Followers

March 30, 2012

Nachos yg Orgasma

ini lunch kaktin tadi.
nachos jerp.


:: new kickin' jack nachos ::



see. abissss licin.
burrppp.....

March 29, 2012

Machines, Mid Valley, Test-test MacBook Air.

selepas kejadian tiba-tiba ke chawan,
ni plak kejadian tiba-tiba di midV.
masih menggunakan medium kereta org yg sama.
beralza berduet ke sini.
tapi bukan dengan tuan punya keta.
dengan org lain.

alkisah ipad amin sudah takmo caj.
walau disumbat cajer itu, cajer ini pon dia ketegaq.
remain silent.
makanya, kaktin pon tak puas ati.
mintak amin emailkan e-invoice ipadnya itu
lalu kaktin print dan datanglah kesini.

seorang techinician chinese man yg baik hati melayan kami.
setelah dia belek itu ipad makanya sah kena anto ke apple store balik.
lagian itu ipad masih ada warranty.
katanya lagi, apple takkan bukak or repair bagai kalau kes cenggini.
worst case scenario dia akan kasi unit yg baharu.
ooooo....apo apo jerlah.
janji ipad tu boleh nyala n boleh guna.



setel di kaunter urusan ipad.
kita belek2 plak segala-mala casing, macbook etc.
dah alang-alang ada situ kan.
test test macbook air. standardla product apple.
semua pon best. tapi takdok fulus la wei nak beli macbook.
inikan piula macbook air. hanya adiktiriboboyku saja yg mampoo. #ekeh.
yit, pinjam kau punya jerla eh.
nak jual vaio...nak jual vaio. sapa nak?

March 28, 2012

Aku Puas!

aku puas. puas. puas.
semalam menyaksikan pertemuan kedua suku akhir
piala fa kedah menentang t-team yang berkesudahan
kedah 2 - t-team 1.
tapi kalau seri 1-1 pon, kedah tetap menang
kerana kiraan gol diikut berdasarkan 'away-goal'.

gol-gol kedah dijaringkan oleh hamidan dalam masa kedua permainan.
pada babak pertama tu macam agak memboring.
walhal kedah mengasak kubu t-team cuma takder penyudah jer.
geram giler. masuk babak kedua permainan.
hamidan berjaya menyumbat gol.
pastu selang tak berapa minit, t-team plak score.
ishklaaa dah la banyak masa lagi. macam-macam boleh jadi.
tup tup hamidan score lagi sejibik.
barula boleh tarik napas lega.

kredit yg bertubi-tubi aku nak bagi dekat penjaga gol kedah
helmi eliza elias atau lebih dikenali dengan panggilan mie yeh.
aku nampak skang permainan dia makin fokus.
sentuhan berbisa dia dah mai balik.
so, tak sesia aku langut tengok live game semalam.
yes aku puas-puas-puas. hahahahahaha.

:: penjaga gol kedah helmi eliza elias ::

kelantan sila bersedia untuk semi-final ya!
jangan pandangku sebelah mata, hanya kerna ku dok
di tangga tercorot liga. hahahahahaha.

 :: antara wira-wira hijau kuning hehehehe ::

penyokong setia hijau kuning

kenari fans squad

Wordless Wednesday : Terima Kasih Daun Keladi











kalau pegi memana lagi. boleh bagi lagi dan lagi dan lagi :))

March 26, 2012

Pasghah Aku dengan Hang Neh

ini cerita pagi tadi.
kete kaktin yg tak berapa nak evo tu masuk bengkel.
kata en.nahar brakepad haussss.
brakepad pon boleh haus, inikan pula kita manusia.
yang suka berkata-kata tanpa sempadan.
sudahnya memakan diri.

lalu, demi mau menghantar kete ke bengkel.
kaktin mengomuter saja lah.
dalam hati berdoa supaya aku dijauhkan dari
segala kejadian terkejut-terkejut dari pihak komuter.

ketapi sampai tepat pukul 7.30am di stesen petaling.
dengan 6 koc berhawa dingin just nice.
passengers pon tak macam tin sardin lagi
pasai kocnya yg panjang.

 :: sokay la kan. tak himpit-himpit dah ::

2 koc di tengah khas untuk wanita.
walaupon bila kaktin jalan-jalan dalam tu ada gak
umat yentan terselit celah bedah gepren dia.
tapi dah sebab org tak ramai, org lain pon amponkan jerla dia kot.
kemain kaktin up status, gambar, twitter pasal tren komuter baru yg canggih ni.


 :: skrin LCD TV ::

TIBA-TIBA......
tepat jam 7.45am ia sampai di stesen KL.

'para penumpang diminta turun di sini kerana tren ini akan
berpatah balik ke pelabuhan klang'

hahahaha padan muka aku.
pasghah aku dengan komuter neh.
berhimpit la plak kami dari stesen KL ke Bank Negara.

Sesungguhnya hanya orang2 yg mempunyai kesabaran tinggi yg mampu menggunakan perkhidmatan tren komuter setiap hari - by Farah Arif (hakcipta terpelihara). - pengguna komuter tegar ;p

Alhamdulillah kete dah siap.
esok boleh memandu seperti biasa.

Tiba-Tiba....plingggg Ke Chawan, Bangsar.

hari keje minggu lepas.
tak ingat dah hari apa.
tetiba my bff (ceh takdak terma lain ka nak guna)
mintak soh pi isikan minyak kete dia.
time lunch lak tu.
adoiyaii celah bedah mana pon nak cari petrol pump
yg dekat dengan opis ku yg tetengah KeyEll neh.
yg tuan punya kete tu nak pi men badminton.
#apakah????

so, aku pon mintak la pertolongan adikberadiktiri ku.
ngajak temanin dan sekalian leh berjimba jugak.
yerla, org dah kasi duit n kete soh p isi minyak
pastu boleh bawak pi jenjalan sekali sapa tak mo.
org gila ja takmo. #ekeh.
macamkan boleh pi sampai loqstaq dalam masa sejam tu. ishk.

so kami pon sepakat la bawa alza beliau ke petronas jalan maarof.
pas isi tangki minyak, tangki kami pon kena isi jugak.
jom kita ke restoran chawan, bangsar.

first time kaktin kemari.
selalu dok dengar payiet jer dok bercerita.
katapon dia dok area sini, dah abis kedai-kedai sini dia jelajah.
so, apalagi duduk, order dan makan.



memula kaktin order rojak buah.
errrmmmm so so jer. tak sesedap memori corner.
nextttt.....


ini payiet punya. nasi lemak dengan rendang daging.
tak rasa pon. tapi katanya sedap. ntah.



ini plak maya punya.
mee kuah sup tulang? errkkk tak sure.
tapi ada tulang-tulang lah.
sedap. tapi tak abis. portion dia selambak gedebuak.
jenuh oiiii nak peghabih. ishk.



samolah dengan kaktin punya ni.
lontong + daging rendang tok.
tak abis jugak. ishklaaaa semua pon tak abis.
membazir sungguh.

minuman payiet jer order teh ais.
kaktin n maya amik mineral water sorang sebotol.
pastu kami melintas ke starbucks.
kaktin as usual java chip frappucino grande with whipped cream satu!
maya plak caramel frap grande with whipped cream satu!
n satu pesanan dari tuan kete alza nak ice grande low fat milk vanilla latte
without whipped cream - with extra 3 shots satu!
nama ayaq kemain susah nak ingat.
sampai dia kena tulis kat kertas. walhal satu cawan jer pon.
pas setel semuanya kami pon pulang ke opis memasing.
sekian.

heart my community