Followers

October 27, 2011

Anak No. 3 Biasanya Bijak Kot No ;p

last friday, minta dengan bos nak masuk lewat sikit.
nak pi tadika si najihah amik report card.
sudah dapat mesej dari cikgu beliau,
mau jumpa jugak-jugak dengan kaktin.
sekalian mau tau perkembangan beliau lah.

sesampai di sekolahnya, sudah ada 3 org parent sedang q nak jumpa.
kaktin pon, duduk la kejap sesambil memasang telinga apa yg cikgu
kata kepada parents berkenaan.
semua pon yg kaktin dengar, cikgu bagitau yg anak-anak
mereka tak boleh membaca dan tak mengenal huruf pon.
tapi nak expect apa pon, baru 5 tahun kot.
pepelan la kan.

sampai jer giliran kaktin, dah berdebo-debo.
cikgu hulur satu stack of papers.
dia soh kaktin tengok dulu.

ada 3 level seperti BM = belum mahir, SM = sedang mahir dan TM = telah mahir.
semua pon ada tanda di SM n TM jer.
kebanyakannya najihah 'telah mahir' dan 'sedang mahir' gitu.

cikgu ada juga menerangkan yg dia sudah pandai membaca
ayat tunggal dan ayat kompleks.
which is ayat kompleks tu patutnya dikuasai oleh murid 6tahun.
dan sebab inilah juga, beliau terpilih sebagai pelajar cemerlang tahun ini.

WHAT! terkesima dan terpempan la jugak kaktin.
mana taknya, kaktin mmg kurang memantau anak-anak pon
in terms of sekolah mereka.
gitu-gitu jer.
for me, biarlah mereka belajar di sekolah jer.
kat rumah, just setelkan keje sekolah.
takmo terkongkong *katanya*.
padahal memalas pon yer. heh.
so, cikgu minta kaktin dtglah konvokesyen najihah
pada early november nanti.
BAEKKK! demi anak kot. heh.



:: breakfast dulu ::



:: pertandingan mewarna ::






:: sinyooomm ::






sehubungan dengan itu,
bos kaktin telah bermurah hati membelanja kek sama beliau.



muka ada suka pasai ada nama dia di atas kek berkenaan.
belajar rajin-rajin lagi yer baby!

untuk rekod, najihah adalah anak no. 3
begitu jua ibunya. #ekeh. heeeee....

October 25, 2011

Antara Features Blogspot yg Aku Baru Discover


hebat wei.
serius tak sangka plak one of da features from blogspot ni cenggini.
bukan takat ko leh tau dari negara mana jer yg lawat blog kau.
dari which browsers n OS pon boleh.
clap...clap...clap.

aku syak macintosh tu payiet.
and iphone/ipad tu aku sendiri.
eh, boleh gitu?
hihihihi...

kalau korang nak cek korang gi kat dashboard.
pastu cari 'stats' kat belah atas tu.
selamat mencuba!

Menu Durian Sesado - Ya Saya Penggemar Durian Tegar :p

lunch hour friday lepas, berduet terjah the curve.
dalam palaotak memasing takder tempat makan lagi pon.
tapi nekad ke the curve.
sampai the curve baru jalan-jalan pusing-pusing.
sepakat di sweetchat cafe, ngenangkan menunya yg kaya dengan durian.




kaktin tak amik heavy meal.
spaghetti kat atas ni bukan kaktin punyo.
chop, jgn salah faham.
spaghetti ini takder unsur-unsur durian di dalamnya.
spaghetti ni lebih kepada rasa kuah masa lomak cili api.
with smoked beef. sedap!




ini kaktin punyo.
bubur pulut itam with durian.
sedap sampai nak termeninggal.
durian tu mmg terbaeklah!




ini pon kaktin punyo.
durian pancake. wallah!
terbaeek wok.



set spaghetti di datangkan dengan bubur cha-cha jua air.
air kaktin pada hari berkenaan hanyalah air suam saja.
barulah ngam ho!

diingatkan, sweetchat cafe berlokasi bersebelahan dengan the chicken rice shop.
tema mereka jua adalah sama. merah.
mungkin pemiliknya pon sama barangkali.
jadinya, sebelum melangkah masuk ke mana-mana
premis ini sila pastikan terlebih dahulu,
kerana pada hari berkenaan ada satu kapel ni
sudah tersalah masuk dah siap duduk dah pon.
bila depa usha balik, laaa salah kedai uolls.
hihihihi....sekian.

October 22, 2011

Piala Malaysia 2011 : Siapa Layak Ke Final?

Jawapannya :

Terengganu vs Negeri Sembilan

Syabas dan Tahniah.

October 20, 2011

20% Off Total Bill for Citibank Cardholder @Tutti Frutti, The Curve

last friday lunch hour ada appointment di area kota dam.
on the way balik, singgah the curve.
modus operandi mau grab tutti frutti.
mmg dah aware pasai offer neh,
that's why kasi repeat.




yang best nyer, korang just tunjuk jer credit card korang tu.
provided cap citibank lah.
kalau cap bank lain tak layan.
terusan korang entitle for 20% disc total bill.
kiranya tak perlu swipe to pay,
just tunjuk then pay cash pon boleh.



topping tema buah-buahan.
dari buah-buahan tempatan hinggalah ke buah-buahan luar.
pisang pon depa potong buat topping.
yogurt amik perisa natural jer.
baru best dimakan bersama topping ni.
baru rasa dia ngam ho!

pastu pastu pastu, bila dah tau ada offer topping tu kasi lebih takper.
total sebekas ni suppose RM19++ pas disc tinggai RM15++ jer gitu.
best kan?



:: P.U.A.S ::


October 19, 2011

Facebook Juga DiBenci Oleh Kaum Suami yang Isterinya Sedang Mengandung

alkisah, last weekend.
bawa mak pi ikea.
first time mak pi ikea.
pas jalan lebih kurang, tetiba perut melapar.
skip-skip mana yg boleh, terus terjah foodcourt nya.
kaktin, mak n fatihah jer.
pas tarik troli, terus masuk q.
panjang giler q.

tetiba pasan, eh cam kenal jer lelaki depan kaktin ni.
rerupanya teman sekantor.
pas tego lebih kurang, kami sambung menunggu q yg tak jalan-jalan tu.

sekali si teman ni bersuara:

teman : ni semua facebook punya pasal.
kaktin : awatnya.
teman : bini aku (sedang mengandung) sibuk nak makan meatballs,
gegara tengok kat facebook lah. kalau tak, takder der aku nk beria q
kat sini. makan mamak lagi bagosss.
kaktin : heh. layankan jerlah.

alaaa, jangan kata bini kau jer teringin.
aku yg tak peknen ni pon, kalau boleh tetiap ari
nak pi ikea makan meatballs n kek daim dia.
perrghhh...sedap!



:: mak dah sampai ikea, pasni org kampung takleh perkunun ;p ::


heart my community