Followers

February 14, 2010

February 11, 2010

nak cari tudung...nak cari tudung....

lunch hour, zasss ke jkr sana. niat di hati mau beli tudung. aritu dah beli seketul cam bes plak. rasa bila pakai mcm ala-ala ekin mawi pun ado. heh. ok aku ke laut. arakian aku berseorangan di hari kejadian, makanya aku mmg pasang niat mau beli tudung saja.

elok jer kaki pijak kawasan jkr, tetiba rasa nak makan lak. melencong la masuk ke kafe kat situ. amik nasi campow bersama air bandung. murah...total makan nasi dan air = RM4.50 jer. good job gerai jkr.

ok, so dah abis makan aku pun berjalan la menuju ke pasar tani. peh, melambak org jual tudung. ada 3-4 gerai tak salah aku. dah, aku plak susah mau pilih yg mana. tapi, sgt-sgt mendukacitakan tudung seperti yg aku beli aritu takdo. 2-3 kali gakla aku pusing-pusing tanya. kata akak tu, udah kehabisan stok. katanya next pasartani next week after CNY dia bawak lagi. hmmmm..bukan senang aku nak dtg berjalan berseorangan kat sini, dah takder rezeki plak. pas bungkus apam balik nipis rangup crunch-crunch aku pun apalaga pulang ke pangkal jalan. sedih..sedih...sob..sob....

eh, arini ada kelas. mau ke kelas dulu yer. daaaaaa....

Happy Birthday Tn. Hj Osman Bashah Abdullah


:: ayah dan mak masa melawat fatihah di PMC ::

Assalammualaikum...
hari ini adalah hari ulangtahun ayahanda yg ke-66tahun.

Semoga ayah sihat-sihat selalu, dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki.
Kami sekeluarga sayang ayah!!!

February 10, 2010

corporate gift tersebut berupa setem premium bernilai RM50

jom kita tgk close-up itu gi-gif.



:: buku ucapan masa hari pelancaran ::



:: ucapan dari PM, Gov and CEO HKMA ::



:: dlm ni ada setem dan cd ::






:: governor² bank negara ::



:: rupaparas sebenar setem tersebut ::



:: info serba sedikit ::



:: dalam cd ni ada klip video yg manthopp ::



:: diakhiri dgn signature our beloved governor ::

February 09, 2010

majlis penyampaian hadiah korporat JPW

sempena 50tahun anniversary bnm, rupanya ada lagi gift yg pihak mgmt bagi. dipanggil corporate gift. so, bagi merealisasikan gift-gift tersebut kepada staf pengarah aku request buat majlis special ala-ala potluck dan dia juga berbesar hati sudi menyampaikan gift-gift tersebut kepada warga kerja.

seawal jam 8.00am mereka-mereka yg bertanggungjawab bertungkus-lumus menyiapkan bilik meeting yakni tempat yg bakal berlangsungnya acara di atas. oleh kerana tema ala-ala potluck makanya bnyk la makanan sampingan yg perlu disiapkan. ada kuih muih dan juga pelbagai jenis buah-buahan semua pun ditaja oleh staf sendiri.



:: antara mereka yg bertungkus-lumus ::



:: antara yg ditaja ::
:: main course mee goreng dan nasi lemak ::



:: antara mereka yg menjadi wakil menerima itu gift-gift ::


February 08, 2010

makan-makan di kedai pakcik kenny

bila ada saja peluang, maka kami berempat akan gathered together. selalunya pun acara makan tengahari la. atau dlm bahser pasarnya disebut LUNCH. heh. ok tak kelakar. di hari kejadian kami 4-beradiktiri telah sepakat mau makan di kedai pakcik kenny. (tapi sebelum tu udah bercakaran, bertumbuk segala kat sametime nak pilih tpt makan..layanss). hakhakhak.

seperti biasa mengambil nikolas di ujung simpang dan meneruskan perjalanan ke the mall. sesampai jer di the mall terussss jer ke kedai pakcik kenny remy dan martin <---- *bak kata adiktiriboboysulung* ni. dah, nak pilih menu pun satu hal. oleh sebab aku kakak, semua pun menurut perintah. amik set for family. jimat sikit la dari kalau ko amik set quarter meal. dan insya-Allah pembaziran takkan terjadi.

haaaa motip utama ke sini adalah untuk mencari hadiah kawin seseorg. aku telah diberi mandat membelikannya since si pemberi hadiah on maternity leave. dan oleh kerana si pemberi hadiah suruh cari seketul kipas lipas maka aku pun seperti gurisan mengikut sahaja.

selesai makan terusan ke kedai letrik senQ kat bawah. mau menyervey2 dan sekalian angkat terus laaa seketul kipas. harap2 ada la yg menepati citarasa. eh, kipas aku ke nak kasi org nih. lelebih plak aih. heh. dan, berjayalah mendapatkan seketul kipas tinggi bertajuk SHARP berkaler maroon 5.

otw back to office, si adiktiri nikolas udah membelanja sorang sebijik pretzel makcik anne's. oooo so sweet. thank you thank you. mcm tetau jer kaktin sker yg perisa almond dan beserta pencicahnya sekali.



:: drinks, muffins ::



:: whole chicken ::



:: 4 jenis side dish ::



:: oit oit..mau tgk konsert kalu kasi balik rumah laaaa ::
:: suka korang dok tgk makcik celine yg menyeksi tuh ::
:: bersinar-sinar rambut adiktirigugurl, syampuu ke pagi tadi??? ::
:: hikhikhik ::



:: aku gak bz memilih kipas ::

udah setel pembayaran segala sekali kami dpt tau yg senQ takder provide plastik besar for kotak kipas nih. hoh, ko jgn gila2 adik cashier. bistu, sapa nak tanggung kotak kipas nih. aku try ngetest angkat takder la berat nau. tapi kalau sampai jer kat keta mau patah bahu gak nih. seb baik nikolas gagah macam badang. dia la yg membawa kotak kipas tu sampai ke kereta. tq nikolas aka adiktiriboboybongsu!!!

heart my community