Followers

May 30, 2011

Funeral. Ada Anjing Hitam nama Tini? Uhuks

korang penah visit chinese funeral?
so, inilah kisahnya.
jumaat pagi.
ada arrangement melawat my colleague punya mak.
meninggal. sakit tua.
makanya se van dari opis ke taman impian indah sana.

after about an hour, sampailah ke destinasi.
semua-semua pon mcm kekok, yerlah yg kami visit ni chinese.
haruslah semua pon reragu cemana eh. boleh ke tak eh.

:: comey anaknya mcm korean ::

dia serve jugakla teh n kopi juga kek.
tapi, nasib baik one of us menerangkan yg kebiasaan muslim,
pegi visit org mati takleh makan n minum di rumah org tersebut.
melainkan, saudara terdekat sangat-sangat lah.
so, kami pon sepi lah di tempat memasing tanpa makan dan minum.


:: sign guestbook ::

yg meninggal ni ialah mak kepada CSK.
CSK bilang ibunya berumur 83 tahun.
so, dia kata dia pasrahlah melepaskan ibu dia pergi gitu.
dia citer gak, yg kos menjaga org tua ni mmg mahal.
ada yg RM200++ per hour. ada yg RM400++ per hour.
pergh, per hour tu oooi, bukan per day or per month.
nak dijadikan citer lak, CSK ni anak tunggal.
mmg menjadi tanggungjawab dia sorang lah menguruskan ibu dia nih.

sebelum kami berangkat pulang, ada permintaan mau melawat kawasan
dalam rumah CSK.
bukan apa, dari luar tgk 3 tingkat tu ooiii. haruslah memberontak nak tgk bahagian dalam.
kami jengah sampai ke dapow.
tokojuit mak, ada sekor anjing hitam kat dapow wei.
menggarang. diikat lah tapi.
watnya tidak, harus dibahamnya kami sorang-sorang heh.
selidik-selidik nama nya TINI.
adoiyaiii, tini pon tini lah.

:: tini, sits... huhuhu ::

pastu panjat tingkat 2 n tingkat 3.
luas bebeno rumahnya. dgn bilik serata alam.
bilik air dia cantik oooiii. pintu kaca. mcm kat hotel.
itu standard bilik air tanpa renovation.
mmg saspeklah kepada pemaju.
tahniah pemaju!
kalau tak cantik jugak tak taulah,
seketul rumah berharga RM480k. gulp.
mak tak mampoooo nak. heh.

hukum melawat kematian bukan islam :
http://hilmi07.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17725

insyaAllah ok jer selagi kita menjauhi ritual keagamaan dan mendoakannya.
wallahualam.

May 29, 2011

Liga Super 2011 : Terengganu [0] vs Kedah [1]

tahniah buat kedah.
terima kasih baddrol bakhtiar.
kerana menyumbangkan gol tunggal dalam perlawanan
semalam di stadium kuala terengganu sekaligus memadamkan
rekod tanpa kalah di laman sendiri terengganu.

:: terbaeeklah ::

mulanya kaktin macam takmo tgk game neh.
kepala sakit yg teramat-amat.
tapi takleh tido jugak.
makanya layankan jerla.
gol dijaringkan dalam min-42.
badd merembat bola di tengah-tengah pintu gol terengganu
lalu terhasillah gol yg terbaeekk musim ini.
eh, ini kaktin yg kata. tapi kalau tanya org lain pon,
depa akan kata yg sama kot.
terpaku penjaga gol terengganu.
dia tengok jer bola tu bolos dalam gawang.
berikut kedudukan terkini pasukan-pasukan dalam liga super 2011.

tahniah juga buat barca kerana menewaskan MU smlm.
tak larat nak stay dah tengok live.
tidoQ jerlah.

May 27, 2011

Kisah Kawan-Kawan dan Sekolah

Lelaki A : bercuti setengah hari sebelah pagi.
Lelaki B : sibuk nak kondem si A pasai bercuti tu semata-mata nak amik buku report anak.
Wanita C : hanya berperanan menjadi pendengar dan menambah jika perlu. heh.

A : tadika si adik lagi advance dari sekolah si abang.
C : eh, ko cuti amik buku report sapa?
A : amik buku report si adik.
C : lorh, tadika pon dah ada buku report segala....
B : poyolah kau A, semata-mata halfday amik buku report anak.
     mak aku dulu, boleh kira 2-3 kali jer pi sekolah aku amik buku report.
A : aku dulu pon, pak aku mmg jarang sangat pi sekolah. ni time anak-anak sendiri pegi jerlah.
C : kiranya aku lagi hebatlah, hari-hari mak aku pi sekolah aku. heh.

A & B : ko lain lah, mak kau cikgu sekolah tu! ada yang makan pelempang jugak neh...

muahahahahah

May 24, 2011

Sopi, Lann AtoZ petik Nama Aku Kat FB

best baca entry maya pasal artis balas-balas tweet dia.
at least rasa dihargai gaklah kan.

ok. ini cerita pasal kaktin plak.
kejadian di wall Norazlan Abdul Aziz.
sapa kenal dgn group AtoZ itik gembo-gembo.
dialah penyanyi itu. atau lebih dikenali sebagai Lann AtoZ.
sapa tak konal, takper. nampak sgt korang
sgt muda bolia.
group AtoZ femes taun 90an.
masa tu kaktin sekitar lepasan SPM.
selain lagu itik gembo-gembo, kaktin jua sgt
minat dgn lelagu diorg seperti darjat, masih ada cinta.
oh! sangat tak menahan.

alkisah, aritu kawan kaktin yg reporter metro ahad
sudah pm kaktin.
katanya dia baru lepas session temuramah dgn lann neh.
pastu dia quote nama kaktin dgn nama member kaktin lagi sorang.
boleh plak lann kenal n ingat we olls.
manatak nya dok berbalas komen kat fb.
member kaktin tgh bikin write-up pasal lann.



best jugak kan bila artis recognize kita.
ala mmg la, takder la io io sgt.
tapi perasaan tu satu mcm gakla.
feel connected.
patutnya artis skang pon rajin-rajinlah respon ke peminat
kayak gini, barulah ada feel!
syabbas Lann.

tgh tunggu @remy_ishak reply tweet kaktin plak
wahahahaha apo apo jerlah yer....
eh, btw sapa ada twitter follow lah kaktin @tinie_osman. heh.

Nama Saya Mohd Tuesday

minggu ni kan minggu peperiksaan.
sekolah anak-anak kaktin lah.
tak taulah, sekolah anak-anak korang.

pastu, tadi dok belek² wall kat fb.
terpandang dengan satu pic dari one of my fren.
pic kertas peksa.
my friend ni cikgu.
cer korang tengok.


patutlah. budak darjah satu.
ruangan nama di letak nya m tuesday.
hihihihi kelakar kan. budak-budak. darjah satu plak tu.

kata my friend tu, jenuhla dia nak cari sapa nama tuesday ni.
cari jangan tak cari.
nanti takder markah lak budak neh.

May 23, 2011

Siri Wang Kertas, Syiling Baru - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.

Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.
"Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Siri wang kertas itu, katanya, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Bentuk baru itu adalah siri yang ke-tiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM.
"Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran," katanya.

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baru mata wang ini, BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar.

Katanya, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru itu dengan mudah.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baru mata wang ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru pada suku ketiga 2011. - BERNAMA

bersama-samalah kita menunggu ketibaan duit baru ni yer.
tak soba rasanya. heh.

heart my community