Followers

March 30, 2012

Nachos yg Orgasma

ini lunch kaktin tadi.
nachos jerp.


:: new kickin' jack nachos ::



see. abissss licin.
burrppp.....

March 29, 2012

Machines, Mid Valley, Test-test MacBook Air.

selepas kejadian tiba-tiba ke chawan,
ni plak kejadian tiba-tiba di midV.
masih menggunakan medium kereta org yg sama.
beralza berduet ke sini.
tapi bukan dengan tuan punya keta.
dengan org lain.

alkisah ipad amin sudah takmo caj.
walau disumbat cajer itu, cajer ini pon dia ketegaq.
remain silent.
makanya, kaktin pon tak puas ati.
mintak amin emailkan e-invoice ipadnya itu
lalu kaktin print dan datanglah kesini.

seorang techinician chinese man yg baik hati melayan kami.
setelah dia belek itu ipad makanya sah kena anto ke apple store balik.
lagian itu ipad masih ada warranty.
katanya lagi, apple takkan bukak or repair bagai kalau kes cenggini.
worst case scenario dia akan kasi unit yg baharu.
ooooo....apo apo jerlah.
janji ipad tu boleh nyala n boleh guna.



setel di kaunter urusan ipad.
kita belek2 plak segala-mala casing, macbook etc.
dah alang-alang ada situ kan.
test test macbook air. standardla product apple.
semua pon best. tapi takdok fulus la wei nak beli macbook.
inikan piula macbook air. hanya adiktiriboboyku saja yg mampoo. #ekeh.
yit, pinjam kau punya jerla eh.
nak jual vaio...nak jual vaio. sapa nak?

March 28, 2012

Aku Puas!

aku puas. puas. puas.
semalam menyaksikan pertemuan kedua suku akhir
piala fa kedah menentang t-team yang berkesudahan
kedah 2 - t-team 1.
tapi kalau seri 1-1 pon, kedah tetap menang
kerana kiraan gol diikut berdasarkan 'away-goal'.

gol-gol kedah dijaringkan oleh hamidan dalam masa kedua permainan.
pada babak pertama tu macam agak memboring.
walhal kedah mengasak kubu t-team cuma takder penyudah jer.
geram giler. masuk babak kedua permainan.
hamidan berjaya menyumbat gol.
pastu selang tak berapa minit, t-team plak score.
ishklaaa dah la banyak masa lagi. macam-macam boleh jadi.
tup tup hamidan score lagi sejibik.
barula boleh tarik napas lega.

kredit yg bertubi-tubi aku nak bagi dekat penjaga gol kedah
helmi eliza elias atau lebih dikenali dengan panggilan mie yeh.
aku nampak skang permainan dia makin fokus.
sentuhan berbisa dia dah mai balik.
so, tak sesia aku langut tengok live game semalam.
yes aku puas-puas-puas. hahahahahaha.

:: penjaga gol kedah helmi eliza elias ::

kelantan sila bersedia untuk semi-final ya!
jangan pandangku sebelah mata, hanya kerna ku dok
di tangga tercorot liga. hahahahahaha.

 :: antara wira-wira hijau kuning hehehehe ::

penyokong setia hijau kuning

kenari fans squad

Wordless Wednesday : Terima Kasih Daun Keladi











kalau pegi memana lagi. boleh bagi lagi dan lagi dan lagi :))

March 26, 2012

Pasghah Aku dengan Hang Neh

ini cerita pagi tadi.
kete kaktin yg tak berapa nak evo tu masuk bengkel.
kata en.nahar brakepad haussss.
brakepad pon boleh haus, inikan pula kita manusia.
yang suka berkata-kata tanpa sempadan.
sudahnya memakan diri.

lalu, demi mau menghantar kete ke bengkel.
kaktin mengomuter saja lah.
dalam hati berdoa supaya aku dijauhkan dari
segala kejadian terkejut-terkejut dari pihak komuter.

ketapi sampai tepat pukul 7.30am di stesen petaling.
dengan 6 koc berhawa dingin just nice.
passengers pon tak macam tin sardin lagi
pasai kocnya yg panjang.

 :: sokay la kan. tak himpit-himpit dah ::

2 koc di tengah khas untuk wanita.
walaupon bila kaktin jalan-jalan dalam tu ada gak
umat yentan terselit celah bedah gepren dia.
tapi dah sebab org tak ramai, org lain pon amponkan jerla dia kot.
kemain kaktin up status, gambar, twitter pasal tren komuter baru yg canggih ni.


 :: skrin LCD TV ::

TIBA-TIBA......
tepat jam 7.45am ia sampai di stesen KL.

'para penumpang diminta turun di sini kerana tren ini akan
berpatah balik ke pelabuhan klang'

hahahaha padan muka aku.
pasghah aku dengan komuter neh.
berhimpit la plak kami dari stesen KL ke Bank Negara.

Sesungguhnya hanya orang2 yg mempunyai kesabaran tinggi yg mampu menggunakan perkhidmatan tren komuter setiap hari - by Farah Arif (hakcipta terpelihara). - pengguna komuter tegar ;p

Alhamdulillah kete dah siap.
esok boleh memandu seperti biasa.

Tiba-Tiba....plingggg Ke Chawan, Bangsar.

hari keje minggu lepas.
tak ingat dah hari apa.
tetiba my bff (ceh takdak terma lain ka nak guna)
mintak soh pi isikan minyak kete dia.
time lunch lak tu.
adoiyaii celah bedah mana pon nak cari petrol pump
yg dekat dengan opis ku yg tetengah KeyEll neh.
yg tuan punya kete tu nak pi men badminton.
#apakah????

so, aku pon mintak la pertolongan adikberadiktiri ku.
ngajak temanin dan sekalian leh berjimba jugak.
yerla, org dah kasi duit n kete soh p isi minyak
pastu boleh bawak pi jenjalan sekali sapa tak mo.
org gila ja takmo. #ekeh.
macamkan boleh pi sampai loqstaq dalam masa sejam tu. ishk.

so kami pon sepakat la bawa alza beliau ke petronas jalan maarof.
pas isi tangki minyak, tangki kami pon kena isi jugak.
jom kita ke restoran chawan, bangsar.

first time kaktin kemari.
selalu dok dengar payiet jer dok bercerita.
katapon dia dok area sini, dah abis kedai-kedai sini dia jelajah.
so, apalagi duduk, order dan makan.



memula kaktin order rojak buah.
errrmmmm so so jer. tak sesedap memori corner.
nextttt.....


ini payiet punya. nasi lemak dengan rendang daging.
tak rasa pon. tapi katanya sedap. ntah.



ini plak maya punya.
mee kuah sup tulang? errkkk tak sure.
tapi ada tulang-tulang lah.
sedap. tapi tak abis. portion dia selambak gedebuak.
jenuh oiiii nak peghabih. ishk.



samolah dengan kaktin punya ni.
lontong + daging rendang tok.
tak abis jugak. ishklaaaa semua pon tak abis.
membazir sungguh.

minuman payiet jer order teh ais.
kaktin n maya amik mineral water sorang sebotol.
pastu kami melintas ke starbucks.
kaktin as usual java chip frappucino grande with whipped cream satu!
maya plak caramel frap grande with whipped cream satu!
n satu pesanan dari tuan kete alza nak ice grande low fat milk vanilla latte
without whipped cream - with extra 3 shots satu!
nama ayaq kemain susah nak ingat.
sampai dia kena tulis kat kertas. walhal satu cawan jer pon.
pas setel semuanya kami pon pulang ke opis memasing.
sekian.

March 23, 2012

Hadiah Follower ke-300


ni kisah status aku smlm.
aku print screen followers kat blog.
saja la bikin suka-suka sapa dpt jadi follower ke-300
bakalan mendapat sesuatu.

at that time tak terpk pon lagi apa nak kasi.
setelah syazreena berjaya menggondol anugerah tersebut.
aku pon usha-usha la apa yg ada atas meja pc aku tu.



dan ini lah hasilnya.
sepasang earphone berbentuk mickey mouse berwarna pepel yg comel.
earphone ni aku dpt sempena beli bb putih itu hari.
yg si tokey cina baik hati tu yg kasi.
juga aku up satu sample perfume CK beauty.
tq yer reena kerna participate.
kepada readers n followers lain juga pon tq.
kerana sudi klik-klik n baca blog tehapa ku ini.
adios.



hadiah ni tak sampai pon lagi kat pemenangnya.
sat satgi aku naik 8C pi anto.
hikhikhik.

March 22, 2012

Katanya Fokus Pada Sorang Saja....

Bawak Pranita Porak-perandakan Megakidz Funland and Edutainment, MidValley

pepagi subuh sepie sudah roger si maya mau ajak temanin ke kidzania.
sudahnyer beliau kesiangan. makanya kami ke midveli saja.




kami mendarat di tempat yg bernama seperti di atas.
yuran per head adalah RM28 for toddler yg berumo 2 tahun ke atas. unlimited.
bagi yg berumur 23bulan dan ke bawah cas nya = RM14.
untuk adult plak free.
makanya (RM28 x 4) + (RM6 x 6) = do ur own maths pls.
RM6 itu adalah harga sepasang stoking.
seb baik stoking tu comels jer. so tak ralat la beli sorang sepsg.


:: socks yg comels ::




konsep funland ni biasalah.
macam funland lain jugak.
dalamnya ada mini theater jugak.
masa kami sampai, transformers sedang ditayangkan.
tapi standardla pranitas kaktin lebih cenderung
berlari-lari dan melompat-lompat bagi melepaskan apa yg terbuku.
sesapa yg rasa beliau ada yg tak puas ati dalam jiwa,
boleh mai tempat ni kasi lepas. insyaAllah best!



sementara depa pi main-main, kami lelepak jerla.
makan + minum + sembang + layan fb dsb.
diselang-selikan dengan melayan makan minum pranitas.
depa dahaga depa mai minum. depa lapaq, depa mai makan.
yg pasti ibu-ibu kat kafe setia menanti sampai depa letih.




kat dalam ni, ada aktiviti lain lagi yg boleh depa enjoy.
contohnya bermain colouring pasir n apa tah satu lagi tu.
adik aali amik yg xtvt satu lagi tu. yg lelain semua amik colouring pasir.
gegambar lain leh cekidaut fb kaktin yo.
kalau ikut nepsu boh gambar, semua kaktin nak sumbat sini.

lama jugakla kami port kat sini, kalau tak memikiokan esok nak sekolah
boleh lagi lajak lama-lama heh.
setel kat sini kami pon pulang.


:: sebagai penutup sebelum pulang, makan eskem lu ::

thankyou yer mayahsopiah kerana men drive :)


Rambut Yang Panjang, Sangat Elok Jika Dipotong

seminggu cuti sekolah, selain dari bermalam semalam di PD
aktiviti lain dengan pranitas ialah aktiviti memotong rambut mereka.
balik dari keje itu ari, lepas amik mereka kat neseri
terus zasss ke saloon.
saloon milik member kepada member kaktin, amal.
nama ownernya ialah azni.
tapi dah 2 kali kaktin pi, 2 kali jugak ownernya takder.
so, takder rezeki nak jumpa n kenal-kenalan gitu.
aha saloon ni terletak di taman sri manja.
jalan pjs berapa kaktin tak berapa ingat.
tapi sapa yg memang org pjs/seri sentosa yg tahu mymydin sini.
pasti boleh ketemu dengan jasmine saloon n spa ini.
bayaran untuk kanak-kanak RM8 sekepala.
orang tua plak, RM18 sokayyy la kan.


:: sarah amik turn pertama ::

mulanya aaliyah agak memberat hati.
tapi aku pujuk-pujuk.
kendian pasrah.


:: gambar sebelum n selepas ::

rambut memasing melebat.
biasa kaktin zasss sendiri jer.
pasal cepat sgt panjangnya.
nak simpan panjang mengurai tu rasanya idokla kot.
tunggu la besar2 sok. dah pandai jaga rambut sendiri.

diorang ni, kkdg aku sebagai ibu pon leh confuse.
padahal kalau tengok bebetul idok la sama sangat.
cer tengok sekali imbas, macam sama.



:: sama tak? ::



March 21, 2012

Beli Henfon Murah-murah

haritu koop opis kaktin buat offer.
ada kaunter celcom mai.
kaktin pon pi la usha.
sembang pi sembang mai tertukar plan celcom skang.
amik plan yg exec50 + RM68 unlimited broadband data.
dan dapat offer satu henfon samsung galaxy y dengan harga RM68.
amik jerla. bukan senang nak dapat henfon murah yer dok.




seminggu selepas tu, henfon samsung tu pon sampai.
kaktin niat kasi en.nahar sementelah dia tak betah memakai bb bold skang.
mungkin dia akan suka henfon kayak gini.
apa-apa jer.

dengan berbekal azam dan tekad next day nya,
kaktin ajak maya teman pi pertama.
mau servey henfon lagi. hehehe.
tak abis-abis.
kaktin bawa 2 biji bb bold 2 dan sebiji nokia E71 milik en.nahar dulu.

mau trade in jika ada offer yg best.
kaktin takmo la topap bnyk.
bajet sekitar max pon leh topap RM300.



sampai satu kedai ni setelah servey 2-3 kedai sebelum.
makanya kaktin esep the deal.
dahla tokey kedai pemurah.
macam-macam free gift dia kasi kaktin.
bukan kaktin jer dapat, maya pon dapat.
kaktin syak dia suka dekat maya. hahahaha matikla.
pendek cerita pas pong pang itu ini kaktin pon sebulat suara amik
blackberry torch 1, OS6.
dengan hanya penambahan RM150 saja.
so. jimatlakan.
hiks.

:: kali ni kita amik kaler putih plak ::

yang boleh nekad trade-in jugak tu pasainya
kalau biar lelama model tu akan outdated.
so, sebelum harga dia jatuh lagi
kita kasi trade-in jerlah.
#alasan.


March 20, 2012

Birthday Celebration : Sentul Curry House, Jalan Ipoh

bos pompuan kaktin yg pemurah suruh kaktin arrange satu makan-makan
sempena birthday managersnya di dalam bulan march ini.
en.kamal n hj.asmaddin.
makanya kaktin pon menjalankanlah tugas itu.
beliau nak belanja dan memilih untuk tidak membuat
makan-makan tersebut di dalam premis bank.
kami ke sentul curry house, jalan ipoh.

4 kereta semuanya.
satu kereta bos besau membawa en.kamal.
3 lagi kereta membawa yang lain-lain.
kaktin ofkosla memilih kereta mewah untuk dinaiki.
wahahha matikla. kaktin naik kete merc hj. asmaddin
bersama 3 lagi umat lelaki ghaz, syed n hakimi.
kereta kumar menempatkan 4 jelitawan dept. iaitu
bos kaktin, pn. HJ, pn. sel and pn.PCS manakala
kereta en. AMA membawa TKK, Zul dan CHCM.

kaktin lupa nak reserved tempat.
nasib la kereta kumar sampai awal, dan dapat mengechop
'private room' berhawa dingin.

:: happy faces ::


:: nah amik kau. semua ni licin! ::

kekonon kaktin kata tak minat ler makanan india kan.
sudahnya makan kat sini sedap oooiii.
especially ayam sambal dia.
tak menahan. rempah ratus bikin sendiri kot.
sedap sungguh-sungguh.
patutla femes tempat nih.

:: air teh tarik dan ari durian belanda ::
:: nasi kaktin ::

ini nasi dan lauk pauk yg kaktin amik.
pas abis nasi ni, kaktin kontinue ratah lauk.
hehehe bes bes.
pas setel makan. pakat dok bercerita isu terkini.
antaranya isu smoking di kalangan mereka.
takkan kaktin plak smoking kot kan. tak sesuai.
abis makan. abis sembang tunggu apa lagi.
jom kita balik. petang ada meeting plak.
zassssss......

trivia : this is my second time here. first time ke sini KLIK SINI.


Renoma : Beli RM90++ boleh dapat Tumbler cap Renoma.


hari selasa lepas, kami bercuti lagi.
kaktin paksa en.nahar jenjalan.
ikutkan kepala otak dia, nak lepak rumah saja.
walhal dia cuti panjang lagi.
kaktin dah nak keje dah esoknya.
lepas pujuk pujuk pujuk,
kami ke pyramid saja.
merempit.




en.nahar mmg memalas kalau nak drive.
katanya susah parking la, jemla, bla..bla..bla.
fine, motor pon motor la.
janji sampai sudah.

mulanya misi mencari selipar en.nahar.
tetapi sudahnya gagal.
yg dapat 3 kotak spentot beliau berjenama di atas.
lalu percuma seperti gambar di atas.
mesti kalau bawa tumbler tu terus org tertancap cap spentot kan.
makanya, nak kasi sarah la bawak pi sekolah.
ok kot kan?

March 19, 2012

Lunch Mamak Tepi Sungai. Peria Goreng yang Rangup Krup Krup

nuffnang sudah kasi kaktin satu BE.
makanya kaktin kena update laju-laju.
so that duit nuffnang dapat naik laju-laju jugak.
#walaupuuunnn.

di suatu hari yg permai seangkatan pegi lunch.
oleh sebab i don't have a choice zasss jerla nasi mamak.
mak bukan penggemar nasi mamak yo.
tapi dah lapau bebenau, mak rela jer.



nasi putih, kari ayam peha sayur + teh ais.
memula makan ngan sudu tu.
tapi rasa cam tak ngam ho jer, p basuh tangan n makan ngan tangan.



pastu pastu pastu, ternampak waiter anto sayur peria goreng ni kat meja sebelah.
terus teleyo-leyo. makanya order sepiring.
mmg sedap pong. krup krap kunyah.
tapi makan tak abis pong.
nasi melambak nau.
cukup time bergerak pulang.



ternampak deretan kepala patung ni atas tong sampah.
i was like iueww iuewww perlu ker nak pomot tudung sampai atas tong sampah.
tak wangi ok.
so please tokey kedai do something.
sapa yg terbeli tudung yg penah dok kat sini nasib korang ler,
kena samak banyak kali lerr kot.
hiks.

Handbag Organizer from Ladies Deals


ini namanya handbag organizer.
kaktin terbeli secara online itu ari.
dari fb ladies deals.
best jugak.
kiranya natang ni boleh tidak membuatkan beg korang huru hara.
well organized la kiranya.
punyala nak tunjuk compartment tu,
habis henpon opismet kaktin, kaktin rembat.
sumbat situ. nak kasi nampak. hiks.
RM21 saja (RM16 + RM5 kos poslaju).
sapa nak, leh skodeng fb ladies deals yer.


March 18, 2012

Kau Pergi Jua : Al- Fatihah buat Sharifah Safiah


Assalammualaikum kakpah.
apa khabar ko kat sana?
aku harap ko sedang aman dan damai di tempat-Nya.

tanggal 17 Mac 2012, perginya seorang sahabat, kakak
yg hampir 10tahun aku kenali.
kami berkawan baik, gaduh, baik gelak
menangis bersama.
dia umpama mentor aku dalam kerja seharian.
yerla, aku baru masuk keje kot time tu.
dia puji aku, dia kritik aku dan dalam
masa yg sama kami bergembira bersama.

dia sangat open-minded, cuma kau jgn tego
dia time dia makan.
boleh sentap oooo.

kalau nak dihitung kenangan bersama dia mmg takkan cukupla
nak ditaip kat sini.

gambar di atas diambil pada 15 Mac 2011.
yeap, almost satu tahun sebelum dia pergi selama-lamanya.
ketika ini, beliau sudah ambil maklum yang beliau
menghidap kanser pankreas stage-4.
kalau nak diikutkan jangkahayat doktor mmg takkan lama.
tapi beliau seorang wanita yg kuat, tabah.
dia melawan sel kanser itu untuk kembali pulih.
selama lebih setahun dia berperang dengan penyakit itu.
 
tapi Allah lebih sayangkan beliau.
kepada keluarga, saudara-mara, sahabat handai beliau
marilah kita redhakan pemergiannya.
semoga roh beliau tenang di sana.
AMIN.



March 16, 2012

Si Merah dan Si Biru dari Paris

ewah tajuk kemain kan.
yg sebenarnya kaktin telah kirim seketul beg longchamp.
longchamp made in france tau.
dibeli dari butiknya di paris sana.
member kaktin pegi, dan dia bukak order sama kaktin.
rasa cam ralat lak kalau tak order.
yerla murah banyak dari online harganya.
so belek-belek website nekadla kaktin nak yg kaler merah tu.




tetiba bila member kaktin dah balik sini 2-3 hari,
dia buzz kaktin plak soh cari buyer utk satu lagi beg LC.
terus la kaktin minta spesifikasi beg tu.
haih, rasa cam kenot resist plak.
makanya kaktin rembat.
jadinya kaktin ada 2 la beg LC si merah n si biru.
dedua pon dari paris.
oleh kerana kaktin amik dua, member kaktin kasi free paper begnya.
wahahahaha paper bag pon nak jaja.
lantak. bukan senang nak dapat nih.
thank you wawa!


:: paper bag gedang ::



:: si biru berzip, si merah zipless ::

mari mari ber longchamp sesama.


March 15, 2012

Ayam Penyet Express @Sunway Pyramid

hari selasa lepas aku n en.nahar bercuti.
makanya kami berdating berduet merempit dengan en.nahar tu,
pada mulanya kami nak lunch mekdi jer.
tetiba terlalu depan kedai ni terus nak kasi cuba.
ayam penyet express.
authentic indonesian cuisine katanya.
dan sambil makan berbackgroundkan lelagu indon.
lagu rossa. i loike. so layan.



longan cincau for him.
happy soda (bandung soda) for me.



kami amik set A.
ayam penyet.
ada beef ada catfish ada prawn ada pomfret and ribs juga.
(macam kan korang takleh baca sendiri kan).



ini plak sebahagian dari menu air.
air happy soda kaktin tu, en.nahar kata boleh jer bikin sendiri kat rumah.
ek eh, biarlah org nak minum air tu kat kedai pon.
*jelan lidah*



dan ini dia rupaparas set A tersebut.
sangat jauh beza dari rupaparas sebenar di menu.
walaupon rupaparas dia agak mencomot,
tapi rasa dia sokayyy la.
sedap lagi ayam penyet kat lanai n wong solo.
ewah petik nama kedai hat best, mestilah best.
yg penting kami makan abis licin.
so, tak membazir di situ.
sekian.

Kerana Kasihmu by GX4 (KOOL, NICO, A to Z dan SHADES)

Lirik Lagu Kerana Kasihmu (Ost Vanila Coklat) – GX4

VERSE :
Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cinta mu takkan ku persia

PRE CHORUS :
Andai dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terimalah diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …

RAP:
Role … Role … Role … Roda berputar laju
Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Terlebih rindu … Terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita
Selama-lamanya …
ho hu ho ….

Verse 2 ;
Semusim tlah berlalu menggamit jiwaku
Di saat diperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku hidup tanpa diri mu kasih
Tak terdaya ku meluahkan nya

PRE CHORUS :
Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku




tengah syok layan lagu ni.
eh chop korang kenal ke group-group kat atas nun?
sapa yg lahir ujung 70an and early 80an kenal la kot.
mmg ngetop habis groups ni masa era 90an.
skang diorang wat come-back.
nyanyi lagu ni ramai-ramai.
asyik banget!

kaktin try la pos sikit clip sora kaktin kat wall diorg.
sekali riot kumpulan kool puji ko.
harusla mak mengembang bontot.
dulu masa kumpulan kool, mmg minat si riot ni.
pasai terror nari, pastu ala-ala MJ.



:: ini masa petang ::



:: pastu dia balas lagi malamnya. ha3 perasan toksah kira dah kaktin ::

korang-korang kalau nak tau perkembangan GX-4 join la group ni kat fb.
search for Generasi-X4 yer.
diorg aktif jugakla layan peminat kat sini.

sapa yg penah minat kumpulan nico mesti rindu nak tgk affa n dino kan.
tengok gelagat diorg masa pembikinan ini video clip.
kelakar oooo.




tak cukup dengan itu, riot post lagi compliment kat wall aku.
aduyyaiii dan dan rasa terawang di langit biru.
kalau korang dengar clip sora kaktin tu, pastu korang rasa tak sedap
kaktin tak kesah kalau korang nak keji.
hikhikhik. kaktin mmg syok sendiri jer.
da daaaa....

heart my community