Followers

January 30, 2013

Potong Tetap Potong

kaktin dah setelkan dan terminate one of my cards with citibank.
itu pon setelah bertahun dok pk pk pk end up inilah solusi nya.
nekad. even customer servis nya memujuk dengan memberitahu
macam-macam kebaikan kad tersebut.
katanya lagi, rugi kalau terminate kerana kad ini ada mcm-mcm benefits.

yer, mmg la sayang nak terminate.
tapi ngenangkan kaktin bukan guna pon.
dok simpan in case ada emergency nak pakai?
ermermermerm asik dok bayar government fee jer.
kad tak pakai mcm agak membazir di situ.

customer servisnya kata, if kaktin simpan n guna atlis 1-2 kali
dia akan bank in kan balik RM50 tu dalam bulan mac punya statement.
aaarrgghhhh ikutkan macam nak termakan jer pujukan amoi citibank nih.
tapi tapi tapi nekadku harus diteruskan.
potong tetap potong.

yang bagusnya citibank ni, annual fee nyer if kita call depa
depa boleh waive kan.
macam kes kaktin, RM90 annual fee waived.
tapi dengan syarat kena call n minta waive kan.
pastu, amoi tu inform juga kaktin yg kaktin masih ada points
dengan kedit kad ni dan minta kaktin tebus segera.
if not, points tersebut akan burn centu jer.

bagus kan, if dia tak bagitau kaktin bukan amik tau sangat.
mmg fokus nak terminate and dah itu jer.
so, erm itu jerlah.
bye bye visa clear!



:: potong, masuk lam cawan pastu minum #eh ::

January 29, 2013

Bang Tony, Dik Jelly and Kak Arzu



alkisah last friday. kaktin dan sahabat-sahabat lain berhari gaji.
bukan gaji jer, pada sesiapa yg menjual cuti, mengelaim flexi
dan kenaikan gaji jua terrmasuk dalam situ pada hari itu.
makanya, kaktin n sahabat yg kaktin kenal dari tahun 1996
bersepakat mau memboloskan diri kemana-mana.

plan asal ke the curve as usual, tetapi tiba-tiba kaktin terrrkona ke midveli.
nasibla kan, kata stereng di tanganku, makanya sukati makla kan.
ala, linda pon ok jer. gurisan mengikut sahaja bak kata en.ashri.

sesampai di midveli, kami terus set ke tony roma's saja.
sepakat amik tony sampler n dessert trio.
air sky juice!
hiks, bukan apa takut muak.
dah biasa amik air ais + manis nnt food mesti tak abis.
ni kira-kira amik air kosong pon kami tak abis gak.
siap tapau red velvet kek tu.
terbaeekk arrgh nak nak dapat tau linda mau belanjain guwe.
woohooo tq tq tq!

pas makan kami jenjalan dalam midveli.
sekali terperasan ada butik jelly bunny uolls.
biasa dok tgk kat IG n FB jer ke best an selipar/kasut ni.
makanya kami pon menerai lah and pepakat grab sorang sepsg.
pasai murah kaktin rembat, kalau level-level crocs haruslah tidak.




pastu, teruslah menuju jalan pulang.
sebelum pulang tersinggah plak kedai arzu.
nak tgk shawl/tudung/anak tudung.
sudahnya, beli anak tudung dia yg 3 ketul = RM49.
sokayyy la. takderlah mahal sangat.

 

sebelum masa time, baik kita balik lekas linda. hehehe
cam tak sedau lak, masih ada halfday kita kena keje ooiit.
nnt bebila kita ripit lagi. tqvm yo!



January 28, 2013

Ambillah, kalau dah nak sangat!


:: mula-mula ini ::



:: pastu ini ::


:: hopefully ini FINAL! ::

yang penting, main kat mana pon diriku di sini juga.
toksah dok buat ghoplah sangat buleh dak.
it's just a matter of game, football.
OK?


January 26, 2013

Genting Mobile App Launch

sekarang ini, boleh dikatakan semua org mampu memiliki smartphone.
bila dah ada smartphone, untuk lebih mudah meng access sesuatu web
adalah dengan memuatturun aplikasinya terus ke telefon anda.

bagi resort world genting, mereka juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan
resort mereka dalam bentuk aplikasi.
kaktin bertuah kerana dapat bersama-sama semasa sesi sidang media
pelancaran aplikasi ini.
yang sebenarnya, aplikasi ni dah lama ada dari tahun lepas lagi
dan telah dimuatturun oleh 100,000 pengguna di seluruh dunia.


:: iOS ::

:: android ::

majlis hi-tea bersama blogger dan media ini telah diadakan pada minggu lepas.
bertempat di tingkat 25, wisma genting, kuala lumpur.
 

panel yang terlibat ialah executive vice president dato' kevin sim, senior vice president of e-service, mr thomas ng dan vice president of marketing, mr chow wei heng.


antara blogger yg hadir yang kaktin kenal is mr.jocko dan maya.
nak say thanx juga to both.
tq. tq. tq.


sebelum sesi temuramah, kita pos-pos dulu jom.


sesi interaktif bersama org-org kuat genting.
menarik kot apps ni.
dengan sekali sentuh pelbagai benda kita boleh buat.
antaranya, boleh cek bilik kosong, penempahan, ganjaran mata dan juga penebusan.



mengkagum dengan tv sharp aquos yg boleh di touch-touch skrinnya.
canggih hoih.





di hujung acara, upacara mengambil gambar dan juga hi-tea.
yeayyy...best best.



kopi sedap. kek-kek, maccaroon semua pon sedap.
sesuai sangat dimakan beramai-ramai sambil bergembira.



gambaq gelap, dahla semorang pon cam tak berapa cerah.
kecuali maya lah. tapi tetap tak nampak gak dalam gambar nih.
hi sohoque!



pos-pos sebelum balik.
eh korang jangan lupa download app ni tau.
pastu boleh explore yer :)


bebenda yang ada dalam shopping bag genting tu.
lumayan! lumayan!

Sticky Post : Coach Peyton Tote to let go MURAH!

:: pic 1: gambar sebenar. pic 2 : gambar google ::

korang korang.
ni ada member kaktin nak jual beg coach dia ni.
jarang pakai. baru beli tak sampai 2 bulan.
condition sangat tip-top.
dia minta tolong kaktin entrykan.

harga yang dia bagi memang tak masuk akal.
murah gila, kalau tak pasal kaktin baru jer beli wristlet
kaktin grab jugak.

if ada sesiapa yang berminat, korang boleh email-email dengan beliau.
shaniza_anami@yahoo.com.

email jangan tak email yer.


January 21, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah Anak-anak - 2013

lahaih, dah nk abis bulan januari dah pon 2013.
kaktin masih takder entry serius yg men indicate tentang permulaan tahun baru.
oh, btw happy new year semorang!
heh, relevan tak ucapan new year tu?

tahun ni, 4-4 puteri kaktin dah pon bersekolah.
sorang darjah 1, sorang darjah 3 n sorang darjah 4.
tangteng tadika 5thn.
so, far bangun pagi 4-4 ketul ni ok laaaa.
tapi ada gakla hiruk pikuk bilamana ada yg suka 'melengung'
bila bangun.

baju sekolah diorg, kaktin dah set.
by ahad malam kena siap iron semua kalau takmo huru hara pagi hari bersekolah tu.
yeap, less stress bila dah siapkan.
oh ya, najihah lepas duduk kelas pertama di both sekolah kebangsaan n sekolah agama.
hopefully dia dpt bertahan di kelas pertama tu. amin.
:: pagi pertama persekolahan 2013 ::


:: spot najihah ::


:: dirasmikan oleh menteri kau, kelles ::


 


:: dato' raja nong chik bagi sorang satu set alatulis. terima kasi latok :D ::


:: motip snap pic kete press ::


:: najihah dalam kelas ::


:: sesi temuramah. itu bukan diriku. heh ::

pagi first day sekolah di sekolah kebangsaan.
petangnya pula, di sekolah agama.
yang penting segala hal persekolahan anak-anak setel.
#syukur ya rabbi :)





heart my community