik Mengkarung)

eheh. korang tau tarik mengkarung tu gumana?
kalau dalam bahser saintifiknya cramp la kot.
haiyooo smlm, tah cemana dedua belah jari kaki cramp.
sampai takleh gerak.
gerak jer dia bercantum.
pastu jenuhla dok urut.

seb baik ada minyak gamat langkawi.
boleh kasi dia panas sikit.
kaki belah kiri ok dulu.
belah kanan takes time sikit nak ok.
terus feel-feel ayam dlm opis, jalan tak pakai sipar/kasut.
kaktin syak, kasut yg kaktin pakai pi lunch tu.
kasut tu kasut lama, tapi masih elok.
dah lama tak pakai. gamak dah lama tak pakai,
kasut tu jadi keras dan bila pakai jer kaki jadi cramp.
gamaknya la kot.
lantak. yg pasti kasut tu dah ke tong sampah yer.
simpan pon, kalau pakai jadi lagi. tak ke haru.

March 15, 2011

LIVE : Eksiden Sadis Tepi Opis KakTin


kaktin pon tak pasti gimanakah ia terjadi.
tengok dari apa yg boleh dilihat ni,
sepertinya kereta itu melanggar tiang tersebut.
kejadian berlaku sekitar jam 315pm waktu malaysia.
harapnya tiada kemalangan jiwa yg berlaku.

kaktin melaporkan dari bilik berita.

EDITED : gambar ehsan iPhone en.ghaz razz

Where Do Babies Come From?

Rujuk doktor anda :)




- Posted using BlogPress from my iPhone

2 Buffered Earnings from Nuffnang..nyum nyum




ni yg rasa serba-salah neh.
mulanya ingat nak memalas dari update.
tetiba arini cek nn ada plok new BE.
ini tak leh jadi.
mesti kena rajin update.
tapi malas caner?


:: klik untuk tumbesaran jitu ::


heart my community