Followers

May 29, 2012

Tudung Bawal AidiJuma



seminggu dua ni kaktin dah jadi gila-babi dengan tudung bawal.
tudung bawal tone-tone tu.
yg ada 2 tone, 3 tone bagai.
memulanya, si niza bagi gambar tudung kaler mana kaktin nak.
katanya dia ada jual.
tapi tunggu punya tunggu dia tak come back-come back pon.
sementelah kaktin ada terjumpa booth tudung bawal aidijuma di the curve sana,
makanya kaktin kasi rembat lah.

4 helai yg bawah melintang tudung bawal aidijuma.
sehelai RM15.
yang lagi 5 helai belah atas sana ialah tudung bawal dari kelantan.
takdak cap apa-apa.
RM10 sehelai. beli dengan member kakros.
sesapa mencari-cari booth tudung bawal aidijuma ni,
ia berada di the curve ground floor.
bawah F.O.S.

 aJ Kiosk

The Curve, Mutiara Damansara
Lot PC 29, Ground Floor,Berhadapan Padini Store
Waktu Operasi : 10.00am - 10.00pm ( Isnin - Ahad)

 *pic kredit dari fb Tudung Aidijuma

website : www.aidijuma.com
facebook :  Tudung Aidijuma

Let Them Go...


May 28, 2012

Kalau dah Benci, Jangan Tengok

lately ni asik came across status di fb/post di twitter pasal masterchef celebrity.
frankly speaking, tak rasa plak nak tengok.
n mmg tak sempat nengok tv pon.
melainkan mmg memperuntukkan diri sendiri 2hrs for movie
dekat HBO ker FOX ker or MAX.
itupon nasib-nasib kalau ada movie yang boleh layan, layan.

ramai yg emosi dengan azwan ali.
yang menyampah, meluat bagai.
apa yang dia dah bikin sampai ramai yang emosi dengan dia.
rasanya ke annoying an dia dah lama kot.

macam tu jugak kes dang suria masa on air yg lepas.
mmg mcm-mcm status yg kaktin baca pasal kelaseran dang suria nih.
tapi sampai ke sudah tak penah nyer tengok or tertengok on air.
so takleh nak komen.

so macam mana?
nak tengok pastu nak mengumpat/mengata?
or nak tengok tapi dendiam sudah.
or tak payah tgk n let it be jer.
so, mana satu kita nak pilih.
the choice is yours :)

smile at the bitch dat brings u down, laugh at the haters dat r jealous, point a mid finger at the idiots who think they're better

:: cubaan mengangkat jari tengah. tak menjadi. huahuahua ::




:: muahahahaha ::

 

May 25, 2012

Metrojaya Carnival Sale @Menara Maybank


tak memasal terjebak dengan sale kat atas ni.
ini semua ramzi punya pasal.
tehtehteh tetiba ramzi kena tanggung akibat kan.
yerla, dia la pepandai post pic perfumes melambak dia borong.
dah tengok kehebatan sale ni, apa lagi mau la try sendiri.
makanya ber-4 berduyun-duyunlah panjat lrt ke stesen plaza rakyat.

dari plaza rakyat, berduyun plak melintas jalan yg sesak tu ke menara maybank.
sehinggakan hampir saja di langgar kete camry. kah!
kalau tak, mau nya kuar front page paper arini, pergi berempat, balik berdua.

sampai kat lobi, tak tunggu ramzi terus kami-kami bolos kat bahagian perfume.
mmg marvellous-marvellous pon.
tapi kaktin takder la beria merembat.
hanya merembat 2 for me and 1 for him.
tapi sudahnya, balik opis satu sudah dirembat oleh budak opis.
mak pasrah nyah.



 :: muka ada happy pasai boleh soping-sopingan ::



 :: ramzi, maya n kaktin. tegak berdiri menyanyikan lagu Negaraku. hiks ::

sebelum pulang, kita tapau ice blended starbucks lu.
muka kaktin ada rupa staf MBB kot,
tengok-tengok resit ada disc 10% sempena staf.
syukur. Alhamdulillah. lengkali mai sini lagi tapau ice blended.




:: resit starbucks ::


:: hasil rembatan :: 

dari kiri : CK Man 50ml = RM80, Alabaster by Banana Republic 50ml EDP = RM104, Slate by Banana Republic 50ml (M) = RM101, Lovestruck by Vera Wang 50ml EDP = RM120 
and FCUK summer 100ml = RM89.

kami pulang dihantar oleh mazda 6 ramzi yang melethops itu.
thank you yer you :)

May 24, 2012

Yeahooo Dapat Benda Free Memang Seronok

alkisah. ada seorang officer di opis kaktin sudah kena pegi kos oversea sana.
knowing me yg tak suka nak susahkan org pesan-pesan bagai just let it be jerlah.
nak nak plak org tu pegi atas urusan rasmi kan.

dia pegi lama. almost 2 minggu.
pegi sesorang lak tu membosan jerla kot kat sana.
takder teman/kawan.
tapi tau, dia ni jenis survivor jugak.
budak bujang. apa jer pon nak pikio.

sesekali ada la ber whats app dgn beliau.
dia offer nak belikan tiset.
kalau nak lah. dia nak belikan.
kaktin kata, kalau ada yg best n kena dgn financial dia
boleh jerlah. katapon tak kasi modal sama beliau.
modal aleyo jer ooiii mana laku. kah!
merisau gakla kot dia ter over budget ke hapa.
ala dah alang-alang pi, beli jerla yer dok.
makanya, kaktin dapat jua sehelai tiset swiss. yes.

selain tiset, kaktin jua dihulurkan dengan 1 FM from Holland,
2 FMs from Switzerland dan sepasang clog yg chomels.
kena kata chomels, giler kau org dah bagi tak puji.
tapi mmg chechomel pon.
mmg suka bebeno laaa.
tq adikku!
(dan dan ngaku adik. keh).
nama terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan. walaupoonn.




:: ehem. lawanya. ::




:: kincir angin holland ::



:: FMs dan sepasang clog ::


heart my community