Followers

March 01, 2009

satu koleksi jam untuk dijual



swatch irony AG2004, condition good dan jarang dipakai
harga tawaran : RM299 (negotiable)
berminat?? sila tinggalkan jejak yer...

semalam yg panjang

petang tu, aku suarakanla keinginan mau visit bb WAZ di wangsa maju sana dekat en.nahar. en.nahar setuju lalu dia pun sms la itu adikbongsu dia. malangnyer, itu ibu tiada di rumah dan kami bertukar halatuju ke umah kakak sulung nyer, kakshida sajer di kota dam, seksyen 8.

selepas maghrib pengembaraan pun bermula. sarah n aaliyah takmo follow, diorg mau nonton kartun di rumah sajer dgn achikmimi. jadinyer aku, fatihah, najihah n en.nahar sajala ke sana. adussss, perjalanan adalah jem di sana sini hingga mengambil masa sehingga satu jam untuk sampaipenat.

sblm tu kami singgah di restoran al-syed dulu untuk menapau roti nan dan teh tarik. penantian aku di sini jua adalah menguji iman di dada. dekat 45min weih en.nahar tertonggok kat restoran tu. kata en.nahar 5kpg roti ditepek satu-satu. so kalau satu kpg roti nan amik masa 9min untuk siap = 45min la ko kena tggu. haih. pasrahputuscinte.


masa posing² lokasi kami di depan restoran al-syed la.



fatihah yg kantuk. meraung sudah.
itu kakshida merangkap kakak sulung en.nahar.

kami bertolak balik sekitar jam 11pm. ingat kot dah lewat, jalan ok la. tidak sama sekali. jalan masih jua jem. sepanjang jalan kenangan kami asik berjumpa dgn eksiden bumper to bumper jer. yg teruk pun ada. aku ckp ngan en.nahar nak amik gambo. dia kata nak amik boleh tapi jgn pakai flash, silap² org nampak dia ingat kita ni org jahat dtg katok paler kita jenuh. so better don't.takbole huhuhuhu.

11hb Feb 1945, 1hb Mac 1949 dan 2hb Mac 1949



maka dengan ini diumumkan hari ini merupakan harijadi ibunda terchenta PN HJH SALMAH HJ IBRAHIM yg ke-60 tahun. semoga mak sentiasa sihat, ceria dan hidupmu jua diberkati Allah S.W.T. Amin.doa

tidak dilupakan di sini pada 11hb feb lepas adalah harijadi ayahanda tersayang TN HJ OSMAN BASHAH ABDULLAH yg ke-65 tahun semoga ayah jua sentiasa berbahagia, idup aman damai harmoni dgn isteri² terchenta. Amin.sengihnampakgigi


p/s esok bersamaan 2hb mac 1949, besday MIL ibunda PN. JAMILAH ISMAIL plak aka ibunda en.nahar.senyum

February 28, 2009

pagi aku membawa ke tengahari

di pagi hari, semasa dok layan surfing kat tenet, tetiba aku rasa cam besssss jer kalau dpt ripit sale kat isetan smlm. dan dan tanduk setan syaitonnirojim aku naik. aku trus rachun achikmimi. tanya² kot kot dia nak cari brg for hantaran. dia pun on. zasss anto sms ke bbsitter. ppgs pun sporting jer arini, mau duduk sama bbsitter. so, pengembaraan aku arini bersama fatihah n achikmimi jer. midV n da gardens here we come!!!!



jalan gasing sedikit jem pagi tadi.
fatihah menten comey walopon belemoih ngan parut² campak sana sini.




dlm da gardens.
terus terjah counter clinique. achikmimi setia ngan clinique happy.




akhirnya fatihah ketiduran akibar keboringan sbb hanya mampu melihat ibu n achik makan. tido lagi bessshhlove


lepas jenjalan pegi balik dlm isetan, kami sudah kelaparan tahap naga langit ke tujuh. hasil baru dpt satu set perfume achikmimi jer. kami terus terjah the chicken rice shop. makan sehingga abis licinlapar. dah setel makan zasss ke jusco plak. kat jusco dpt set perfume for men se set. pehtu henbeg achik. cari kasut nikah/kawin and hantaran nan ado yg sesuai. haih, kena xplorace lagi la nanti. suker jer.....


diakhiri dgn segelas sedang ice blended black forest kopibeng. nyum nyumcelebrate



kuar dari midV kami ke jalan duta plak. amik tiket achikmimi n najihah nak balik loq staq minggu depan. beli tiket bas transnasional. otw dari jalan duta nak balik PJ, dekat klsentral sana, tetiba jalan mcm jem pelik. rupanyer ada eksiden. tapi aku rasa tak serius kot. ala² penggeseran keta ngan moto saja. eh, tapi aku ada dpt gak samting for myself hasil ngendeng² dari achikmimi, kalau nak tau pebender nyer yg aku dpt next entry eh.sengihnampakgigi

February 27, 2009

adeh, lotihnyer....

tetiba dtg angin mengong tingin nak makan grilled chicken kat tony roma's. kompol² ahli majlis ada la lagi 3 org nak ikut. so total kami berempat la kuar tadi.

12.30pm on da dot zasss ke midV. traffic adalah good dan parking ada senang. terus terjah tony roma's. belek² menu sumer² kami amik set lunch.



da menu



grilled chicken with rosemary sauce and pasta pe kebenda tah namanyalol
drinks sumer pun amik ice lemon tea...nyum nyum

dah setel makan. sumer pun pakat terdampar kekenyangan. ada sorang ahli majlis nak cari kasut. aku plak nak terjah isetan dgr kata ada cardmember sale. apa laga, bertempiaran 2 org ke JUSCO aku n lagi sorang ke isetan jer. jenjalan cuci mata. masa dah time!!!! dah berkumpul sumer nak pulang dah ready lam kete ada plak kejadian yg tak diingini berlaku.

sorang ahli majlis, dia ada beli jam. kekonon dah masuk lam kete nak tunjuk la jam nyer. sekali bukak kotak kosong. huhuhuhu. pakat la turun balik teman ke JUSCO. dan hasilnyer pukul 3.10pm kami sampai opis tadi. sekian.


saat kelahiran najihah nur'alimin mohd. nahar


alang-alang dah pos video dia masa umur sebulan lebih tu, ni aku nak pos gegambo dia plak saat dia dilahirkan ke dunia ini. ingat kot aku takder gegambo lam labour room, upernyer ada. aritu baca kat blog eera masa dia melahirkan syasya. so, aku pun nak berciter kronologi aku melahirkan najihah. sarah n aaliyah dulu blum ada digital camera, gambo² masa diorg bb ada jer, tapi pakai kamera hp yg VGA sajo. ok back to the future story.


gambo aku just lepas aku melahirkan dia


kekonon masa aku p register kata nak bersalin ssgt tu, upernyer blum. blum ada bukaan pun. masa tu aku ngan mak. seb baik mak ada masa tu. masa tu sekitar jam 8pm 9May 2006. so, diorg kata aku warded dulu esok depa nak induce. blasah jerla pasai aku ni masa ujung² peknensi aku letih bawak perut. perut memboyot badan dok beso tu gak. cemana nak kendong perutfikir? tu yg tak sesabo nak bersalin tu. sama la kes ngan fatihah.



her first feeding.
mak terharu dpt nengok sendiri cucu dia kuar.

masuk labour room sekitar jam 6am pada 10 May 2006. ditemani oleh mak n en.nahar. dah clear perut segala, diorg pun drip la aku. masa ni dah leh rasa contraction. alhamdulillah, induce itu begitu membantu. elok jer bukaan 9cm-10cm, diorg pun calling² dr.nora. blum sempat kaki aku depa letak kat tpt yg sepatutnyer, choih bb kuar. habis darah, air ketuban segala terpercik kat suit cantik dr. nora. nes² tu dpt jelingan maut manja sedas dari dr. nora. masa ni dr. nora cari en.nahar. upernyer dia lari kuar dari labour room. takut darah la tu. aku dah tak dulik, mak aku ada dah cukup. thanx momlove. yerla thanx jugak la kat somi terchenta aku en.naharlove. so, selamat la kuar bb gal yg berkeberatan 3.72kg. tepat jam 10.38am.



ini time diorg nak soh dptkan bau pertama dari ibu.
mmg just after bb kuar dari perut.
*eh, patut gambo ni dulu baru gambo atas, zasss jerla*



najihah masa kuar, rambut dia sgt lebat.


ini just after bercukur. jadi la si botak.
dan skang rambut dia adalah sikit dan halus².
janji ado rambut.


heart my community