Followers

October 03, 2013

nak beli lipstick pon, berkira

sekarang ni kan, mcm aura nyopping mcm dah takdak.
eleh, cakap jerla financial problem.
wahahaha betul sampai kan nk beli lipstick pon berkira2.

macam dah lama jer tak beli lipstick.
dulu-dulu rajin, sampaikan kat opis ada 2 batang.
dalam henbeg ada seketul.
kat rumah lagi la.
mandangkan, yang best pakai is seketul jer waima yang di rumah
sudah tinggal nyawa2 ikan makanya ku pon terjah guardian usha-usha.
cari cap silkygirl saja.
mula-mula pegang yg RM16, pastu nampak ada yang RM13 last-last,
ehhhhh ada yg RM11. makanya kita zasss jer yg RM11 sudah.
miahahahahaha.

:: kembang2 hidung test lipstick baru ;p ::

p/s : model is wearing silkygirl 12 hot fuschia - moisture smooth
#puimodellasgttttt


September 30, 2013

Jentera Tuaku




kesian la kete aku ni.
dahla kete lama, buruk ditambah dengan tak berbasuhnya.
memang pakej lah.
en.nahar dah berkokok katanya tau naik saja basuh tak reti.
makanya ku gagahkan jua korbankan masa rehatku di suatu petang ahad.
visit kedai car wash lalu jentera tuaku udah berkilat semula.
hehehehe.



ada yang bersungguh-sungguh suruh aku tukar kete.
dah kenapa pulak nk suruh aku tukar kete.
kete ni dah abis bayar pon.
nak bina hutang baru makan tahun perlukan stamina yang tinggi kot.
dan, lagi satu kalau dah beria-ia nk soh aku tukar kete bak arrr duit.
muahahahah takkan suruh kosong jer kot.

ker, dengki tengok kete buruk aku parking kat tempat pengarah ni.
tihtihtih


September 28, 2013

Saya Bawa Suami sendiri ke Box Office Nite Dinner!

a few days ago, maya berkicau - kau dah 2 bulan tak update blog, kak.
heh. bukan taknak update, tapi takder idea + masa + kudrat to update.
what to do.
so, arini mehla kasi update sikit.

21 sept lepas, office kaktin adakan majlis makan malam tahunan.
bertempat di grand ballroom, one world hotel.
nak dijadikan cerita jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan kaktin
dan en.nahar yang ke-11 tahun.
makanya feel-feel sambut anniversary dinner sekalilah.
tho, dinner tersebut sempena lain. hik3.



ok, yang botak sebelah kaktin tu is my husband. en.nahar.
kot la ada yang tak konal yer dak.
hah, ada yang kata muka en.nahar macam ahmad dhani.
wkwkwkw sama ke pon.
asal botak licin gitu, mulalah nampak sama jer dgn semorang.
tapi untuk pic di atas, he is my truly, dearly, beloved husband of mine yo.
bukan boifren, bukan husband-to-be dan jauh sekali husband org lain.

artis jemputan pada malam tersebut adalah misha omar dan zainal abidin.
pengacara pula ialah harith iskandar.

pendek cerita we had so much fun that nite.
thanks bang for accompanying me, thanks amin for taking care of my kids and
lastly thank you bnm for this lovely event.
me love bnm sosososososo much :)


July 24, 2013

WW : In New York City........lah sgttttt

                           

July 22, 2013

L U D A H

...masa ludah ke langit, lari cepat-cepat.
jangan sampai jatuh ke muka sendiri.

masa tu dah takleh buat apa-apa dah...

July 10, 2013

Salam Ramadhan

assalammualaikum semua :)
eceh, toksah dok bagi salam sangat la.
sebulan satu nk up entry pon payah.
tah apa yg bizi bonar tah la.
hari ni kaktin amik halfday [pm].
semorang sibuk nk posa first day, kaktin tak boleh.
walhal lantak sahur kemain.
almaklumlah sahur pagi tadi semua fresh.
nasi baru masak, sayur n telur dadar.
ada sambal ikan bilis n ikan bilis goreng dgn bawang.
letak kicap sikit pergghh bertambah2.
ni kejap lagi nk pi pikap anak-anak kat neseri.
konon nak tido, tapi tak boleh.
walhal kalau kat opis tu, ngantuk sokmo.
tak paham.

oklah, dikesempatan ini kaktin nak ucapkan selamat berpuasa
kepada korang semua yg sudi baca blog kaktin ni.
hopefully ramadhan kita tahun ini membawa seribu keberkatan
kepada kita semua. amin.
bye.

heart my community