Followers

February 22, 2010

video si kembar : amar vs amira

last week, aku amik cuti satu hari. kekonon mau balik kampung. tetapi memandangkan ibu mertua mmg ado di KL ni, makanya hasrat mau pulang terpaksa dibekukan dulu. walaupunnn aku rindu bangat sama loqstaq. tapi, aku tak sesiakan cuti itu. aku ngan kakros sepakat terjah sg.besi sana. mau menggomoi si kembar yg sudah bersatu setelah bb amira dibenarkan pulang pada hari sebelumnya.



:: kakros yg soh amik pic ni ::

perjalanan kami ke sg. besi penuh onak dan duri (baca : sesat barat). kata tak penah pi pun situ. lalu jer penah. walaupun achikmimi tak dok lam kem, aku soh gak kakros masuk kem. motip???

alhamdulillah, sampai gakla. tanpa berlengah, terus la menerjah itu 2beradik kembar. wuiiihhh syiook. ko bayangkan, selalu pun kita bersalin ada sorang jer bb kenit. ini tergolek depan ko 2 org. sepasang lak tu. kkdg rasa cam tak percaya. tapi, dah benda nyata. percayalaaaaahhh....

pas gomoi-gomoi ini budak-budak aku n kakros ada misi lain yg perlu dilunaskan. so, kepada sapa-sapa nak tau apa misi kami...nantikan.



:: sembang adikbadik ::



:: cute kan mereka? ::



:: amira agak agresif, berbanding abangnya amar ::



:: auntie njang dan nur amira sofea ::






:: si pink dan si biru ::





:: layan video amira keriau ::


February 19, 2010

kalau sudah ditakdirkan IA menjadi milikku, insya-Allah IA kekal menjadi milikku...

peristiwa ni bebetul menyentap hati naluri aku. pendek kata, darah secamca takdak lam badan dah. huhuhuhu....alkisah di suatu pagi di hari khamis. as usual siap-siapkan budak-budak mau anto neseri. maka berduyun la turun lif menuju ke kereta.

sampai jer kat keta, mulala menyusun mereka kasi port elok-elok. karang ada yg bergaduh tarik rambut segala. mana dgn beg baju, beg sekolah, baju sekolah di hanger. peh, mau pening gakla. tapi, apa yg boleh diungkapkan inilah pengorbanan *ayat cliche*. heh.

enjin kereta dihidupkan. while waiting, 2-3 mins...walaupun aku penah jer baca untuk apa kita kononnya nak panaskan enjin keta tu. katanya nak jaga enjin. ye ker??? ok ok berbalik pada citer aku nih. pas seminit on kan ekon. selang bbrp min aku pun masuk gear jalan.

standardla nak kuar gate, malas nak touch kad angkat tangan jer kat guard. ambik masa oooo nak scroll the window down, then nak touch lagi. budak-budak semua pun aku ajo soh angkat gak tangan kat gad tu. heh. oleh kerana, aku perlu membelok ke kanan, makanya aku kena la make sure kiri kanan jalan tiada kereta. kena extra careful, keta bnyk di park di bahu-bahu jalan. ini menyukarkan pemandu berhemah seperti aku untuk kuar dari simpang. melalut lagi.

bila dah pasti tiada kereta kiri dan kanan jalan, aku pun nak tekan minyak laa nak zasss. sekali aku terdengar sesuatu. aku intai kat cermin sisi. rupanya pak gad tadi berlari-lari menepuk bontot aku keta. aku apa lagi cuak aarrrr. seingat aku, aku dah make sure sumer pintu keta ditutup rapat. elok jer aku bukak pintu. pak gad tersebut meninggikan suara. marah-marah. yer dia patut marah, aku cuai. aiyoooo henbeg aka klac nine west aku elok jer port atas bumbung keta uolls. mampossss....sampai centu sekali. berulang kali aku ucap terima kasih sama itu pak gad. rupanya masih ada yg sayang mahu ambil berat antara satu sama lain. toche tochedoa.



:: jom skodeng apo ado lam klac tu ::
:: penuh ngan kertas/slip bank/resit ::



:: tapi, janganlaaaa ilang bebenda nih huhuhu ::


February 18, 2010

di carrefour bukit rimau, fatihah didera lagi...

cuti CNY, mmg la panjang. tapi aku??? asiklaaa dok di rumah saja. sila salahkan en.nahar. dia yg takmo bergerak kemana-mana. kesian kan aku. tapi, takperla janji berbahagia sudah. *ayat pasrah*

ari ahad, kakros n family datang rumah. dia pun dlm mode membosankan diri. kena plak ngah peknen, lagi la kemalasan mau drive ke sana kemari. tetiba dia sudah kasi idea mau kidnapped ppgs balik ke rumahnya, jadi tinggal fatihah jerla dgn aku.

kekonon, dah tinggal fatihah leh la aku ayat en.nahar kuar dating ke kan. tgk wayang ke hapa. takdonyaaaa takat gi makan kat pantai dalam nun jer, pehtu balik tgk gelanggang rajalawak. apakah??? sungguh tidak warna warni idupku. tapi takper, as long as tak kaco periuk nasi org lain sudahla kan.

esoknya, sekitar jam 11am sudah siap-siap mau ke klang menjemput sarah, aaliyah n najihah sekalian makan nasi tengahari terus di rumah kakros. pastila sodap bila mana dpt makan free nasi panaih-panaih. kebetulan kakros call kata dia tak dpt cari petai. soh kami tgk-tgkkan masa otw nak dtg klang. aku pun, pasang ayat la mau ajak en.nahar benti pyramid dulu ker. singgah jusco ke kejap. sudahnyer, hampehhhh takmo nyer dia. katanya malas nak jalan. chet.

akhirnya, kami terpesong jua. termenyinggah carrefour bukit rimau yg baru seminggu beroperasi. jadikler....janji ada petai habuan peneman sambal tumis udang kakros. cari punya cari kat bahagian sayur-sayur tu. adaaaala sebungkus lagi. tapi tu pun hidup segan mati takmo. dgn mahalnya. so, kensel beli petai. proceed dgn beli buah-buahan peneman kuah rojak kakros.

hah, carrefour ni pelik sikit. sapa mau troli sila amik sesiap kat bawah kerana di atas kelak tiada benda berunsurkan troli. raga yg beroda adolaaa. memandangkan kitorang nak beli pun ala-ala jer, makanya kami amik jerla raga tu. aku fokus nak masukkan fatihah lam troli dah oleh kerana tak amik troli sesiap tadi kat bawah masukkan jer dia lam raga nih. ala, dia pun bukannya berat sgt. so, just nice dia kat dalam tu. behave lak tu lam raga tu. so, tugas ayah taaaarrriiikkk.....



:: tarik jangan tak tarik ::



:: tah apa yg dikuis oleh fatihah tu ::



:: ayah yg sentiasa selamber ::



:: feel-feel atas upih nyioq ek a-ah ::



:: fatihah setia dgn sipar sebelah berlain dia tu...heh ::

kisah dinner dan air 3 layer

lately ni, balik keje jer aku mesti tapau sesiap dinner for da kids. yesss...aku dah tak masak malam. bukan tak sempat. tapi aku malas. aku malas nak berkungfu kuntau dgn fatihah kat dapur. asal masuk dapur jer nak masak, dia pun sibuklaaaa nak masuk celah kangkang aku. nak masuk balik dalam perut aku balik gamaknya.

selalu pun aku akan tapau nasi putih ngan lauk 2 jenis. diorg paling suka kalau lauk tu ada sup-sup sikit. tetambah fatihah kalau boleh makan nasi, kalah kita yg besar nih.




restoran masputra taman sri manja antara restoran yg acapkali aku akan singgah bila aku balik keje. selain layanan yg mesra, food dia sedap dan juga harganya yang berpatutan. bukan nak cerita pasal makanan lain, tapi aku nak cerita pasal air 3 layer. atau kalau dalam menu restoran masputra ni dipanggil air teh 3 rasa special.



:: ada menu sarapan pagi juga::



:: pelangi 3 rasa dan teh 3 rasa special ::
:: lagi detail boleh klik kat sini ::



memula aku ingat, hanya wujud teh 3 rasa saja. rupanya ada kopi dan pelangi juga 3 rasa. kalau yg kopi tu kopi laaaa ada lapisan susu dan air gula merah. yg pelangi tu plak mendernyer? bila aku recce recce rupanya pelangi tu air sirap. kiranya lapisan satu sirap, kendian susu dan bawah air gula merah la kot. dan bila digaul mungkin rasanya ala-ala sirap bandung gamaknya.

aku lum try lagi pelangi 3 rasa. takut tak kena kehendak tekak. so, pada hari berkenaan aku up segelas teh 3 rasa special sementara tggu sup ayam sayur dimasak.



:: air aku ::



:: abisssshhhh ::

so far, rasa teh tu ok-ok laaaa. just nice. aku dah pekena teh ni 2 kali kat kedai ni. cuma yg aku leh compare teh 3 rasa kat kedai ni ngan maju junction, kedai ni agak 'pure' manakala kat maju junction rasa dia agak 'lite'. both pun aku suka. tapi idokla suka sampai nak pekena hari-hari. kiranya kalau teringin takyahla susah-susah nak ke maju junction sana, kodai bakang rumah aku ni pun ado. restoran masputra adalah sejenis restoran melayu. sekian.



:: peh, tambahan 30 sen kalau kita tapau air hebat...hebat... ::
:: rega plastik ngan straw la kot nooooo ::

February 17, 2010

kisah sikembar amar dan amira

rasanya rata-rata pun sudah maklum yg achikmimi sudah selamat bersalin sepasang kembar. apabila kata putus diambil kembar tersebut telah diberi nama mohammad amar sofian dan nur amira sofea. tapi, setelah hampir 3minggu amira kekal di hospital kerana berat badannya yg tidak mengizinkan untuk pulang bersama-sama si abang.



:: baby amar ::

dan, dalam tempoh itu jugakla achikmimi atau kkdg achikrizal berulang-alik ke hospital untuk menghantar susu. lately ni, syukur kepada Allah kerana berat amira konsisten bertambah 500gm menjadikan berat total nya hampir 2kg. (masa dilahirkan hanya sekitar 1.21kg jer gitu).



:: baby amira ::

alhamdulilah, pada tarikh 16feb 2010 baby amira sudah dibenarkan pulang bersama saudara kembarnya baby amar. pic ini dikirim oleh achikmimi. rasanya inilah pic pertama mereka bersama setelah hampir 3minggu dilahirkan. syukur yg teramat sangat dipanjatkan ke-hadrat Ilahi juga kepada saudara-mara, sahabat handai yg mendoakan kesihatan si kembar juga achikmimi. terima kasih. amin.



:: si biru dan si pink ::

blogger-emoticon.blogspot.com


kopi jantan vs kopi betina


si isteri : abang, tetiba rasa nak minum air coke....

si suami : ishk, umo dah 30 lebih, tak elok minum air tu....

si isteri : dah tu, abg beli kopi jantan jer...kopi betina tak beli....(baca : kacip fatimah)sengihnampakgigi

heart my community