Followers

August 30, 2009

entry berpassword - pic aku beserta rambut baru. heh!


Show encrypted text


sapo nak tgk boleh mintak pw via apa saja yg korang boleh reach diriku eg. YM, SMS, email dsb. *wanita sahaja yer* hormatilah diriku ini. ehek....

August 29, 2009

MC di hari kedua

kisah ari jumaat. i'm still on medical leave. seharian di rumah saja. pekerja tak dtg arini cos hujan. aku mengadap pc jerla since umah pun macam kapai pecah sampaila ke petang. sebelum gegas g amik budak-budak aku decide mau memanjakan diri sekejap. mintak permission en.nahar mau potong rambut.

sesampai di kedai rambut berkenaan, tetiba tanduk syaitan yg tak berapa panjang menjadi panjang. terus tanya offer for rebonding. tetiba tingin weih, mau buat rebonding. jgn tak tau, this is my first time doing rebonding n doing something to my hair! gigilllll.

peh, lebih 2 jam weih. tak taula aku nk wat rebonding ni sampai makan masa berejam. walopon palaotak aku yg satu ni digodak oleh 2 org. harus aku set dlm palaotak pasni no more rebonding session. membazir masa aku jer. tapi, demi niat 'to look different' in front of my hubby only *niat nih* aku teruskan jua.

selepas sesi rebonding n alter lebih kurang rambut kasi kemas takderla menjelma jadi rupaparas fasha sandha pun, still rupaparas zamihartini *heh*, en.nahar terjah saloon dgn fatihah just nak inform aku yg dia sudah amik fatihah n my part just to pick up another 3 kids.

dah setel tu, acara pembayaran pun berlangsung. dan dan tu la, tokey kedai tu kuarkan pakej shampoo for rebonding la, minyak la, segala mak neka la. aku pun, malas nak pk panjang zasss jerla. there goes my money di hari yg tanpa aku pegi memana pun. padan muka aku.



:: first time gak ni guna alat ni, peghaknyaaa ::



:: dua kali gakla 2 org ni blow rambut aku ::



:: pakej shampoo specially for rebonding ::


August 27, 2009

sakit mata vs agen P1 w1max yg mengong...grrrr

assalammualaikum. apa khabar semua. harap-harap sihat la hendaknya yer. *dah mcm anto surat kat pen-pal la plak kekdahnyer*. heh. just nak inform aku on MC hari ini dan esok. dari smlm lagi dah syak mata ni nak memerah. so, balik opis smlm terus zasss ke klinik. dah setel kat kinik, ujan lak turun mencurah. bersepakat nak berbuka di mcdonalds OUG saja.

sesampai di mcD, jam udah menunjukkan kul 7pm. sempat la aku pasan, ada booth p1 kat situ. mmg dah lama simpan plan, nak tuko maxis brukben ni dgn p1. dah bnyk testimonial pasal p1 ni kkwn kasi. since maxis asik kedaung jer lately nih, aku pun terus la mampir ke booth tersebut mau mendptkan info. manala tau ada offer baeeeek punyer.

ada 3 org chinese man kat situ. 2 org berbaju pink, dan lagi sorang berbaju itam. mereka ini duduknya satu meja. so, aku pun takderla nak differentiate sgt terus la aku tanya. kalau modem biasa p1 yg itam kotak tu aku dah tau la sikit2 info. yg penting monthly RM49 compared to maxis skang yg aku pakai RM68. so dah agak jimat di situ. tapi, kata mereka stok untuk itu dah abis, tinggal yg ada wi-fi jer.

aku pun, apa lagi tanya-tanya la plak modem yg ada wi-fi tu. chinese man yg baju itam tu yg beria menerangkan dkt aku. aku mmg puas ati la. yg peliknya, mamat baju pink tu sudah hangin seems like si mamat baju itam sudah rampas kastemernya. to cut it short, lepas jer aku isi form subscription telah berlaku perebutan form di situ sampaila form tu koyak. huwaaaa!!!! malas aku nak tggu lagi aku capai mana yg patut terus aku blah.

yg aku tak puas ati, kalau korang betul² nak gadoh bertumbuk tumbuk jerla terus. takat tarik-tarik form sampai koyak. apa kesssssmarah!!!!

August 26, 2009

PF djepoi - PENERANGAN

akhirnya, yg ditunggu pun tiba. PROJEK FANTASIA (PF) bersama djepoi.

ari senin lepas, aku cuti. saja nak tggu di rumah. djepoi n kroni mau serang rumah. heh. katanya nak makeover dapow n hall kan. so, sesampai jer rombongan djepoi terus tak berlengah dia kasi penerangan. memula hall, pehtu di dapow lak.

punya la expert, main conteng2 kat dinding jer. pehtu lukisan dia pun zass zasss menjadi ko. hebat..hebat. *clap..clap..clap* member sapa la tu. serbaboleh djepoi ni. jadi DJ pun manthop, jadi pelukis plan pun hebat tu blum kira meniaga bukak stall di pasar ramadhan, mmg SIKALIAUUU katanya. syabasssss. *tak paham rujuk blog beliau makna sikaliau*



:: semua pekerja pun melayu, dari wireman sampai la ke tukang ketuk ::



:: haaa main conteng-conteng dinding jer ::

so korang, pasni kalau takder idea aku zasss citer progress umah jerla yer. korang jgn bosan tau. baca jerla.....sengihnampakgigi


edited : kul 10am tadi, djepoi kol, katanya otw balik kedah his FIL (ayah suked) eksiden. mie doakan yg ok-ok jer pone ek. insya-Allah sumer pun orait. amin.


Sekadar mahu berkongsi...

salam semua. ini adalah petikan email yg aku dpt dari payiet. buat renungan semua. fyi, aku takderla obsessed dgn tarian poco-poco nih, cuma yg aku tau di tpt keje aku mmg ramai yg suka dan bergiat aktif menari tarian nih. dan kalau tak salah aku, ada benarnya yg step menyerupai salib tu., pasal aku ada menari dlm satu sessi kursus/training once upon a time. WALLAHUALAM....

_________________________________________________


Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu
yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara
paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah
tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat
penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca
emel ini

| "Assalammualaikum.
| Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
| Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
| sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
| masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
| kerajaan ketika manghadiri kursus.

| Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
| Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
| menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
| bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

| Mungkin kita x perasan
| kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
| Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
| apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
| maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
| yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
| tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
| Marilah kita sama2 fikirkan."


| Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
| Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

| Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
| WALLAHUALAM....

blogger-emoticon.blogspot.com


August 25, 2009

bila aku tension kan....ginilah jadinyer

aku tak ingat sempena apa aku tension. yg pasti n3 ni dari last week lagi terperam di dlm draft. tanpa sbrg perkataan. hanyalah tajuk dan pics di bawah. yg pasti, hasil-hasil tersebut aku perolehi di sogo pada tarikh tertera di pic.

first time ni, beli perfume tajuk POLO. yg pasti aku beli set ni pasal beg tu. aku mencari beg yg besar gedang gitu supaya senang aku sumbat segala mak neka yg aku ada tu direct terus masuk ke perut beg. pehtu, dpt lak voucher sogo RM40. *spent already. beli bebaju raya budak²*.



:: beg gedang itu ::



:: 2 ketul perfume dan di temani miniature dan jua sample2 free yg lain ::
:: for me 100ml romance ralph lauren ::
:: for him 50ml *kejikan, separuh perfume aku* romance silver ::



:: close-up ::


p/s : en.nahar blum dpt pun lagi perfume di atas secara official, heh aku sembunyi dulu. kalau karang dia baca blog aku, i'm sorry bang!!!!


August 23, 2009

di mana kami pada petang RAMADHAN yg mulia???

ini kesah petang jumaat lepas. kiranya, ari sabtu next day tu kita stat posa la kan. sekitar jam 5.10pm, en.nahar call hp aku. katanya dia udah sampai mau pikap. tapi masa lum time, gimana mau pulang. katanya lagi, anak² sumer udah ada lam keta. adoiyaaiii, naper lak rajin bebeno siap kutip anak² sekali nih. ini mesti ada agenda tersembunyi!

aku pun, kuarla opis kejap. mau jenguk² mereka. sudahnya fatihah udah nangis². aku pun dukung fatihah masuk opis. mata beliau masih sakit. masih sepet. aku mintak permission kakZ mau pulang sedikit awal. sekitar jam 5.15pm, instead of 5.30pm. kakZ benarkan. terus packing barang terus cabut ke klinik berdekatan dulu.

yessss! benar en.nahar ada agenda lain. katanya mau ke shah alam. aku ingat kot stadium yg aritu, upernya ke padang kilang good year sana. haisyiiioooo, org sibuk² mau prepare berpuasa, dia sibuk nak main bola. sabo..sabo.



:: tempat itu ::



:: yg baju putis tu. gaya seorg manager ::
:: chaittt ::



:: anak-anak berterbangan bebas ::



:: first half, eh..en.nahar tak kelihatan ::

blogger-emoticon.blogspot.com



:: ujung-ujung jadi linesman ::

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


August 21, 2009

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA JUGA INGIN MEMOHON MAAF di atas segala kesalahan yang tidak disengajakan mahupun yang sengaja. Semoga kita semua sentiasa mendapat kasih sayang dan dilindungi Allah .

Selamat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.



اَللُّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَ شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan lanjutkanlah kami ke bulan Ramadan"


August 20, 2009

first progress meeting

yeayyyy...cek smlm sudah selamat di bank in. dan, tadi lunch time aku mtg dgn sharepartner *tetiba jadi sharepartner kan*. dia mau kata putus dari aku. apa yg aku mau untuk dapow aku tu. oh ya, cek dlm entry lepas tu sempena aku bakal menjalankan keje-keje 'makeover' di rumahku itu. dan nasib telah menentukan keje-keje tersebut perlu dijalankan di dlm bulan RAMADHAN yg mulia ini. itu sbb aku kata RAMADHAN ku taun ni akan lebih mencabar. heh.

berbekalkan wit yg aku dpt sempena projek bersama tu, kami sepakat terjah coffee bean. zasss jerla apa yg rasa nak zassss janji selesa bontot dan perut. aku amik fussili chicken tuna. sharepartner amik chicken lasagne dan sepakat kami minum iceblended blackforest.

perbincangan pun bermula. yessss. aura sudah mari...aura sudah mari. ya- Allah ya tuhanku, Kau berkatilah projek yg bakal dijalankan ini. Amin....jom jom pakat aminkan sesama.



:: RM50, sumbangan mslia ::



:: immediate effect jadi member, dan dan dpt diskaun RM3 ::



:: lunch set aku arini ::
:: ALHAMDULILLAH ::

August 19, 2009

cek udah dpt, bila mau stat keje nih...


:: sapa blum penah tgk cek BNM?? ::
:: ginilah rupaparasnya ::

nampaknya, bulan posa aku taun ni lagi mencabar laaaaa.....huhuhuhu

August 18, 2009

kisah H1N1

di suatu petang yg damai. lokasi di opis. hanya aku dan sorang amoi kelihatan. disebabkan perasaan ingin tahu aku masih membuak-buak, makanya aku terus memulakan conversation seperti berikut :

aku : amoi (bukan nama sebenar), since H1N1 ni u olls chinese still consumed that daging ker?

amoi : yes. still. pasal the virus bukannya dtg dari that animal itself bla..bla..bla...

aku : *demam...speechless*

blogger-emoticon.blogspot.com


August 17, 2009

lunch bersama my sister @cozy corner, jayaONE

seawal pagi sesudah subuh, kakros tipon ajak dating. katanya aku asik makan tempat hebat jer, tapi tak ajak dia. hoh, hebat ke pun. yerla yerla yg penting hang mai amik aku lunch kang.

kul 1pm, dia sampai. terus ke seksyen 14. memula ingat nak TGiF jer, sekali tak jadi. parking susah situ. terus masuk jayaONE. aku decide ke CozyCorner jer. makanan dia so far kesedapan masih menten. dedua kami amik nasi goreng bandung + ayam wit lemon sauce. aku amik air epal ijo kakros lak amik air bandung cincau. perbualan berkisar ttg H1N1 jer. huhuhu.

dah setel makan, gigih plak cari farmasi. mau beli vitC jenis FLAVETTES (effervescent) yg rendam dlm air. kata dr.shan, my kolig kat opis ni boleh meningkatkan tahap imunisasi badan dgn jitu sempena nak prevent H1N1. since kakNA n kakFHS kasi wit sama aku soh beli jugak-jugak, makanya aku pun terjebak. dpt la 3 kotak jenama di atas dan 2 bungkus teeettttttt.

sebelum balik opis, singgah coffee bean japs. ice blended mocha satu!!! sementara kakros p amik kunci keta kat jockey. kami parking valet senang. park depan pintu masuk jayaONE. sesekali boleh laaaa. kena RM10. semua pun arini, kakros banjer. yeayyyyy tq sis!!!!


:: bandung cincau n jus epal hijau ::


:: nasi goreng bandung, peh terangkat!!! ::


:: sempat ber facebook tuuu ::


:: ayam goreng wit lemon sos ::


:: parking depan pintu masuk jayaONE ::


:: 3 kotak flavettes ::


:: ini aku nyer ::


:: iklan japs ::

masa tgh q nak bayar, kakros tunjukkan aku iklan seperti di atas. kalau korang pasan, apa yg cuba iklan tu katakan?? taktaula korang. tapi pada aku this is my first time tgk that thing wit that such ads. heh. hebat tul!!!

August 15, 2009

jumaat petang dari klinik ke shah alam

aku pasan, najihah sakit mata 2-3days back. tapi, masih tak berpeluang mau bawak ke klinik. sudahnya, jumaat petang kami sefamily ke klinik. merisau gak aku takut klinik OUG yg biasa aku kunjungi tu penuh. pasal, skang rata-rata aku dgr memana klinik pun asik penuh jer. makan berejam mau ngadap doctor. tapi, syukur alhamdulillah klinik OUG waktu kami sampai takder patient pun. terus isi form for my 2 kids. najihah n fatihah.



:: suasana klinik di OUG ::


dah setel urusan di klinik, ingat kot akan terus balik upernya tak en.nahar ajak ke shah alam lak. katanya ada game. adoiyaiiii, walopon dah balik umah tadi tapi aku tak sempat nak salin baju opis. sempat salin 'tuala bawah' jer. nak tak nak pegi jugakla aku. pasai en.nahar jaga jersey kan. mmg org kuat jugakla. karang, lawan tak pakai jersey takder feel gitu.

ingat kot dah lewat, sekali sampai pihak lawan jer ado. team sendiri lum sampai. agak hangin la aku pasai masa drive tadi en.nahar pecut mcm dah lewat sgt dah. grrrrrr. melepak la plak kami sefamily dpn stadium mini shah alam tu. seb baik ada tenet bergerak. sempatla aku updet apa yg perlu. YM lebih kurang ngan sapa yg ado.

game pun bermula. kata jer anak-anak aku ni pompuan. tapi sepak bola tepi padang boleh tahan gak diorg ni. tgk la anak sapa kan. heh. *mcm la star sgt en.nahar tu*. aku hanya memantau dari kejauhan jerla. kejap tu ujan plak. en.nahar dah tersadai tepi padang. ganti-ganti ngan player lain plak. almost 10.40pm barula segala-galanya selesai. nasib baik menang jugak 2-1. kalau tak, mmg tak berbaloi-baloi!!!!



:: stadium mini shah alam ::



:: penantian adalah sesuatu yg menyeksakan ::



:: barisan pemain simpanan di tepi padang ::



:: waktu ni, en.nahar dah direhatkan. heh ::



:: akhirnya, star cum bbsitter. kesian sengihnampakgigi ::


August 14, 2009

street market @the curve - update wit pics

bertitiktolak dari entry ni, a few days back baru dpt pics dari photographer aku. heh. banyakla personal photographer. keje amal jer kan yit. layan.



:: ahli majlis ::
diella, aku, payiet, mya, iman



:: dlam ikea pun boleh, janji hepi ::



:: foodies @tony roma's, cineleisure ::



:: aku in action sengihnampakgigi::

jenuhla, entry pendek2 gini. layankan jerla eh...

August 13, 2009

berduet makan buah. location : office

sempena minggu mempromosikan buah-buahan tempatan di sini *sila jgn percaya, ni dakyah semata*, kaksiah sudah bawak mcm2 jenis buah. dia bawak jual kat sini. aku dan a few kolig pun amik kesempatan la membeli belah buah2an tersebut.

dah beli, harusla dijamah kan. nak plak ada geng. zasss jerla.



:: si shah tak beli, tapi dia tumpang makan ::



:: ko, cilok jer keje ko kan ::



:: alamak, kantoi.... ::



:: pulasan dan mangosteen ::

*pic kedit tu mslia. kejadian ni dalam last week. alang-alang tak berupdet, zass jerla mana ado*


August 11, 2009

TAG Marathon - back to back

aku di tag berturut-turut oleh adiktirigugurl. layankan jerla....


Q : pengertian kecantikan pada anda ??

A : sedap mata memandang, sejuk perut mengandung...

Q : bila hari terakhir anda bermekap??

A : aku ni, takder la mekap beria nau, sekadar bedak n lipstik jerla....

Q : bila kali terakhir anda membeli shopping sakan membeli make up dan yang sewaktu dengannya??

A : errm...tak ingat. tapi, bila rasa nak beli zasss jerla

Q : bila kali terakhir anda syampu rambut ??
A : pagi tadi.

Q : adakah anda seorang yang kemas dan beratur dalam penjagaan bilik??
A : sort of...

Q : barangan make-up anda ??
A: campow-campow. silkygirl, maybelline, revlon...

Q : senarai kan 5 actress tercantik di mata anda ??
A : erra fazira, fazura, lyana jasmay, nasha aziz n aida aris.

Q : last Question : are u Hot?
A : hot jugakla kot. sikit.

Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling seksi. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan. Mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah seksi.
Sertakan!!Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata anda?

errrm.....tgk jerla pic di entry lain yg ado pic aku ni ha.

Nak tag sape???

takmo. full stop.


Award from mya


tag dan award. zassss....

1. Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?

sila refer n3 henpon2 aku yer. heh. kalau iPhone tu baru last week beli. n81 8gb lak, dah setahun lebih....


2. Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?

wallpaper standard nokia n iPhone. default.


Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?

21 termasuk maxis broadband. heh.

Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu?

tak terpk lak, pasai kalau ada pun no telepon beliau blum tentu dia akan jawab kalau aku telepon. kesian. sekian.


Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?

bnyk jugakla. tapi demi kebahagiaan aku. zassss jerla. janji hepi.


Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?

skang pakai MAXIS n CELCOM. both. senang kalau maxis down, celcom ado..kalau dedua down. mampus la ko situ.


Nada dering yang anda gunakan?

lagu sapa tah, payiet kasi dulu. bingit tinger siot.


Senarai top 5 contacts yang anda selalu msg?
en.nahar, mak, kakros, dida n mimi.

Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?

aabgsyg. pasal bila double 'a' digunakan otomatik nama dia akan dok atas sekali. heh.

Org yg nak di tag? dan diberi award?

takmo.

sekian.

heart my community