Followers

January 31, 2011

Khurafat


seminggu dua ni kaktin sangat membizi.
tolong bos dan juga department setelkan krisis.
heh. krisis apa korang jgnlah tanya.
P n C gitteww.
hinggakan separuh sabtu kaktin terkorban.
kena keje dowh.
tapi takper, kaktin suka.
a new experience learnt.

minggu lepas, dpt 3 tix for Khurafat.
undangan dari sahabat kaktin.
mulanya dia offer di fb.
sementelah kaktin membizi,
jadi kaktin tak tau lah.
seb baik, sahabat kaktin lagi sorang roger.
zasss kaktin call ayu.
tanya-tanya filem Khurafat.
haruslah menggelitis nak tgk,
memandangkan asik baca review kata best.

ayu shakila. reporter from nstp.
biasa pun dia tgk preview filem baru.
filem ni dia tak sempat tgk preview,
tu yg dpt tiket lewat.
tak kesahlah, janji free. tq AYU!

so, don't u ever try to mess with me.
mak ada kawan reporter, jgn sampai citer uolls masuk paper.
wah! macamkan kaktin artis dan berkawan dengan artis gitu kan.
bak kata kawan fb kaktin 'celebritney'.
vocab baru neh.



3 tix tu kaktin bersama beradik tiris la join.
ayu dpt 5 tix. 2 dia dan suami dan lagi 3 kami la.
show di midV.
pas keje shoot ke sana.
makan-makan lu kat mekdi sekejapan ayu sampai,
terus masuk panggung.

story-line not bad.
fresh. tapi kan kaktin tak rasa suspens pun.
naper eh? tgk citer tu mcm tgk citer kelakar plak.
kaktin boleh gelak time scene terkejut².
apakah??? my mistake..my mistake.
tapi scene anna (sabrina) kelar tangan dia dgn pisau tu,
kaktin tak boleh blah. ngilu ooiiii!
meremang segala bulus ado. haih.

kaktin kasi 3.5/5 stars.
syabbas dekat tuan director SY.
watak dia dlm tu sgt terkesan sekali.
nyum..nyum bak kata sopi.
kaktin pun rasa sesuatu ooiii. hahahaha. gilo.

January 30, 2011

Minggu Busy SeDunia


:: cheeseee ::

wohoho.
minggu ni minggu dilanda garuda.
have a few more days to end.
esok, kaktin akan membizi di bilik operasi.
9am - 6pm *to whom it may concern yer*
operasi apa korang jgnlah tanya.
kaktin pun tak tau nak xplain gimana.
yg pasti more to customer service la kot.



smlm sabtu, keje half-day.
tolong² team members takat mana terdaya.
hope can ease them a bit kalau tak banyak pon.
pas keje, zasss balik rumah.
pagi en.nahar anto so balik kaktin panjat tren.
pastu zasss plak ke taman melati.
my cousin's wedding.
dpt jumpa sepupus tersayang sgtlah happynya.
sampai kat dewan tu around 4pm.
org dah tak ramai, so boleh pos pos dengan perantin
tanpa sempadan.
pastu, amik pics gedik-gedik dengan en.nahar.
wahahaha layankan jerla yer.


:: selamat pengantin baru! ::

balik dari taman melati, singgah desa andaman plak.
MIL ada umah achusiti.
tlg tengokkan anak-anak beliau.
beliau pegi kursus.
the best part, malam tu jugak beliau akan fly.
amboiiii berjalan saja awak kan.
semoga perjalanan pergi dan balik kamu
baik-baik ajer. have fun!


:: en.nahar dan bb qeqel ::



:: sarah dan WAZ ::


January 28, 2011

Rinduku Terubat :) Alhamdulillah

syukur alhamdulillah.
rentetan dari entry lepas,
henpon kaktin elok jer port atas meja pc nih.
terus cek msg n miskol.
ada 4msgs n 4miskols.
semua pun tak urgent.
lega bila dah dpt pegang n tgk henpon kaktin tu.
heh. over ;P


Berguna Juga App MobileMe ni eh...

demmit.
pepagi sampai opis, selongkar beg cari phone.
gelabah dah, takder.
selalunya mesti ada punya.
kali ini betul-betul takder.
aiyoooo mana plak aku campak neh.
jgn gila-gila. kaktin tak penah tak bawa henpon.
tapi kali ini, kaktin gagal.

pk p pk mai, tetiba teringat.
yes i can locate it.
zassss masuk me.com.
dan, alhamdulillah ia berada di sini.


:: harap-harap ada dlm rumah lah,
jgn luar rumah plak. huhuhu ::

dan, semestinya lunch time ni
kena zasss balik rumah la pulop.
aiyoooo.


January 27, 2011

Breakfast di Hari Khamis

Tgh breakfast dgn maya.
Makan kotiau grg n teh o suam.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kuching,Kuala Lumpur,Malaysia

January 26, 2011

Via My Henpon

new app from installous 4 downloaded and installed.
hopefully blogging will be as simple as 1,2,3 gittew.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan PJS 1/52,Petaling Jaya,Malaysia

January 25, 2011

Hari Ini, Hari Selasa

ok fine. hari ini hari selasa.
so? hari ini kaktin gaji n ada sikit kenaikan.
syukur alhamdulillah atas rezeki dari Nya.

dah lama eh kaktin tak update blog.
tadi minum² ngan maya,
dia tego. 'ko dah lama kan tak update blog?'.

yer. memang pun. entahlah.
don't feel like to update.
caner?
mmg la korang takder jawapan kan.
hidup kaktin skang ni ada sikit gumbira,
sinar, bahagia kot.
wah cam haper jer.
macam kan korang kisah pun kan.
yang penting i love MAGIKA!

January 14, 2011

Kita Sudah Dapat Pemenang!

tepat pukul 1:56pm tadi,
kaktin received this email.
sudah ada org bertuah captured stat 100k kaktin.




Tahniah buat AFIF.
berjaya mengapture stats counter 100k.
apa yg AFIF bakal dpt?
rujuk image di bawah.
ko jgn berangan aku nak belikan kau iPod.

ok, fyi jugak ini org terror IT oooo.
sapa2 ada problem dengan gadget apa-apa ajer,
boleh la contact beliau dengan bayaran serendah RM40 sahaja.
korang roger jer dia.
nak cari beliau dia FB dgn nama AFIF RAIS.
pastu, korang godekla sites dia kat link di atas.
dia bikin servis mcm mcD delivery.
katanya dia boleh pi satu malaya.
katanya la. korang nak kepastian, sila roger tuan tanah sendiri yer.

:: inilah hadiahnya. apa yer??? ::

*CPU kaktin bersama beliau sedang direformat, ko anto CPU tu nanti aku kasi eh ;p *


Jom Kejar Stat Kaunter 100,000

STICKY MODE :)


dah lama pun pk nak kasi hadiah dekat korang.
pertama-tama pasal dpt bonus tu kan.
sekalian di merge kan dengan contest gini.
ok la kot.
jom jom sapa-sapa dapat capture stat counter

100000

dan emailkan kepada sarahaaliyah@yahoo.com
bakalan mendapat habuan dari kaktin.

singgah-singgahlah selalu yer :)

January 13, 2011

I Am Tired!

smlm sarapan dgn my x-kolig.
bercerita pasal anak-anak.
aha, dia lelaki bujang yg sudah
mengganjak usia 50an.
tapi masih gagah. gitu.

aku sekadar meluahkan perasaan.
kkdg, aku rasa letih.
sangat letih.
bukan nak merungut, cuma niat
nak lepaskan apa yg terbuku.
balik rumah layan anak-anak yg 4 itu.
mereka makin membesar.

setiap hari perlu siapkan 4psg uniform.
2psg for sekolah kebangsaan, 2psg lagi sekolah agama.
4 beg sekolah juga.
then, my third pun sudah masuk tadika.
every morning, 3-3 mereka kena bangun awal.
kena mandi, bersiap dsb.
belum kira kalau2 fatihah amokan ablasa.
semua tu kena take into consideration.

mesti ada contigency time.
kalau2 hari hujan.
kena buat pusingan dengan kereta.
ke sekolah dan ke neseri.
tapi kalau hari ok, 2 org yg sekolah
bonceng motor ayah mereka.
aku ke neseri jer antar lagi 2. gitu.

my friend tu kata, 'tapi u nmpk ceria jer'
yes. i am.
i have to.
takkan nak layan menten serabut kot.
heh. tersenyum member.
dan dia pun agree.

January 10, 2011

Jom ke UiTM Puncak Alam Kita!

pls take note, yg ini kisah berlaku last weekend yer.
penulis terlupa publish. heh.


:: kami yg di dalam bulatan biru,
sedang menuju puncak alam ::

bapak punya jauh oooiii nak sampai uitm ni!
alkisah, adik bongsu kaktin dpt further kat sini.
makanya ayah dan juga emak² pun dtg la bersama
beliau nak mendaftar.
kenapa emak²?
pasal kaktin ada 2 emak laaa...hehehehe


:: ayah dan emak² ::


ok. pada pagi hari kejadian dah setel la anto nyer.
tengahari tu, diorg balik umah kaktin di pj.
tetiba petangnya, ayah mcm tak sedap ati.
katanya dikcik (nama manja) minta nak cerek letrik.
so kaktin bawa fatihah ngan ayah pun start keta gi beli cerek letrik.

kaktin bukan tau pun jalan. mmg harap dkt ayah.
ayah pun baru gi sekali pagi tu.
sampai tengah jalan, kaktin on google maps.
yerla, henpon kaktin takdo garmin dowh.
maps pun maps laaa.
alhamdulillah kami di jalan yg benar.

tapi, kenapalah sepanjang jalan tu takder langsung
signboard uitm?
confuse oooo...nak plak ayah citer ada sorang budak ni
dari sabah. tak baca alamat bebetul.
dibantainya ckp dgn pakcik teksi dari klia ke uitm shah alam.
tak pepasal kena plak bayar lagi RM50 untuk ke puncak alam.
ishk ishk ishk. nasib nasib.
moral of da story UiTM Shah Alam berbeza dari UiTM Puncak Alam
juga berbeza dari UiTM Puncak Perdana. ada faham?

tp kawasannya cantik la. kata tempat baru kan.
rasa sayu lak masuk lam tu.
teringat masa kaktin sekolah² dulu.
hehehe tetiba emosi.



:: bangunan ::









:: motip nak amik pic tulisan
UiTM Kampus Puncak Alam ::

memang PUNCAK pun!

blogger-emoticon.blogspot.com


Rahsia KakTin Jelita ;P

ya. tajuk tak boleh blah.
sesekali kaktin nak wat entry pepoyo weih.
kasi can la.
ini rentetan dari pic kaktin di fb ari jemaat lepas.
start dari kaktin bekpes kat kafe,
sampailah sepanjang jalan kaktin balik opis.
semorang yg kenai kaktin, semua pon tego.

kakmin : ko dah macam salesgirl jusco.
mr. RK : mcm pengawas sekolah.
ros : kak, ko mcm stewardess awan dania.
*pastu dia tukar, jadi mcm pemidato plak*
kakana : kaler baju kau tu, baju tu tak salah.

knowing me yg esep jerla mmg takder hal pun.
sesekali org tego baju kita.
itu bermakna org nampak kewujudan kita.
tapi idokla kaktin nak membangga diri ke hapa.
sapola kaktin ni pun. bukan artis malah bukan jua diva.
*huahuahua berangan sampai centu sekali*
hanyalah seorg insan biasa yg tak punya apa.

ok ok berbalik pada kisah baju yg kaktin pakai nih.
untuk pengetahuan korang, baju n skirt tu
dah berjaman pun.
skirt tu kaktin beli masa belum kawin pun.
kat top girl semua house.
kaktin pi beli ngan kakpah.

pastu baju tu plak, pemberian seseorg dari dept lama.
masa tu, katanya baju tu agak besar dgn beliau.
so, nak jadi rezeki kaktin. kaktin zasss jerla.
cap agenda from jusco. *hah no wonder laihikhik*.


:: cer korang belek tarikh kat pic belah kanan ::

tetiba rasa cam bengong plak wat entry ni.
korang maapkan jerla kaktin yg ketandusan idea mau update.
tapi nak iklan nuffnang masyuukk.
tapi takmo update, caner tuh?
korang pk la sendiri ehsengihnampakgigi.

blogger-emoticon.blogspot.com


January 09, 2011

OST Hikayat Merong Mahawangsa : Sedetik Lebih by Anuar Zain

syahdu sungguh layan lagu nih.
patutla, adik badik KRU yg bikin.
mmg terbaeekklah didendangkan oleh anak pak zain lak kan.
jadinya melathopp kebaboom!


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

EDRY ABDUL HALIM

blogger-emoticon.blogspot.com


January 06, 2011

Kalau Dah Tak Sabar, Terus Kena Tahan Polis huhuhu

ini cerita minggu lepas.
adusss kenapalah kaktin sgt memalas mau update blog nih.
yer, bz pun. cerita maaanyak ada tapi masa tak mengizinkan.
ok back to the topic.

minggu lepas, mau ke the curve.
ikut penchala link.
ada sesuatu yg kaktin nak grab.
itu yg merakus jer tu.
lepas jer tet tet smartag tol,
terus kaktin pecut.
walhal situ 80km/j jer.
jeng..jeng..jeng...lepas jer 3-4km dari tol,
sudah ada segerombolan umat beruniform sedang
gigih menahan keta termasuklah keta kaktin.
OMG! matiklaahhh apa nak jawab ngan en.nahar nih.
ok ok remain calm yer kaktin.

lepas benti, kaktin pun bukaklah tingkap.
sorang opiser yg baik hati itu telah memberitahu
kaktin speeding 118km/j di kawasan speed limit 80km/j.
dia mintak lesen.
kaktin pun apa laga. terus la merayu domba.

kaktin : encik, saya tak sengaja. baru balik dari meeting nih.
opiser : ooo nak pegi meeting, keje mana? *dia salah dengar kot*
kaktin : saya keje *tet tet tet*.
opiser : alamak, bahaya nanti kena beku.
kaktin : *apa yg nak beku nya pun* - conpius - ala cik, saya tak sengaja.
opiser : *berfikir sejenak* errmmm ok lah, takper takper. lengkali jgn buat lagi.
kaktin : Alhamdulillah. Terima Kasih encik! *lebiu !*

syukurrr kaktin terlepas.
fyi, this is my first time kena tahan wei while i'm driving.
ada gakla sekali kena 5-6 tahun sudah, tupun en.nahar yg drive.
mana tak cuak. huhuhu.

sampai jer kat the curve. kita makan dulu!



:: katanya Taiwan, tapi Malaysia Origin fikir ::



:: air bijik-bijik ni layaaanssszz ::



:: dumpling sedap ::



:: nah amik kau, semua tu set kaktin yg punyo! ::


setel makan maka pencarian dan misi pun diteruskan.
sekian.


January 04, 2011

Hari Orientasi Aaliyah Darjah 1 di SK Petaling (1)

hari khamis lepas, kaktin bercuti.
alamak, tetiba teringat entry Malaysia juara Piala Suzuki 2010 belum bikin.
ishk, mmg la kau blogger ala-ala jer kaktin.
sila esep. BAEEEKKK.

yer kaktin bercuti sempena mau membawa
aaliyah my second gal ke orientasi sekolahnya.
sekolah sama seperti sarah tahun lepas.
masih di SKPetaling (1).
sarah pun ikut jugak aritu. buat teman.
glamer jugak sarah di kalangan cikgu².
yerla, katapun dia baru nak naik darjah 2 kan.
haruslah cikgu² darjah 1 masih kenal akan beliau.



:: aaliyah nurashikin bt mohd. nahar ::

mula-mula, kami breakfast dulu.
pastu gi sekolah agama mau amik borang mendaftar.
kenapa tah, taun ni boleh lupa nak register si aaliyah.
nasib baik senang jer. amik forms pastu on first day sekolah
boleh bawak dia sekalian.


setel di sekolah agama, baru zasss ke skp (1).
knowing tahun lepas yg agak melambat,
maka kaktin pun melambat-lambat la sampai. heh.
ngelat. betul pun. sampai jer tulis-tulis nama then
duduk dengar taklimat.
bab taklimat ni yg boring sket neh.




ooo taun ni ada kurikulum baru diperkenalkan.
iaitu KSSR.
perbezaan KBSR dengan KSSR?
KBSR memfokuskan hanya 3M (membaca, menulis dan mengira).
KSSR pula fokus 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).
KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011
bermula dengan tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara.




selesai taklimat, aaliyah dan semua murid lain dikehendaki
menjalani ujian saringan nak tentukan kelas.
masa ni, kaktin n sarah gigih isi segala form.
lenguh gakla tangan memandangkan nama aaliyah memanjang.
huhuhu tula, dulu masa kasi nama anak tak pk.
skang sendiri susah. tapi takper, at least dia berpengalaman
menulis pepanjang gitu. *positip*
sarah sudah sentap pasai kaktin asik tulis nama aaliyah jer.
aiyooo kakak, nama pun adik yg nak masuk sekolah kan.
apa-apa jerlah sarah.


:: dia yang kidal ::

blogger-emoticon.blogspot.com


January 03, 2011

Susu Anmum dari Sky Net :)


di suatu malam, seraya melabuhkan paler di bantal.
henpon berdering lagu 'insyaAllah by maher zain'.
cek nombor tak kenal 014 lak tu.
ishk, moskel sungguh siapakah?

aku : helo...
caller : helo ini zami bla..bla..bla...*suara lelaki garau*
aku : ya saya, sapa nih? *cuak*
caller : ooo saya dari sky net...
aku : ya ya ada...
caller : amboii cepat jer ada...
aku : hahahaha kata nak hadiah kan...ok, dik boleh naik skang.
caller : baeeekkk....



ni ha dpt sekotak 650gm susu di atas.
ada masuk promo anmum ni ha.



sesapa yg ada minum or kasi anak minum ini susu.
korang leh collect hujung pencedok seperti di gambar bawah.
kalau yg pepel tu collect 6ketoi.
kalau yg kuning lak collect 12ketoi.
then anto ke anmum.
add and any further details sila klik SINI.


:: pencedok ::


January 01, 2011

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

“Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal,” katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. – mstar online

Takziah buat keluarga Faizal Yusof.

Semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan org² yg beriman.


heart my community