Followers

December 26, 2011

satu-tigaratus-lapanlapanlapan-tigatigatiga = dominos pizza

sabtu lepas.
kaktin keje.
yer, walaupun kekonon glam masuk paper
keje tetap keje walaupun di hari cuti umum.

masa tengah fokus keje, en.nahar bbm.
katanya rumah kami terpilih.
makanya dapat kupon FREE banyak dari dominos.
dengan hanya membayar RM20.
en.nahar pon beli dan bayarlah.

oh ya, en.nahar dah pakai BB.
so sonang la pasni ber-bbm lakibini.

berbalik citer dominos tadi.
dalam hati kaktin berkata-kata.
pasti ada yang tak kena.




yeap. mmg betul.
kupon yg kekonon FREE tu idokla ko call 1300-888-333
pastu ko kata ko ada kupon ni, makanya ko takyah bayar apa2.
tidak, still ko kena purchase juga. kiranya mcm PWP lah.
contoh : FREE 3 regular pizzas with 3 large pizza purchase.
jenuh la wei nak makan pizza bebanyak.
tapi amat sesuai jika kau mau buat parti tergempar.
so, sedang elok la ko call pizza ni n guna kupon berkenaan.



:: jimat hingga RM490, katanyaaaa ::

layan jugakla pizza dominos ni dari pizza-hut.
disamping pizzanya yg sedap + harga n caj delivery yg takdak
so, saya mesti pilih dominos!

dah 2 malam dinner pizza ooiii.
gegara en.nahar malas mau kemana-mana.
layankan jerla.

December 16, 2011

Penat!

sangat-sangat penat.
seminggu ni rasa sangat hectic.
mana dengan keje opis, dengan keje artis.
ewah. artis gumana tu?
semasa entry ni ditaip, kaktin baru pas merapikan diri
setelah berhempas pulas di acara tahunan
jabatan iaitu departmental recognition program.
sekalian dengan sambutan perpisahan untuk bos
besar yg bakal bersara hujung bulan ini.
kiranya, naik tahun baru sok bos besar lain plak yg ganti.

kaktin dan kkwn kena perform.
kena nyanyi-nyanyi.
karbaret sangat.
almost everyday sampai umah malam.
dengan berakhirnya acara itu tadi,
maka dengan ini berakhirlah hazzab itu.
eh, belum belum.
esok sabtu kena keje.
packing. buat overtime.
cari duit lebih bulan depan. heh.
okbai sebelum tido, layan maharajalawakmega lu.

November 24, 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan


duit dah selamat en.nahar collect kat sekolah.
anak ada 2 org bersekolah, makanya dapat lah RM200.
syukur. Alhamdulillah.
bolehlah tampung kat mana-mana.
tapi, kalau nk beli ipad lagi seketul tak cukup kot.
#ekeh.

November 22, 2011

Ibu Emas Milik Malaysia : Sukan SEA 26

alhamdulillah.
syukur ke hadrat ilahi.
malaysia dapat mengekalkan kilauan emas bagi acara bolasepak.
especially menewaskan indonesia di laman sendiri.
itu bonus.
seperti yg semua sedia maklum,
indonesia begitu bnyk bermain drama.
tak kiralah dari penonton maupun pemain.

yg paling aku tak puas ati, si bonai tu.
tiap kali ada free-kick, corner-kick dia mesti mai pgg2 jaring.
kot yer pon nak psikologi kan, perlewww kewww???

maruah malaysia dijulang bilamana khairul fahmi che mat
menangkis keluar cubaan sepakan penalty dari ferdinand.
dan akhirnya baddrol bakhtiar menyumbat sepakan kemenangan
buat malaysia. yeahooo!!!
berbaloi-baloi aku tidoq malam neh. heh.
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH HARIMAU MUDA!



:: tak sabo nak dpt medal memasing ::



:: extra-kiss to the hero. heh ::



:: baddrol bakhtiar yg sentiasa low-profile ::

dah jom tidoQ.


November 19, 2011

Final Sukan Sea 26 : Malaysia vs Indonesia

semua pon pasti tertunggu-tunggu aksi final bolasepak sukan sea kali ini.
bakal bertemu pasukan malaysia menentang indonesia.

malaysia mara ke akhir setelah menumpaskan myanmar 1-0.
manakala indonesia pula mengalahkan vietnam dengan 2-0.

semoga harimau dapat membaham garuda nanti.
chaiyok! chaiyok!

November 18, 2011

Garrett Popcorn @KLCC

idea tercetus bilamana membosan.
ajak maya teman gi klcc.
semata-mata nak grab this popcorn.
teringin nak rasa katanya sedap melampau.

kami sampai klcc n selamat parking within 10min jer gitu.
terus gegas masuk suria.
sementara tggu q, kami pon pilih-pilih la
which flavour nak beli.

kalau dalam paper beg ceklat tu,
itu for gourmet popcorn.
dan kalau dalam paper beg belang biru plak,
itu for caramel crisp semata.
kaktin amik the chicago mix 3bgks (small).
bersamaan RM16 each.
maya plak amik caramelcrisp cashew = RM19 sbgks (small).
sedap tu mmglah sedap tak terperi.
tapi lelama makan muak kot.
caramel dia melampau.
rangup dan manis sekali.



:: tips : utk rasa popcorn garrett sebenar sila amik perisa caramel crisp sahaja ::



:: ini box for 1 gallon and 2 gallon ::
:: cantiks. rega dia pon lawa. hiks ::



:: sengih tak boleh blah ::

settled kat popcorn.
ternampak macaroon plak.
pakat-pakat teringin nak rasa.
dah alang-alang jumpa, zass jerlah.
mampos seketul natang bulat ni = RM3.90.
kalau kali 4, korang kiralah sendiri yer.




:: yg kaler putih tu perisa hazelnut = sedapppsss ::

termenyinggah pulak cold-storage.
cari lunch.
beli salad jer. campow 3 jenis.
salad buah, kentang n coleslaw.
balik bedal kat opis.



keta kaktin takder ekon uolls.
balik dari klcc tempuh jem. hazzabbb.
pastu peluh pon menitik tap...tap...tap...
nangisssss.....



muka serius giler driving.
muahahahhaa....

heart my community