Followers

April 09, 2010

CI : Parking Wars

Smlm, dpt MC. kena CB = Cherry Berry. hukhukhuk…seksa ooo dari kul 2am sampai subuh dok ulang jamban. membuang lak kuar air semata-mata. tapi, seb baik tak sakit. so, bila sampai time memulas kasi buang jerla. seb baik dok kat umah, boleh la tak payah pakai suar. heh!

pepagi pas anto budak-budak aku merempit ngan en.nahar gi klinik. memula gi kinik kat OUG. doktor baru jer balik kata pembantu klinik. next doktor kul 8.30am. aiyooo sesia jer tulis kat depan sebesar2 alam klinik 24jam. podah. dah la masa tu baru kul 7.30am. nak tak nak gegas la plak ke pusrawi seksyen 14, memandangkan kinik pusrawi bukak tepat kul 8am.

setel acara jumpa doktor, maka secara rasmi dapatlah aku sehelai sijil yg tak ternilai harganya. poyo. sijil tu pertama kali aku dpt dlm tahun ni. harap-harapnya pasni takmo dahla. huhuhu mau jaga reputasi yg tak berapa haibat nih. ek eh, tajuk lain tapi mukadimah ke laut lak.

takder, petang nyer plak aku terrrlayan channel crime & investigation network sementara budak-budak nak balik. aku tugaskan achikmimi n achikrizal pikap budak2 dari neseri.

ci:: parking wars : meet the people you love to hate! ::

kesah berkenaan jenayah parking yg berlaku di bandar PHILLY? alamak, aku tak pasan lak exactly nama bandar tu. tapi mmg kat situ serius tul kalau sesapa meletakkan kenderaan sesker ati.

memula dia tunjuk scene minah pemberi ‘ticket’ kepada penjenayah parking ni. taulaaa kalau dpt tiket saman, pasti ada jer pemandu yg defensive. ada plak satu keta tu park kat tepi pili bomba uolls. hihihihi dan dan tingat kat seseorg. siapakah??? biarlah rahsia.

ada plak yg kereta diorg siap kena tow, dok berkampung kat tpt khas untuk kereta2 yg salah parking ni. nak kuarkan punyala seksa. nak kena bayar itu ini. kiranya, brp hari keta ko dok situ pun dikenakan bayaran. nak tak nak korang kena cari duit cecepat supaya harga sewaan parking lot kat situ tak bertambah-tambah.

ok, berbalik pada mereka yg kena saman tapi tak bayar. kira merujuk pada yg ketegaq takmo bayar tiket saman la nih. ada plak, satu van khas ditugaskan meronda sesambil scan plat keta kat kawasan tu. plat keta diorg tu aku syak ada mekanisme yg boleh di baca oleh alat van tersebut. so, kalau plat number tu penah masuk sistem atas kesalahan parking makanya si pekerja aka si pemandu van akan benti dan kuarkan ‘clamp’ lalu meng’clamp’ kereta tersebut. tapi kat situ diorg panggil ‘booting’.

adala plak sekali tu, dah la van tu di park kat tgh2 jalan punyala nak ‘clamp’ keta org, sekali ‘clamp’ tu plak rosak. jenuh laaa org belakang van queue selagi upacara meng’clamp’ tak setel.

apa-apa pun, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana sistem kita takder la sekejam sistem diorg tu. so, marilah kita menyahut seruan kerajaan demi memartabatkan 1Malaysia. ek eh….

2 comments:

payiet said...

macam aku tau je sapa yang park kat pili bomba tu kak. Tapi kan aku yakin ada yang kene gelek ngan wira warok pasnih haha

TiNiE said...

yit : kihkihkih tau takper....

heart my community