Followers

May 23, 2010

Lirik lagu DAUS AF8 : KENAPA

tempat ketiga AF8

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Lirik Lagu ADIRA AF8 : KU ADA KAMU

naib juara AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

SHAHIR juara AF8, berakhir juga sebuah episod...


Lirik lagu Single Shahir Juara AF8 - Kebahagiaan dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Kebahagiaan dalam perpisahan

Oh! lagu ni mmg 'strong' sebab? sebab frankly ckp first time aku dgr lagu ni masa konsert final smlm.
melodi dan lirik terus lekat kat palaotak aku nih.
patutlaaa...semua lagu baru di konsert final smlm ciptaan KRU.
so, KRU is da best lah!

aku takder sbrg komen shahir jadi juara. he deserves it.
tp aku rasa AF8 kali ni ada sikit persamaan dgn AF3 dulu.
juara masuk balik. cuma bezanya mawi masuk masa first konsert.
shahir lak masuk masa konsert ke-9 dan mmg dia all out.
tapi, cer kita pk balik kalau both tak masuk balik most probably felix or adira akan jadi juara kan?
inilah dinamakan rezeki. apa-apa pun daus dpt third place aku suka gak. walaupun aku tatak undi. heh.
daus ni ada silent voters la aku rasa. wah dah mcm silent reader plak kan.
yerla, kalau tak cemana dia leh survived pehtu ada placing lak tu.
tahniah tahniah buat semua finalist AF8 smlm.

nk kata aku layan every week konsert tak. aku tak layan for this yr.
setakat usha-usha gitu jer. sebab apa?
ada mcm2 sebab tapi yg aku ingat sebab live bolasepak la. kejap-kejap final piala fa la.
piala thomas la. eh, tu badminton. tp termasuk gakla tu.
debaran lagi la tak tgk.
ok dah tu jer.

blogger-emoticon.blogspot.com

May 22, 2010

petang jumaat, singgah playground dan naik rumah just before azan maghrib :)

pada petang hari kejadian, cuaca sgt molek.
sepetak suara ajak anak² ke playground dulu.
diorg pun dah lama tak main-main kat playground ni.
cuaca tak menentu. kejap hujan, kejap panas membahang.
sementelah cuaca cantik ni, kasi zasss diorg bermain-main.



:: aksi sarah, terror gak dia ek ::




:: aksi fatihah baru nak berani naik slide tu ::

blogger-emoticon.blogspot.com


vaksin pencegah H1N1

tepat jam 8.30am, 22 may 2010. sepatutnya di time segini aku udah berada di klinik caterall khoo, jalan othman.
sudah bikin appointment sama itu klinik mau ngamik itu vaksin for the whole family.
tapi, masih di rumah. apakah???

en.nahar baru mandi, aku lak ngah tggu beliau.
anak-anak ngah bekpes tu ha.
tapi, kata klinik ngan umah naik keta dlm 5min sampai kan.

sementelah bank kasi cover for the vaccine kasi zassss jerla.
memula aku pk nak amik di klinik bank jer ilang ingatan lak aku ada ATM ramai kat umah nih.
heh. so, bikin di hari cuti jerla. sonang.
ngikut kata jiran aku yg baru fly ke italy sana bebaru ni, katanya vaksin tu tahan setahun jer.
dan, kalau kena bayar sendiri sekitar RM70 sekali. hmmmm takderla mahal nau kan.
tapi, kalau aku x6 penggsaaannn gaklasengihnampakgigi.

May 19, 2010

sama tak rambut kami?

entry ringan di pagi hari

noh_hujan

achudida, sama dak???
tang rambut tu jerla kot...heh


heart my community